28 Mar 2011

Kamilah Juara

Minggu lepas telah berlangsung satu pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Kulai Zon Bandar yang telah diadakan di SK Taman Indahpura 1. Pertandingan yang dijalankan selama 1 hari dan melibatkan 2 kumpulan dan dijalankan secara liga dengan johan dan naib johan setiap kumpulan layak ke separuh akhir.

Pada perlawanan peringkat kumpulan, SKIP 1 telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan memenangi semua perlawanan tanpa bolos. Segalan serangan pihak lawan berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan yang diketuai oleh Jamalul(Last defender), Aliff (Stopper), Najman(bek kanan) dan normasyah(bek kiri) dan Iman Faris(goalkeeper).(rasa2nya tiada try pon yang berjaya sampai keeper. Barisan tengah pula, dikuasai oleh amen(defensive midfielder-key player SKIP1), Nazhannan(creative playmaker) dibantu oleh Faqrul(wing kiri) dan Irfan(rotate dengan Zaliff,wing kanan). Helmi pula berperanan sebagai centre forward dan Asyrafik backup striker. Kebanyakkan goal-goal dihasilkan melalui gerakan Nazhanan dan faqrul dan disudahi oleh Helmi,Asyrafik dan Irfan. Kemenangan 2-0 mengatasi SK Kulai 1 telah menaikkan semangat team SKIP 1 untuk terus mencatat kemenangan(perlawanan dengan SK Kulai 1 lebih kepada perlawanan menebus maruah kerana pada perlawanan Friendly yang diadakan sebelum ini, SK Kulai 1 telah membelasah Team SKIP 1 dengan jaringan 5-1). Pada perlawanan seterusnya, team SKIP 1 telah membenam cabaran dari SK Taman Muhibbah dengan Skor 3-0. Pada perlawanan terakhir menentang SJKT Ladang Kelan, SKIP 1 yang telah pn layak ke semi-final telah merehatkan pemain utama dan menurunkan pemain simpanan, SKIP 1 telah menang dengan jaringan 3-0.

Pada perlawanan separuh akhir, SKIP 1 bertemu dengan penyadang kejohanan tahun lepas iaitu SK Gunung Pulai. Selepas first half tanpa jaringan, second half SKIP 1 telah menukar rentak permainan pantas dengan menggunakan larian Faqrul untuk mengumpan bola ke arah wing kanan(Irfan), hasilnya Irfan berjaya memperoleh goal pertamanya melalui lambungan Faqrul. Keputusan pada akhir perlawanan, SKIP 1 telah menewaskan SK Gunung Pulai dengan jaringan 6-0.

Pada perlawanan akhir menemukan sekali lagi SKIP1 dengan SK Kulai 1(yg juga menang ketika bertemu sk bandar putra). Perlawanan akhir ibarat perlawanan ulangan peringkat kumpulan dengan pemain-pemain SKIP 1 telah membayangkan kejuaraan pada edisi kali ini. Tepat seperti jangkaan, sekali lagi SKIP 1 telah menewaskan SK Kulai 1 dengan jaringan 4-1.(kali pertama SKIP 1 dibolosi gol--goal melalui sepakan percuma dan dibantu oleh tandukan kebelakang oleh stopper SKIP 1.) Tahniah Team SKIP 1, setelah sekian lama menunggu, akhirnya berjaya menjadi johan
___________________________________________________________________________________

Jadual dan keputusan perlawanan(kumpulan 1) -Kumpulan 2 dijalankan di SK Bandar Putra.

#1. SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK KULAI 1 = 2 - 0
#2. SK TAMAN MUHIBBAH VS SJKT LADANG KELAN = 4 - 2
#3. SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK TAMAN MUHIBBAH = 3 - 0
#4. SJKT LADANG KELAN VS SK KULAI 1 = 0 - 8
#5. SJKT LADANG KELAN VS SK TAMAN INDAHPURA 1 = 0 - 3
#6. SJKT TAMAN MUHIBBAH VS SK KULAI 1 = 0 - 1

SEPARUH AKHIR (JOHAN KUMP. 1 VS N.JOHAN KUMP.2, N.JOHAN KUMP.1 VS JOHAN KUMP.2)
#1. SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK GUNUNG PULAI = 6 - 0
#2. SK BANDAR PUTRA VS SK KULAI 1 = 0 -1

FINAL
SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK KULAI 1 = 4 - 1



____________________________________________________________________________________

Tahniah untuk team SKIP 1 dan penghargaan buat jurulatih, EN NORHALIS & Pengurus, EN WAN REDZWAN, bekas jurulatih team SKIP 1 (EN IRWAN & EN JAMESTON). Dan juga kepada pihak sekolah yang membantu dalam memudahkan latihan-latihan bola sepak. (psss:kal0 boleh bagi lah sponsor lagi dari segi pembelian alatan-alatan untuk trainig dan minuman..peace no wars)
____________________________________________________________________________________

Next Football Project...
Menyediakan team SKIP 1 untuk perlawanan bola sepak bawah 11 tahun yang akan diadakan pada bulan 7 nanti. mintak2 semuanya berjalan dengan lancar.
____________________________________________________________________________________
AKU..
masih tetap jadi guru disini lagi, bilalah demo-demo semua tu nak hantar ak balik kelate..Mintak2 bulan 6 nanti aku boleh tukar ke kelate..AMENNN...(ok, semua angkat tangan berdoa untuk aku..hehehe)

>>>>Gambar-gambar team SKIP 1 akan diupload kemudian------

No comments: