6 Mar 2011

Nak Balik ke Tak Nak Balik??

salam 1blog..(apa salah sekali-sekala guna salam 1blog, salam 1malaysia ada, xkan salam 1blog xleh nk buat kan)... mlm ni aku konfuse ckit dan dlm dilema(hahah..ayat mcm org buat filem 40juta)..ak bknnya apa, mggu depan nnti sekolah cuti, ak lak tak pasti lagi nk balik ke tak... nak balik rasa mcm xnak balik, tp xnak balik lak rasa mcm rugi lak sbb xbalik cuti sekolah ni...manakala mak,ayah ak kat kampung dah mula bising..Sebab kes mcm ni lah kuar pepatah melayu, "Di luah mati emak, di telan mati bapak"

2 hari lepas akak aku ada tepon beritahu yg mak,ayah ak kat kampung dah mula tanya psl anak bujangnya ini..maklumlah sejak kembali dari cuti, jangan kata satu sms, satu miscoll pon anaknya xbuat...orang tua biasalah..kal0 lama xdengar brita, mula rasa bimbang n mulalah pikir macam2... astaghfirullah azim... Kenapa lah ak liat sangat nak buat panggilan mahupun menghantar satu sms pon kat mak,ayah aku.... Adakah aku terlalu pentingkan kerja smpai lupa nak buat 1 panggilan?? Workaholic?? Tapi xmungkin ak Workaholic sbb kerja ak kat sekolah xpernah siap2 ag pon..asyik duk bertimbun jer kat atas meja... HARAP-HARAP mak,ayah ak xpikir bukan2..lagipun tipulah kal0 anak x ingat kat org tuanya sendiri, lbih2 lagi mcm ak ni bolih dikatakan paling lama berada dgn mak,ayah ak berbanding dgn kakak2,adik2 ak sbb kebanyakkan kakak ak belajar dari sekolah menengah smpai ke diploma semuanya duduk kat asrama dan jauh lak tu dari rumah, jauh berbeza dgn ak, dah la sekolah rendah tepi rumah je, lepas tu sekolah menengah lak jauh sikit dari sekolah rendah ak, pastu sambung ijazah lak kat maktab perguruan yang jaraknya 20minit dari rumah ak (kal0 menunggang motor la).. Tp itulah, ingat tu memang sentiasa ingat tp nak melahirkan ingatan tu susah sikit..lagipun ak ni bknnya jenis sentimental ataupun berjiwa sensitif jadi xtahu mcm mana nk call mak,ayah ak dan beritahu yang ak ni msh ingat kat mereka dan juga biar mereka tahu yang sbnrnya ak meletakkan kepentingan mereka melebihi kepentingan diri sendiri...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Bangun pagi esok ak nak call mak,ayah ak dan cakap:

"i Luv U mak"
"I luv U ayah"

___________________________________________________________________________________
hujung minggu ni kena main 1,2, somm.. kal0 tangan kanan menang ak balik kampung, tp kal0 tangan kiri yang menang ak stay jer kat johor ni...

No comments: