8 Sep 2010

Pantun Raya

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Budak botak bermain silang kata
main silang kata sambil pejam mata
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada Mak n Ayah, Kakak2 dan abg iparku, adik2ku, anak2 saudaraku, mak sedara, mak sepupu, sepupu, sepapat, waris n warah,n tak lupa gak semua guru2ku, saim2, kawan2, member2, friends, beb, babe, bro, bri, brader, brades, anak2 gadis, anak2 teruna, anak dara n mak dara, yang bujang n yg kawen, yg puasa n yg xpuasa, anak2 muridku, dan semua muslimin dan muslimat yg berada di seluruh seantero dunia..

No comments: