19 Apr 2011

Kemalangan pelajar KIST, Bachok

3 comments:
Malam tadi aku dapat panggilan dari mak aku yang berada kat kampung bertanya khabar. Astaghfirullah Al-Azim, rupa2nya dah lama aku tak telefon mak,ayah aku. Rupa2nya sejak balik dari cuti sekolah ari tu sampailah malam tadi, aku tak pernah telepon lagi mak,ayah aku. hmmm..mungkin keputusan aku nak mintak tukar balik ke kelantan adalah satu keputusan yang tepat sebab mungkin bila berada di sana nanti aku boleh selalu jenguk2 mak,ayah aku mcm yg ak selalu buat masa kat maktab dulu, waktu xde kelas jer terus balik rumah(almaklumlah rumah dekat jer ngan maktab)...

Tengah2 aku berborak, mak aku ada tanya pasal berita pelajar KIST Bachok yang terlibat dengan kemalangan kat Besut. Memang aku ada dgr sbb brita tu baru jer berlaku hari khamis mggu lepas. Tapi mcm biasalah aku tak ambil kisah sangat pasal kemalangan jalanraya ni sebab kat sini hari2 dlm tibi dn suratkhabar duk cerita psl kemalangan, mcm dah jadi biasa untk kemalangan berlaku(pagi tadi pun aku trserempak dgn satu kemalangan yg btul2 brlaku kat sebelah kereta aku jer, lori terlanggar bumper belakang proton saga.) Mak aku ada tanya lagi samada aku th tak siapa yg trlibat dlm kemalangan yg melibatkan pelajar KIST tu, sbnrnya aku pon xpsti mangsanya cuma yg aku tahu 3 orang mati dan 2 lagi cedera parah. Last2, mak aku cakap yang salah seorang mangsa yg cedera tu adalah sepupu aku sendiri. Mula2 aku pon xprcaya,xkanlah sepupu aku tu trlibat dgn kemalangan. Tapi last2 bila mak aku sebut nama sepupu aku tu, baru aku tahu yang dia mmg trlibat sekali dlm eksiden tu, mcm mana aku xboleh perasan yang sepupu aku tu nmanya Nur Adilah, mna taknya aku selalu panggil nma panggilannya langsung tak tahu nma sebenarnya. harap2 kedua-dua orang yg terselamat tu cepat recover dan segera sembuh.Amenn...

___________________________________________________________________________________
Berita dari bernama.com

Tiga Pelajar Perempuan KIST Maut, Dua Cedera Parah

BESUT, 14 April (Bernama ) -- Tiga pelajar wanita Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Jelawat, Bachok, Kelantan terbunuh manakala dua lagi rakan mereka cedera parah apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak dalam satu kemalangan di kilometer 3, Jalan Jerteh-Kuala Terengganu dekat Kampung Gerai, Bukit Kenak di sini pagi ini.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Perodua Viva Nordiana Mohd Noor,22 yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, Zur Iras Zakaria, 19 dari Kampung Titian Baru, Atas Tol, Kuala Terengganu dan Nurul Shahidah Abdul Jabar,19 dari Taman Rahmat, Tanah Merah, Kelantan.

Mereka yang cedera ialah Bazilah Abdullah, 19 dari Kampung Tiong Dalam, Kota Bahru dan Nur Adilah Mohd Ghazali, 19 dari Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 6 pagi apabila kereta Perodua yang dinaiki lima sekawan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kerteh itu dipercayai cuba memotong sebuah lori di hadapan mereka.

"Bagaimanapun, ketika cuba memotong lori berkenaan, kereta yang dinaiki oleh lima pelajar KIST ini telah bertembung dengan sebuah lori tangki minyak kosong dari arah bertentangan yang ketika itu menghala ke Kuala Terengganu.

"Pertembungan itu menyebabkan kereta tersebut terpusing balik ke arah Kuala Terengganu dan seorang daripada mangsa tercampak keluar dari kereta manakala lori tangki Petronas termasuk ke dalam parit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Daerah Besut di sini pada hari Khamis.

Katanya, dua daripada mangsa iaitu Nordiana dan Zur Iras meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nur Adilah meninggal dunia di Hospital Daerah Besut.

Mangsa yang cedera, katanya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Faisal Deros melalui talian telefon 0133293760.

Sementara itu, pemandu lori tangki Petronas Khairi Ayub,43, berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas dan beliau tidak sempat mengelak apabila ternampak kereta yang dinaiki pelajar itu datang dari arah bertentangan.

"Saya cuba mengelak dari melanggar kereta itu sehingga lori yang dipandu saya sendiri terbabas di kiri jalan dan melanggar sebatang pokok serta sebuah pondok menunggu bas sebelum termasuk dalam sebuah parit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Khairi yang berasal dari Kampung Alor Keladi, Jerteh, Terengganu bagaimanapun hanya cedara ringan dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Seorang rakan kolej mangsa yang juga rakan seasrama mangsa, Norashikin Nasri, 19 dari Bukit Payong, Kuala Terengganu pula berkata kesemua mangsa terlibat adalah pelajar semester empat dalam jurusan kejururawatan.

-- BERNAMA

___________________________________________________________________________________
Moral:
1. Bawa kereta berhati-hati sebab kemalangan tak dapat dijangka.
2. Jangan speeding, slowing xpe
3. pandang kiri, pandang kanan baru potong kereta hadapan
4. Pakai kereta yg ada Airbag(skrg2nya dpt mgurangkan impak kemalangan
5. Jangan ting tong semasa drive
6. ...

___________________________________________________________________________________
Yang aku peliknya, dengar citer pelajar tu bertolak pergi ke Kuala Terengganu lebih kurang slps pkl 12.00 malam. Dan kalau tak silap, kesemua pelajar tersebut tinggal diasrama. Jadi, macam mana pelajar-pelajar tu dapat keluar dari asrama dengan menaiki kereta pada pukul 12.00 malam dengan bebas tanpa ada halangan daripada warden ataupun jaga yang bertugas?? ke memang peraturan asrama KIST yang membenarkan pelajar keluar masuk sesuka hati?? Memang benar orang kata malang/kemalangan tak kenal mangsa, tapi cuba kalau peraturan asrama KIST tu 'diketatkan' sikit, mungkin kejadian seperti ni tidak berlaku..Bukan nak salahkah sesiapa tapi kalaulah peraturannya seperti peraturan maktab aku dulu(ttibe teringat ngan EN Norizan, rupa2nya ada btul tindkannya dengan tidak membenarkan pelajar keluar-masuk sesuka hati dan mengenakan perintah berkurung untuk pelajar2 maktab)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
.......ALFATIHAH kepada mereka yang meninggal dunia, dan kepada 2 orang yang terselamat harap cepat sembuh............

12 Apr 2011

Repair GPS

7 comments:
Baru-baru ni gps yang aku beli mengalami sedikit kerosakan(mungkin banyak kot), dari bulan 1 hinggalah bulan 4,gps aku tidak menunjukkan sebarang respond. Bila on jer dia punya switch, hanya skrin biru jer kuar dengan tertera mesej, update done

Tapi bila aku kuarkan sd cards kuar lak mesej ni, SD/MMC card is missing...

Pening ngan masalah menimpa GPS aku ni, terus jer aku hantar repair gps ni kat kedai (salah satu kedai kat bahagian atas U-Mall Skudai), Selang beberapa hari selepas tu, aku pegi la kedai tu balik nak tnya siap ke belum ak gps tu. Tapi yang tak bestnye tokey tu boleh tanya aku apa masalah gps tu(sah2lah aku tak tahu apa masalahnya sbb jika aku tahu masalahnya dah tentu aku tak hantar repair- tapi aku tak sure la samada pekerja tu tahu repair gps ke tak sebab katanya gps ak langsung tak boleh nak on, rasa2nya gps aku boleh on cuma freeze kat blue screen jer).
Selepas aku ambil gps tu, terus aku biarkan dalam kotak gps tu sebab aku sendiri pon malas nak ambil kesah pasal gps tu lebih2 lagi kerja sebagai tukang kebun kat sekolah ni agak busy kebelakangan ini terutamanya hal-hal sukan.

Bila dah settle semua pasal sukan ni, barulah aku check balik gps aku. Walaupun aku bukanlah seorang yang pandai dalam me'repair' alat2 elektronik, tapi disebabkan aku punya prinsip, alang2 rosak biar rosak terus, maka aku telah mencuba pelbagai-bagai jenis solution(solution ni aku google kat tenet jer, berlambak orang bagi cadangan, tunggu untuk kita pilih jer yang mana sesuai untuk gps kita tu- Internet=source of information).

# step 1 - Buka semua screw, dan check gps board untuk firmware version(kal0 ada).

# step 2 - 'reflash' gps dengan pelbagai gps firmware sampai berjaya menemukan firmware yang sesuai untuk gps tersebut(boleh juga kal0 nak tukar boot image pada gps dengan membuat satu gambar dlm format bmp kemudian savekan sebagai logo.bmp-resolution gambar bergantung pada sesolusi screen gps).
(antara file yang kena ada untuk flash gps ialah...-kena pilih firmware yang betul sebab firmware yang salah boleh menyebabkan gps rosak ataupun function failure pada gps---lihat contoh file yang aku gunakan***setiap gps menggunakan firmware yang berbeza***)

contoh-lihat bawah, gps ni menggunakan file OS82AV6.img. Jadi kita perlu download kesemua file seperti diatas untuk reformat@reintall balik gps.

# step 3 - Install menu gps, calibration, setting for satellite and etc..

# step 4 - GPS boleh berfungsi seperti biasa. Copy dan paste balik software gps yang kita ada kedalam sd/mmc card. Dan Set kan balik navigation menu and navigation path.


_________________________________________________________________________________

Hati-hati ketika memilih firmware sebab kesilapan memilih boleh menyebabkan kerosakan major pada gps root.

11 Apr 2011

G-tukar (bah. 2)

No comments:
Salam.. Jika sebelum ini ak ada beritahu yg ak telah mengisi gtukar(konon2nya dapat), maka hari ini tanpa disengajakan ak telah masuk laman web gtukar sekali lagi dan ak ternampak update analisa permohonan guru gtukar.

Untuk negeri kelantan, permohonan masuk hampir 1k tapi yang mohon keluar hanya 43 orang sahaja. Agak2 ada tak harapan untuk aku balik kelantan(atau adakah aku termasuk dalam 43 orang yang akan menggantikan guru2 itu??)

___________________________________________________________________________________
Menteri manakah yang mahu jadi kabel aku sila angkat tangan tinggi??nanti aku belanja air sirap sama roti tulur satu.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Nothing is Impossible, and
Impossible is Nothing

7 Apr 2011

Buli

No comments:
Gila kentang betul bila tengok satu video buli kat youtube. Kisahnya, pembulinya budak kecik jer tapi ada hati nak buli budak yang badan besar. Akhirnya, dia yang kalah, dahlah kalah, sakit pon dapat.



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Yang tak boleh blah bila video ni di edit dan dibuat pertarungan ala-ala Street Fighter, siap ada power bar lagi.. Kreatip-kreatip...

___________________________________________________________________
Jauhkan diri anda dari sikap suka membuli. Yang muda hormati yang tua, Yang tua kasihi yang muda....

6 Apr 2011

Peristiwa Kat rumah sewa baru

No comments:
Salam..

Petang tadi ketika aku sedang relek2 sambil baca buku elektronik (e-book) tetiba aku terdengar ...sreeeettttttttt....KABomMM!!!Kulai kena gempa bumi ke?? ataupun kesan radioaktif nuklear jepun dah sampai malaysia??
tapi selepas beberapa ketika ak trdengar, Min jom kuar, ada exciden depan rumah kita. Aksiden depan rumah???rasa2nya rumah sewa aku ni kat taman bukannya kat traffic light ataupun jalan2 besar. Patutlah, rupa2nya Lee Chong wei lwn Keiji Sato. Kereta proton malaysia ter'aksiden' dengan kereta honda jepang.


Agak kuat gak sbnrnya body keta malaysia ni sebab walaopon bunyi dentuman tadi sekuat seperti bunyi mercun pop-pop yang dibakar, hanya bumper jer tertanggal, manakala kereta honda lak terjejas ckit jer kat bahagian depan. Tapi ckit2 pnya psl pon, ak tgk tayar keta ploton tu mcm terkuar dari soket. Mmg sah2 xbolih jalan.

Tapi apa2pon syukur sebab tiada jiwa manusia ataupun haiwan yang terjejas disebabkan perlanggaran tersebut. Walaupon aksiden menyebabkan kjedua-dua enjin keta mati namun penumpang kedua-dua kereta selamat.

...ermmm...biasanya bila aksiden mesti orang nak tahu punca kepada berlakunya aksiden tersebut. Menurut saksi kejadian minah(nama samaran yg aku letak), kereta honda itu telah lama bermaharajalela dan memandu dgn kelajuan michael schumacher dikawasan taman ni. dan keta honda itu gak telah beberapa kali ditangkap oleh kamera hset minah kerana memandu laju. Jadi kesimpulannya, kereta honda tersebut dipandu dengan laju dan pemandunya tidak sedar yang kereta proton datang dari arah depan, Maka kedua-duanya cuba mengelak tetapi kereta honda tak sempak mengelak lalu merempuh dan encium bontot kereta proton. maka adegan kereta honda mencium bontot proton telah menyebatkan bunyi..KaBOoMMMM!! tadi.

1 Apr 2011

GTUKAR Kembali Lagi

No comments:
Aku baru je abis isi maklumat untuk g-tukar untuk pertukaran guru bulan jun 2011. Sebenarnya, ak xlah begitu mengharapkan yg aku berjaya tukar ke kelantan, tp cukuplah sekadar nama aku terdapat dalam sistem. Lagipun mana tahu untung sabut timbul, untung besi tenggelam. Just cuba-cuba je, lagipun nk isi benda ni pon bukannya kna bayar sesen pon dan bukannya kna taip ataupun isi form-form yg panjang. Aku isi pon dalam 10minit je, itupun dia cuma nak maklumat perkhidmatan aje dan juga sedikit maklumat diri.


Bila bercerita tentang cuba-mencuba ni, ttiba aku teringat ngan kata2 ustazah aku dulu, katanya, cubalah sebaik mungkin dan biarlah selebihnya kita bertawakkal kepada Allah kerana hanya DIA yg tahu hikmat di sebaliknya. Mungkin kal0 kta dpt tukar, itu dah mmg rezeki kita, tp kal0 xdpt pon nk buat mcm mna, terimalah seadanya. Mungkin sekolah disini lebih memerlukan khidmat kita berbanding dgn sekolah yg kita pohon tu.

Dulu pun masa mula2 isi borang posting, ayah aku bising gak sbb aku xpilih negeri kelantan sebagai pilihan tempat posting. Tapi pada masa tu aku punya sebab tersendiri yg tidak memungkinkan aku memilih kelantan, tapi sekarang ni aku terasa mcm balik kelantan lak, rasa macam ada sesuatu yg perlu aku lakukan dikelantan. Harap2nya insyallah aku dapat tukar.

Sebelum mengisi g-tukar ni, aku telah konsider semua perkara yg akan mungkin terjadi. Pertama, mungkin GPK ataupun guru besar aku bising sebab memohon tukar sedangkan signature aku kat buku register guru pon msh basah lagi dakwatnya. Kedua, aku xde kabel @pun proxy yg aku boleh gunakan untuk membolehkan namaku ditarik ke jpn kelantan. Tapi psl kabel @orang dlm ni aku xkisah sgt, biarlah mereka terus menggunakan pengaruh msing2, bagi aku biarlah aku ditukarkan melalui saluran yg betul dan bukannya melalui kaedah kabel kerana mungkin kita tdk tahu berapa ramai lagi yg memohon diluar sana tu yg betul2 memerlukan tempat @pun pertukaran tersebut. Dahulukan dulu mereka yang bekeperluan, kemudiankan mereka yg kehendak. Ketiga, Aku belum sempat menabur jasa kat sekolah skrg ni @pun belum sempat berkawan @pun berkenal-kenalan dgn guru2 disini. Jadi, positively, aku belum sempat berbuat apa2 kat sekolah skrg dan kerja ak skrg ni pon xde acknowledgement(tapi ak xkesah pon, sebab aku sorng skempus yg rileks dan do an underground things)
__________________________________________________________________________________

Sebab utama aku minta tukar ke kelantan adalah disebabkan aku risaukan keadaan ayah,mak aku kat kampung sbb skrg ni xde sape2 yg mnjaga @ tolong tgk2kan mereka. Jika sebelum ni ada adik2 aku yg msh tinggal kat kg lagi, tpi skrg semua dah keluar dari kelantan, semua sedang menyambung pelajran msing2. Teringat ak pda satu pepatah,

SEORANG IBU DAN BAPA BOLEH DAN MAMPU MENJAGA 10 ORANG, TAPI 10 ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENJAGA MEREKA BERDUA

PKNS vs Johor-PG

No comments:
Baru tadi aku selesai tengok game antara Johor-PG melawan PKNS Selangor(junior @ skuad presiden). Mmg ni merupakan pengalaman pertama aku tgk bola kat stadium johor ni. Mula2 masuk ingatkan kna byr rm5 @pun rm2.50, tp rupa2nya tuk prlawanan skuad presiden tiada bayaran dikenakan(mksdnya free of charge). Walaupon hnya budak2 under 21 yg main tadi, tp game agak menarik tuk ak tgk (boleh la, percuma pnya psl, xkan nk game setaraf epl).



Yg ke-2nya, aku dapat kenal ramai(wlopon kenal nama je) jurulatih2 dan mereka2 yg trlibat dgn pembangunan bola negeri johor ni. N tadi juga aku terserempak dgn sorg bekas jurulatih malaysia yang sekarang ni menjadi jurulatih skuad senior PKNS Selangor iaitu Abdul Rahman Ibrahim bahkan dapat duduk selang 2 kerusi dgn beliau. (okay juga ak ikut tgk game mlm tdi, skrg2nya dpt lihat pemain2 dan jurulatih2 secara live)




Ke-3, aku dapat melihat cara permainan under 21 yg mana aku rasa game tdi kureng cikit, wlopon rentak game pantas tapi tiada penyudah dri kedua2 psukan dan game soalah-olah perlawanan antara budak2 sekolah menengah dengan kawalan bola dan corak permainan yg kurang teratur.

___________________________________________________________________________________

Mungkin lepas ni kal0 ada lagi game johor (itupun kal0 yg free), mgkn kal0 ada ke'free'an ak nk gak pegi sbb menonton prlawanan bola mmg begitu sempoi dan menyeronokkan (nk tergelak aku bila dgr sorokan penyokong johor yg tgh maki semua pihak lawan smpaikan referee dan anggota rela pon kna sekali tpi bila mengenangkan ini adalah johor dan bukannya kelate, maka aku gelak dlm hati je lah..hahahahahaha)