25 May 2011

HARI BAPA

No comments:
ermm...Kenapa kita lebih rapat dengan ibu berbanding dengan bapa/ayah?? Dan kenapa kita lebih menghargai Hari Ibu tetapi tidak untuk Hari Bapa?? Kalau diingatkan balik masa kecik2 dulu, mmg aku akui yang aku agak takut ngan ayah aku tak tahulah kenapa tetapi bila ayah aku marah je terus tunduk kepala sambil mata menahan air mata keluar. Kalau dari segi garang/bekeng, rasa2nya mak aku lebih garang sebab ayah aku tak pernah pon pukul atau rotan tapi mak aku yg selalu rotan. kalau kat mahkamah, ayah aku lebih kurang hakim yang menetapkan hukuman tapi yang melaksanakan emak aku. Tapi itulah walaupun sering kena rotan atau pukul tapi last2 bila ada masalah cari mak juga. Mungkin itu yg dikatakan effect naluri keibuan/aura ibu. Walaupun aku dulu takdelah nakal sangat dan jarang sekali kena marah/rotan ngan ayah ataupun mak aku, tapi kalau dah kena sekali, seminggu tinggal kesan kat hati beb.

tapi aku betul2 respet ngan mak,ayah aku sebab dgn gaji ayah aku yg kecil(ayah aku sorang tukang kebun), tetapi mereka berdua telah berjaya membesarkan dan menjaga 10orang anak mereka(termasuk aku) dengan cukup makan,pakai dan adik-beradik aku dpt sambung belajar sampai peringkat diploma,ijazah. Ingat lagi pesan ayah,mak aku; kita kalau miskin harta xpe, tapi jangan miskin ilmu, dan belajar betul2 supaya nanti tak hidup dalam dalam keadaan susah.

SYURGA ANAK TERLETAK DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU
SYURGA IBU TERLETAK BAWAH TELAPAK KAKI SUAMINYA


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TERIMA KASIH AYAH



Ayah
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

22 May 2011

Hari Ibu

No comments:
Banyak betul event pada bulan bulan mei ini. Dan yang paling teristimewa ialah Hari Ibu. Walaupun aku tak pernah sambut Hari Ibu(bukan tak nak sambut tapi hari ibu sepatutnya disambut hari-hari kerana emak @ ibu telah banyak berkorban untuk kita. Teringat lagi ketika masa kecik-kecik dulu, selalu kena piat dengan lidi selepas blk dari mandi sungai kat depan rumah. Tapi yang paling best, bila aku duk mandi sungai lepas tu ternampak mak aku pegang lidi, terus menyelam(konon-kononnya tak nak bagi nampak aku duk dalam air), tapi disebabkan ketika tu aku masih amatur dalam bab2 menyelam, maka aku hanya bolih menyembunyikan muka jer kedalam air. Lepas tu apalagi, terus batang lidi tu hinggap kat atas belakang. Fuh.sakit mmg terkata. tapi aku sejak kecil dulu mmg tak pernah menangis, tapi disebabkan sakit punya pasal, terkeluar air mata walaupun suara tak keluar. Tapi tak semua aktiviti mandi sungai aku kantoi sbb ada gak mak aku tak tahu sebab kover baik punya. Tak nak bagi kantoi senang jer, lpas mandi sungai, terus mandi kat rumah dan baju,sekluar terus basuh. lepas tu buat-buatlah baca buku @ buat kerja sekolah.. Tapi biasanya tak lama juga sebab lepas tu mulalah kaki report menjalankan tugasnya, tapi tak kisah pon sebab bila dah lama berlaku, biasanya mak aku buat dunno jer.. hehehhe.. Lagi satu, mak aku cukup pantang kalau balik lambat ketika waktu maghrib, kal0 blk lambat juga jawabnya 3 batang lidi penyapu hinggap kat betis dan belakang. Semasa sekolah rendah dulu, selalu gak aku lepak2 rumah saim2 aku sambil main guli, main tikam, main polis sentri dan main mandi sungai. Tapi tu tak lama sebab bila dah naik sekolah menengah, masing2 buat hal sendiri. Bila dah mula main je mmg tak ingat rumah, balik rumah pon sbb lapar lepas dah makan sambung main balik. Best hidup sebagai budak kecik sbb tak payah pikir psl kerja,rega minyak etcc... Tapi yang tak bestnya bila time tengah syok duk main, ttiba ada mak aku kat belakang,dah ready tuk tarik telinga.. Sampai kat rumah, lagi parah kena, berbakul-bakul nasihat dan leter(sbb tu aku lebih suka kena rotan berbanding ngan kena bebel..pedih telinga dengar)

Tapi itu semua kejadian semasa aku kecil-kewcil(zaman nakal) sebab bila dah besar ni baru aku sedar kenapa mak aku tak bagi mandi sungai dan balik semasa waktu maghrib. Terima Kasih Mak dan ayah atas nasihat dan sokongan sampai berjaya masuk maktab(walaupun tak berjaya masuk U) dan sampai bekerja. Jasa dan pengorbanan mak,ayah tak kan dilupakan dan Insyaallah akan cuba membahagiakan mak,ayah kelak.

SEORANG IBU MAMPU MENJAGA SEPULUH ORANG ANAK, TETAPI
SEPULUH ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENJAGA IBU SEORANG.


Yang Benar..

......................
(Anak yang dah lama tak balik kampung)


_________________________________________________________________________

Selamat Hari IBU buat Ibu ku
ROKIAH BT DRAMAN dan Ayahku, ABDULLAH BT AHMAD..



Buatmu Ibu- Aeman

Ibu.. bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)

19 Apr 2011

Kemalangan pelajar KIST, Bachok

3 comments:
Malam tadi aku dapat panggilan dari mak aku yang berada kat kampung bertanya khabar. Astaghfirullah Al-Azim, rupa2nya dah lama aku tak telefon mak,ayah aku. Rupa2nya sejak balik dari cuti sekolah ari tu sampailah malam tadi, aku tak pernah telepon lagi mak,ayah aku. hmmm..mungkin keputusan aku nak mintak tukar balik ke kelantan adalah satu keputusan yang tepat sebab mungkin bila berada di sana nanti aku boleh selalu jenguk2 mak,ayah aku mcm yg ak selalu buat masa kat maktab dulu, waktu xde kelas jer terus balik rumah(almaklumlah rumah dekat jer ngan maktab)...

Tengah2 aku berborak, mak aku ada tanya pasal berita pelajar KIST Bachok yang terlibat dengan kemalangan kat Besut. Memang aku ada dgr sbb brita tu baru jer berlaku hari khamis mggu lepas. Tapi mcm biasalah aku tak ambil kisah sangat pasal kemalangan jalanraya ni sebab kat sini hari2 dlm tibi dn suratkhabar duk cerita psl kemalangan, mcm dah jadi biasa untk kemalangan berlaku(pagi tadi pun aku trserempak dgn satu kemalangan yg btul2 brlaku kat sebelah kereta aku jer, lori terlanggar bumper belakang proton saga.) Mak aku ada tanya lagi samada aku th tak siapa yg trlibat dlm kemalangan yg melibatkan pelajar KIST tu, sbnrnya aku pon xpsti mangsanya cuma yg aku tahu 3 orang mati dan 2 lagi cedera parah. Last2, mak aku cakap yang salah seorang mangsa yg cedera tu adalah sepupu aku sendiri. Mula2 aku pon xprcaya,xkanlah sepupu aku tu trlibat dgn kemalangan. Tapi last2 bila mak aku sebut nama sepupu aku tu, baru aku tahu yang dia mmg trlibat sekali dlm eksiden tu, mcm mana aku xboleh perasan yang sepupu aku tu nmanya Nur Adilah, mna taknya aku selalu panggil nma panggilannya langsung tak tahu nma sebenarnya. harap2 kedua-dua orang yg terselamat tu cepat recover dan segera sembuh.Amenn...

___________________________________________________________________________________
Berita dari bernama.com

Tiga Pelajar Perempuan KIST Maut, Dua Cedera Parah

BESUT, 14 April (Bernama ) -- Tiga pelajar wanita Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Jelawat, Bachok, Kelantan terbunuh manakala dua lagi rakan mereka cedera parah apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak dalam satu kemalangan di kilometer 3, Jalan Jerteh-Kuala Terengganu dekat Kampung Gerai, Bukit Kenak di sini pagi ini.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Perodua Viva Nordiana Mohd Noor,22 yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, Zur Iras Zakaria, 19 dari Kampung Titian Baru, Atas Tol, Kuala Terengganu dan Nurul Shahidah Abdul Jabar,19 dari Taman Rahmat, Tanah Merah, Kelantan.

Mereka yang cedera ialah Bazilah Abdullah, 19 dari Kampung Tiong Dalam, Kota Bahru dan Nur Adilah Mohd Ghazali, 19 dari Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 6 pagi apabila kereta Perodua yang dinaiki lima sekawan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kerteh itu dipercayai cuba memotong sebuah lori di hadapan mereka.

"Bagaimanapun, ketika cuba memotong lori berkenaan, kereta yang dinaiki oleh lima pelajar KIST ini telah bertembung dengan sebuah lori tangki minyak kosong dari arah bertentangan yang ketika itu menghala ke Kuala Terengganu.

"Pertembungan itu menyebabkan kereta tersebut terpusing balik ke arah Kuala Terengganu dan seorang daripada mangsa tercampak keluar dari kereta manakala lori tangki Petronas termasuk ke dalam parit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Daerah Besut di sini pada hari Khamis.

Katanya, dua daripada mangsa iaitu Nordiana dan Zur Iras meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nur Adilah meninggal dunia di Hospital Daerah Besut.

Mangsa yang cedera, katanya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Faisal Deros melalui talian telefon 0133293760.

Sementara itu, pemandu lori tangki Petronas Khairi Ayub,43, berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas dan beliau tidak sempat mengelak apabila ternampak kereta yang dinaiki pelajar itu datang dari arah bertentangan.

"Saya cuba mengelak dari melanggar kereta itu sehingga lori yang dipandu saya sendiri terbabas di kiri jalan dan melanggar sebatang pokok serta sebuah pondok menunggu bas sebelum termasuk dalam sebuah parit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Khairi yang berasal dari Kampung Alor Keladi, Jerteh, Terengganu bagaimanapun hanya cedara ringan dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Seorang rakan kolej mangsa yang juga rakan seasrama mangsa, Norashikin Nasri, 19 dari Bukit Payong, Kuala Terengganu pula berkata kesemua mangsa terlibat adalah pelajar semester empat dalam jurusan kejururawatan.

-- BERNAMA

___________________________________________________________________________________
Moral:
1. Bawa kereta berhati-hati sebab kemalangan tak dapat dijangka.
2. Jangan speeding, slowing xpe
3. pandang kiri, pandang kanan baru potong kereta hadapan
4. Pakai kereta yg ada Airbag(skrg2nya dpt mgurangkan impak kemalangan
5. Jangan ting tong semasa drive
6. ...

___________________________________________________________________________________
Yang aku peliknya, dengar citer pelajar tu bertolak pergi ke Kuala Terengganu lebih kurang slps pkl 12.00 malam. Dan kalau tak silap, kesemua pelajar tersebut tinggal diasrama. Jadi, macam mana pelajar-pelajar tu dapat keluar dari asrama dengan menaiki kereta pada pukul 12.00 malam dengan bebas tanpa ada halangan daripada warden ataupun jaga yang bertugas?? ke memang peraturan asrama KIST yang membenarkan pelajar keluar masuk sesuka hati?? Memang benar orang kata malang/kemalangan tak kenal mangsa, tapi cuba kalau peraturan asrama KIST tu 'diketatkan' sikit, mungkin kejadian seperti ni tidak berlaku..Bukan nak salahkah sesiapa tapi kalaulah peraturannya seperti peraturan maktab aku dulu(ttibe teringat ngan EN Norizan, rupa2nya ada btul tindkannya dengan tidak membenarkan pelajar keluar-masuk sesuka hati dan mengenakan perintah berkurung untuk pelajar2 maktab)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
.......ALFATIHAH kepada mereka yang meninggal dunia, dan kepada 2 orang yang terselamat harap cepat sembuh............