21 Jun 2011

Cikgu Tak Adil



Pada Hari Isnin(20/06/2011), aku ada kelas untuk subjek PJK untuk tahun 3. Mula-mula masuk agak pelik gak sebab murid2 duk diam jer, tapi rupa2nya patutlah semua diam sebab ada ketua kelas kat depan tengah tulis nama mereka2 yg bising. Berpandukan nama2 yang ditulis tadi, aku memanggil beberapa nama yang tercatat pada papan hitam. Ketua untuk kelas tu tulis pon paka short form je.
N K
Ahmad Bising
Abu Berjalan
Ali keluar kelas
Amin Bercakap

Boleh tahan gak budak2 ni, walaapun kelas hujung tapi tulis paka short form. Lepas tu, aku pon panggillah nama2 yang tertulis kat papan hitam dan suruh mereka berdiri depan kelas. Dah datang depan jer, ttiba Ahmad protes, "Cikgu, cikgu tak adillah. Kenapa cikgu baca nama pelajar lelaki jer, nama pelajar perempuan cikgu tak baca?" Bila dengar jer ahmad cakap begitu, aku pon try r cari nama pelajar perempuan. Pelik. aku tak nampak pon nama perempuan tertulis kat situ. Aku pon tanya la balik ahmad,"Kat mana nama perempuan tu?cikgu tak nampak lah. Cuba ahmad baca nama perempuan tu" lepas tu dengan selamba jer si Ahmad tu pergi kat senarai nama kat papan hitam, lepas tu terus jarinya tunjuk kat huruf "K" yang bersebelahan dengan huruf "N". OMG...Tak sampai hati aku nak gelak kat ahmad tu sebabnya kawan2nya yg lain pon 2 x 5 jer dgn ahmad. Lalu dengan bersusah-payah aku menahan gelak sambil menjelaskan perkataan itu, " Ahmad, yang kotak bahagian "N" tu adalah nama pelajar dan kotak berhuruf "K" yang ahmad kata nama pelajar perempuan tadi tu adalah kesalahan yang dilakukan oleh pelajar di bahagian "N" itu". Selesai jer aku menghabiskan ayat tu, habis semua budak2 kelas tu gelak. Aku yang dari tadi lagi kontrol gelak, akhirnya terpaksa gelak juga sebab dah tak tahan tengok muka innocent ahmad.



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Gangrene buah pinggan aku sebab duk gelak jer dalam kelas tadi.

No comments: