10 Oct 2011

Bajet 2012: Dari pandangan spek mata AKU yg dah PATAH

Bajet 2012, apa yg bestnya bajet tahun ni?? yang aku thu, dari kwn2 aku yg lain(sbb aku xsmpat tgk bajet,ttido)... Gaji akan ada 2 kenaikkan iaitu kenaikkan untuk gaji tahunan antara rm80-rm320(rs2nya aku dpt dlm rm150-rm200) dan satu lagi kenaikkan gaji disebabkan pelarasan gaji(sistem saraan baru). Ada juga disebut semasa bajet hari tu tentang pemendekkan time-based guru dari 10 thun kepada 8thn dan juga pengenalan sistem gaji 3lapis iaitu p1,p2,&p3 dimana guru yg cemerlang boleh naik dari p1 terus ke p2 dan seterusnya. Jadi, disebabkan pengenalan sistem pelarasan gaji yg baru, maka lepas ni xde la lagi gaji penjawat awam mencecah dinding gaji kerana selagi berkhidmat,selagi itulah pergerakan gaji berlaku.

_______________________________________________________________________________
Imbuhan Guru Diumum November

Kira-kira 480,000 kumpulan pendidik dalam sektor perguruan di negara ini bakal menerima faedah menerusi peruntukan Bajet 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan secara terpeinci faedah yang bakal dinikmati kumpulan berkenaan menerusi bajet yang diperuntukan kepada Kementerian Pejaranpada awal November depan.

“Banyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri bagi memperkasakan perkhidmatan awam termasuk sektor pendidikan dan perguruan.

“Secara terpeinci akan saya umumkan pada awal November depan mengenai apakah kandungan yang bakal dinikmati oleh guru-guru yang jumlah mereka adalah satu per tiga daripada keseluruhan penjawat awam,”katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Jumaat.

Selain itu Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi Bajet 2012 kerana banyak memberi tumpuan kepada sektor pendidikan.

“Banyak sekali faedah yang bakal dinikmati seperti bantuan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah serta bantuan persekolahan,” katanya.

________________________________________________________________________________

Fuh, byk gak insentif yg guru dpt. Untungnya jadi seorang guru. Walaupun kedengaran seperti byk kelebihan yg diperoleh guru, tapi sebenarnya tugas guru sekarang ini dah bertambah, rasanya mmg ssuai kerajaan menaikkan @pun memberikan imbuhan untuk guru. Lagipun, kita berjaya pada hari ni pun disebabkan oleh guru kan..
________________________________________________________________________________

Download Teks Ucapan Penuh DS NAJIB bagi Belanjawan 2012.

Download Sini

_______________________________________________________________________________

Tak Sabar Tunggu bulan NOVEMBER. Lagi ada beberapa hari lagi tuk Berita Gembira Dari TPM....

No comments: