6 Jan 2011

SCRIBD: Pilihan di Tangan Kita

SCRIBD: Nak Free ke Nak Bayar??





"ermm..min..ko kna buat soalan pendidikan sivik tahun 4 untuk peperiksaan akan datang."
"okay..nnti saya buat"

mm..susah gak nak buat soalan ni lbih2 lagi ini kali pertama ak mengajar subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini. Otak aku terus berfikir bagaimana nak buat soalan PSK tu dan perkara apa yang perlu di masukkan dalam kertas soalan itu. Nak bagi soalan Objektif ke soalan subjektif @ pun nak campur keduda-duanya.

Malas nak fikir panjang-panjang, aku try google kat internet, mna tahu kot-kot ada yang bermurah hati share soalan PSK ini kat internet. Alhamdulillah, aku terjumpa satu kertas peperiksaan PSK tapi yang sedihnya kertas soalan tersebut berada di web SCRIBD. Jadi, sudah menjadi polisi kat SCRIBD bahawa pendownload mesti upload document dahulu sebelum boleh mendownload document lain secara percuma kat internet (itupun dalam masa 24jam je, lepas tu kna bayarlah). Rasa mcm tak berbaloi pulak nak bayar kat SCRIBD demi nak download satu document @ satu kertas peperiksaan, lebih baik duit yang digunakan untuk daftar kehalian terbut di gunakan untuk membeli BBM(bahan bantu mengajar).

Jadi aku pun try menggoogle internet sekali lagi untuk cari tricks yang bolih digunakan untuk mendownload document dari SCRIBD secara PERCUMA. Maka, aku terjumpa satu blog ( CuttingtheChai.com ) yang menerangkan satu kaedah ataupun cara yang senang untuk download fail dari SCRIBD. Kat bawah ni ada diterangkan cara-caranya(tp kalau nak lebih faham sila ke laman blog itu sendiri, http://soumyadipc.blogspot.com/2008/09/download-files-without-download-option.html)

Pertamanya, kita hendaklah install satu software ( xpayah install kalau dah sedia install software tersebut) iaitu PDF creator. Cadangan software (pilih salah satu sahaja) ialah PDFCreator atau PrimoPDF (ia memerlukan .Net Framework 2.0 untuk beroperasi)

Setelah siap install PDF creator tersebut (PDFCreator @ PrimoPDF), klik pada teks ipaper pada Flash player, pastu klik pada tab print yang berada di penjuru atas ipaper. Ambil opsyen print (jangan ambil opyen download and print). Pada kekotak print, tukar opsyen dengan memilih software PDF creator. Pastu klik kat butang OK dibawah dan tunggu sehingga keluar kekotak pdf creator. Kemudia tulis nama dokumen kat bah. atas sekali(kalau xnak tulis pun xpa) n pastu klik pada save. Pastu akan kuar lagi satu kekotak 'Save As', pilih Save. Kemudian sistem akan membuat satu salinan file PDF. Tunggu sehingga proses penyimpanan fail selesai.

______________________________________________________________________________
Cara ini juga boleh digunakan untuk mendownload fail pdf dari mana-mana sumber asalkan kita boleh view dan print document tersebut.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Heheheh..dah settle satu kerja aku..tggu nak print aje pastu hantar kat pejabat tuk photocopy jer..

No comments: