1 Apr 2011

GTUKAR Kembali Lagi

Aku baru je abis isi maklumat untuk g-tukar untuk pertukaran guru bulan jun 2011. Sebenarnya, ak xlah begitu mengharapkan yg aku berjaya tukar ke kelantan, tp cukuplah sekadar nama aku terdapat dalam sistem. Lagipun mana tahu untung sabut timbul, untung besi tenggelam. Just cuba-cuba je, lagipun nk isi benda ni pon bukannya kna bayar sesen pon dan bukannya kna taip ataupun isi form-form yg panjang. Aku isi pon dalam 10minit je, itupun dia cuma nak maklumat perkhidmatan aje dan juga sedikit maklumat diri.


Bila bercerita tentang cuba-mencuba ni, ttiba aku teringat ngan kata2 ustazah aku dulu, katanya, cubalah sebaik mungkin dan biarlah selebihnya kita bertawakkal kepada Allah kerana hanya DIA yg tahu hikmat di sebaliknya. Mungkin kal0 kta dpt tukar, itu dah mmg rezeki kita, tp kal0 xdpt pon nk buat mcm mna, terimalah seadanya. Mungkin sekolah disini lebih memerlukan khidmat kita berbanding dgn sekolah yg kita pohon tu.

Dulu pun masa mula2 isi borang posting, ayah aku bising gak sbb aku xpilih negeri kelantan sebagai pilihan tempat posting. Tapi pada masa tu aku punya sebab tersendiri yg tidak memungkinkan aku memilih kelantan, tapi sekarang ni aku terasa mcm balik kelantan lak, rasa macam ada sesuatu yg perlu aku lakukan dikelantan. Harap2nya insyallah aku dapat tukar.

Sebelum mengisi g-tukar ni, aku telah konsider semua perkara yg akan mungkin terjadi. Pertama, mungkin GPK ataupun guru besar aku bising sebab memohon tukar sedangkan signature aku kat buku register guru pon msh basah lagi dakwatnya. Kedua, aku xde kabel @pun proxy yg aku boleh gunakan untuk membolehkan namaku ditarik ke jpn kelantan. Tapi psl kabel @orang dlm ni aku xkisah sgt, biarlah mereka terus menggunakan pengaruh msing2, bagi aku biarlah aku ditukarkan melalui saluran yg betul dan bukannya melalui kaedah kabel kerana mungkin kita tdk tahu berapa ramai lagi yg memohon diluar sana tu yg betul2 memerlukan tempat @pun pertukaran tersebut. Dahulukan dulu mereka yang bekeperluan, kemudiankan mereka yg kehendak. Ketiga, Aku belum sempat menabur jasa kat sekolah skrg ni @pun belum sempat berkawan @pun berkenal-kenalan dgn guru2 disini. Jadi, positively, aku belum sempat berbuat apa2 kat sekolah skrg dan kerja ak skrg ni pon xde acknowledgement(tapi ak xkesah pon, sebab aku sorng skempus yg rileks dan do an underground things)
__________________________________________________________________________________

Sebab utama aku minta tukar ke kelantan adalah disebabkan aku risaukan keadaan ayah,mak aku kat kampung sbb skrg ni xde sape2 yg mnjaga @ tolong tgk2kan mereka. Jika sebelum ni ada adik2 aku yg msh tinggal kat kg lagi, tpi skrg semua dah keluar dari kelantan, semua sedang menyambung pelajran msing2. Teringat ak pda satu pepatah,

SEORANG IBU DAN BAPA BOLEH DAN MAMPU MENJAGA 10 ORANG, TAPI 10 ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENJAGA MEREKA BERDUA

No comments: