31 Aug 2010

Lailatul Qadar

No comments:


“SESUNGGUHNYA Kami menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatul al-Qadar. Dan, tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (al-Qadr:1-3)





Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu dengan yang lain, sebagaimana diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah saw.



Selain dikenali sebagai bulan puasa dan bulan beribadat, Ramadan dipanggil juga bulan penurunan al-Quran (Nuzul Quran), seperti diterangkan dalam firman Allah bermaksud:



“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan serta perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah:185)



Pada ayat pertama surah al-Qadar menerangkan al-Quran diturunkan pada Lailatul al-Qadar, iaitu malam kemuliaan dan kebesaran-saling berkait di antara Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar.



Justeru, dapat disimpulkan Lailatul al-Qadar itu ialah satu malam daripada bulan Ramadan. Tetapi apakah sebenarnya Lailatul Qadar, bila tarikh yang tepat dan apa kelebihannya?



Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata ‘lailah’ itu bermaksud malam, manakala al-Qadar ialah ketentuan (nasib, ajal, rezeki dan jodoh pertemuan ditentukan).



“Jadi apabila dirangkaikan sebagai Lailatul Qadar bermaksud Malam Ketentuan dan pada malam ini malaikat diketuai Jibril turun ke bumi. Ada sesetengah mengatakan sebanyak 70,000 malaikat.



“Di sini juga dapat difahami Jibril tugasnya bukan setakat menyampaikan wahyu, bahkan setahun sekali pada Ramadan turun ke bumi,” katanya, sambil menjelaskan maksud ayat 4 dan 5 surah al-Qadr:



“Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”



Malam al-Qadar disifatkan sebagai malam yang berkat. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. (Maksud ad-Dukhan:3)



Disebabkan mulianya malam al-Qadar Rasulullah saw menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan amal ibadat.



Ini diterangkan dalam hadis dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw sabdanya (bermaksud): “Sesiapa menghayati malam al-Qadar dengan mengerjakan solat (dan ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah, nescaya diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih, Riwayat Bukhari).



Ibadat lain yang boleh dilakukan ialah membaca al-Quran, berzikir, beristighfar (memohon ampun), bertaubat dan berdoa.



Zamihan berkata, kelebihan malam al-Qadar bermula pada solat Maghrib, seterusnya Isyak (berjemaah) sehingga Subuh dan ibadat yang menjadi pengisian sepanjang tempoh itu bergantung kepada tahap keimanan masing-masing.



Tetapi malam yang berkat itu tidak dinyatakan secara lebih tepat pada hari tertentu. Tujuannya supaya Rasulullah saw dan umatnya memperbanyakkan ibadat dan amal kebajikan sepanjang bulan.



Rasulullah saw sendiri menghayati 10 malam terakhir Ramadan; mengerjakan ibadat (Qiamullail) dan beriktikaf di masjid, untuk menyambut kedatangan malam yang mulia itu.



“Nabi mengejutkan kaum keluarga untuk beribadat, Nabi fokus berzikir dan beriktikaf di masjid, tetapi malangnya kebanyakan masjid kita dikunci dan yang boleh digunakan untuk beriktikaf di sudut anjung saja,” katanya.



Dari Aisyah r.a., katanya: “Biasanya Rasulullah saw berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada 10 malam yang akhir (dari bulan Ramadan), berbanding dengan masa lain.” (Hadis sahih, riwayat Muslim).



Walaupun waktu tepat malam al-Qadar tidak diberitahu, Nabi saw ada memberikan beberapa isyarat mengenai ketibaannya, seperti dinyatakan dalam satu hadis.



Dari 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam al-Qadar pada malam ganjil dalam 10 malam yang akhir, dari bulan Ramadan.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari).



Malam yang ganjil ialah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dari bulan Ramadan. Dari keterangan hadis menunjukkan malam yang mulia itu berpindah-pindah (tidak statik) dalam lingkungan 10 malam akhir dari bulan Ramadan.



“Jika menurut Syeikh Abdul Qadir Jailani, malaikat akan mengelilingi dunia pada malam al-Qadar dan mengucapkan salam pada orang beriman yang melakukan ibadat.



“Tiga tanda orang yang mendapat ucapan salam malaikat, iaitu bulu roma meremang, mengalir air mata jernih dan hati berasa tenang sekali.



“Ulama mengatakan pada malam itu, kita akan berasa ada malaikat di sekeliling kita. Malaikat masuk ke semua rumah orang beriman, kecuali rumah yang ada berhala, rumah yang menjadi batu api, orang berkekalan dengan dosa besar dan derhaka pada ibu bapa.



“Lailatul Qadar adalah tawaran atau bonus yang paling tinggi daripada Allah untuk manusia, tetapi tidak semua yang dapat disebabkan halangan dari kita sendiri,” katanya.



Beliau menjelaskan, orang yang mendapat Lailatul Qadar ialah mereka yang meningkatkan ketakwaan, hubungan dengan Allah semakin meningkat, malah perangai berubah kepada lebih baik.



“Justeru, dalam kita mengharapkan Lailatul Qadar, seeloknya kita membuat persediaan, bermula dari pencarian ilmu, seterusnya dengan ilmu dapat beramal ibadat dan ibadat itu pula dengan hati ikhlas,” katanya

(copy from http://www.facebook.com/notes.php?id=118830551472227#!/note.php?note_id=150249851666763)



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
ermmm...puasa da nk dkt habes....

29 Aug 2010

Album Puasa Released

No comments:
Ari ni geng umah sewa *********** telah bermesyuarat dan bersepakat untuk menghasilkan album kami yg ke-8 dikulai bersempena dengan raya yg akan datang ni...jadi, mcm biasa disebabkan bulan ni adlh bln ramdhan, jadik kami mulakan pengisian album kami ini dengan bersembahyang terawih disurau yg berhampiran dgn umah sewa ********** itu.. Enjoy2 gak, tp sembahyang jgn lupa (ini adlh motto kami, hiburan < ibadah... (keseronokan dunia hnya sementara akhirat juga yg kekal abadi~kata2 berbisa yg di quote dr seseorang yg ak sndiri da lupa nmanya)...

maka, setelah selesai sembahyang terawih n solat witir, kami bertiga pon berlari-larian(atas keta) smbil memikirkan lagu2 yg ssuai utk disumbangkan utk album kali ini... mcm biasa, kami mggunakan formasi yg sama iaitu 1org, 4lagu...tp kalo nk lebih, pndai2lah merayu kat kaunter bayaran tu..

jadi, inilah lagu yg berjaya ak sumbangkan..wlopon xsedap tp ak puas sbb dpt mebuangkan segala tension ak slps marking kertas exam dak2 kelas ak..(boleh migrain otak duk tnda kertas periksa ni, ni belum time mesyuarat post mortem lagi ni..mcm mana la ak nk bg alasan kal0 ditnya kenapa prestasi pelajar menurun..huhuhu...)..apa nk buat dah salah ak sbg cikgu sbb xajar btul2..sbb mgkn mereka tlah buat sehabis baik cuma nasib jer xmyebelahi mereka (ermm..nasib dlm periksa???mcm xboleh paka jer)

#1. Lagu pertama..mcm biasa ak warm-up ngan lagu mawi..(lagu original mmg sedap tp da sbb ak yg nyanyi maka lagu tu bolih la buat terapi dlm rumah tuk halau tikus2 yg berkeliaran kt umah..



#2. Alang2 kwn ak duk nyanyi lagu wali band, terus jer ak sambar lagu Emang Dasar dari Wali Band...ermm..emang dasar xreti nyanyi, nsb baik microphone xcair smasa ak nyanyi tu...heheh..layan jerkk...



#3. Lagu ketiga ni lak ak ambek jer lagu lama2 yg sentiasa hijau(evergreen)..hohoho...igtkan suaraku spt ramli sarip tp rupa2nya sama spt ramli tercekik sirap...apa2pon lagu Karam nyanyian Zabarjad memang best utk dilayan..80-an tu..



#4. Sbg penutup proses penyumbangan suara beramai2, ak telah memilih lagu berentak rancak..hehehe..maka terambiklah lagu XPDC-Semangat yang Hilang..ingatkan bolihlah memekik bila pilih lagu ni, tp ak trlupa yg msh ramai lgi insan2 yg xbersalah yg berada diluar tmpat recording tu yg mungkin akan trkena side effect tempikkan ak nnti, jdi...utk itu ak tlah menyanyikannya secara bernasyid smbil tgn kananku diletakkan diatas tangan kiriku ala-ala kumpulan nasyid sekolah...



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
maka berakhirlah sudah rakaman album tuk kali ini...hehehehe
(sebenarnya, inilah kali pertama ak berblogging smbil mengepost video~credit to Musang Api sbb ajar cara nak post video)

26 Aug 2010

Bazar Ramadan

4 comments:

semasa kat sek pg td, sorg dr member ajak pegi bazar ramadan kat UTM..katanya nak try masakan kat bazar tu lak sbb asyik2 beli kat bazar ramdan kat kulai jer..jadi sekali-sekala elok gak g ngetest makanan tmpat lain lak..Ak pon apa lgi, stuju je lah...ak pon pk sma mcm dia gak, hari2 duk telan nasi ambeng dan nasi kerabu kat bazar tu..dah naik boring r tengkuk ak telan... (ingat nk servis keta hr ni, tp makan pnya psl, psl keta ketepikan dulu..lgpun esok msh ada..hahah)



jd, mgikut jadual yg dirancang pada kertas kerja yg dibuat olihku dan kwnku itu, maka kami brtolak dari KulaiFOrnia ni pd pukul 4:00 ptg, hopefully to reach there before 4:30..and we make it... ;P.. ingat nk try GPS pegi UTM skudai tu, ttp apakan daya GPSku mogok xmaw brfungsi..(gps 00 gps..jgn buat hal time blk kg nnti)..



jam ak br pkl 4:40pm tp org kat bazar tu da rmai..pusing2 pnya pusing dpt gak stu petak parking..tu pun nsb baik ada sorg mmbr dr UTM yg tulum usha tmpat parking...tp pelik btul dak2 utm ni..xkan awal sgt beli juadah buka puasa..ke mmg x .....???yg melayu xyah ckp la mmg brsusun kat bberapa gerai..



jd setelah tawaf sunat kat bazar tu sbyk 7x, ada bbrapa tmpat recommended olih mmbr dr utm tu..antaranya kebab, nasi kerabu, air, kuih dsb... jd stelah brmuhasabah dan bertafakur 30minit, maka ak mgambil kputusan utk mmbeli nasi kerabu buat santapan brbuka nnti...byk nsi kerabu tu siap dgn solok lada, kerabu, telur masin separuh n daging bakar...fuhh..sedap)
<

utk juadah sampingan lak, ak tlah beli roti michael jackson size XL(hahah..memandai jer ak ltak nma, bukan roti michael jackson tp roti john, nma mat salleh tp guarantee Halallan Toyyiba)... tu la time duk jln2 tiba2 mata ak trnampak roti john tu, mmg da lma ak tringin nk mkn tp disbbkan harga kat kulai yg trlalu mahal utk roti john ni maka trpaksala ak mgidam dl (roti john kulai = rm6:00)


alang2 ak duk kat UTM ni, baik ak calling2 adik ak yg blaja kat cni.. bolih lah belanja dia juadah brbuka puasa..bkn apa sblm ni sibuk jer(dgn tido) memanjang jadi ada msa ni apa slhnya blnja adik ak...maka tuk adik ak dia beli nasi ayam penyek ngan air jer, n lepas tu ak pon blah tuk brsama2 ngan kwn2 ak td...n adikku tu, pndai2lah dia carik jln blk ke hostel dia..hahaha)