2 Jul 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Hari ini kat sekolah aku ada larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Itulah sekarang ni apa2 program mesti ada tagline 1Malaysia kat belakang. Sepatutnya kena tambah lagi, 1Murid 1Sukan 1Malaysia 1Bangsa 1Agama. Larian yang dilepaskan serentak diseluruh negara pada pukul 7.45 pagi. ermm...tak tahulah boleh dibuat serentak @ dop, mungkin ada yg bermula jam 7.46 pagi dan mungkin terdapat sesetengah kawasan dilanda banjir/tsunami yg menyebabkan larian tidak dapat diteruskan. Siapalah kita untuk menentukan bila sesuatu perkara itu berlaku melainkan dengan ketentuan Allah. Pedulikan tentang rekod, yang penting pelaksanaan dan objektif utama larian dapat dicapai. bak kata omputih, U jump I jump.

Tapi tak sangka lak bila tgk bilangan pelajar yang datang hari ni, berduyun-duyun mcm ikan duyung pegi kord memmoth. Biasanya kalau persekolahan hari sabtu, bilangan pelajar bolih dikira paka jari tapi hari ni bebutang kalkulator pon dah jemm duk kira bilangan murid. Memang bersemangat bila ada sukan tapi bila dgr psl sekolah ganti, semua buat2 tak tahu. Bila tanya kenapa tak datang sekolah, bolih wat muka innocent pastu jawab pakcik bas xnak ambil padahal rumah depan pintu pagar sekolah jer, buang masa driver bas jer nak berenti ambik. Nak bagi alasan pun biarlah konkrit sikit ni asyik gunakan taktik lama yang aku guna dulu jer, mmg ler kantoi. Tapi aku biasalah, xkan marah2 ataupun tanya macam2 jika murid2 xdtg pada hari sabtu sbb masing2 ada hal2 sendiri. Beruntung pelajar2 dapat guru yang memahami mcm aku ni. Lagipun aku dulu2 pun pernah gak buat apa yg murid2 aku buat. Dah biasa. What Goes Around Comes Around.

Larian 1M1S1M ini dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan senamrobik. Lepas tu pelajar2 dilepaskan mengikut tahun iaitu Thn 6, Thn 3, thn 2, Thn 1, Thn 4, Thn 5. Bersemangat betul pelajar lari dan mcm acara pecut 100m. Alhamdulillah, nasib baik xde pelajar yang mengalami kecederaan semasa larian kecuali 2 orang pelajar jatuh tapi itupun tidak mengalami kecederaan.

kal0 dilihat dari penyertaan pelajar sekolah aku iaitu lebiy kureng 700++, rasa2nya larian 1M1S1M ini telah tercatat dalam Malaysia Book of Records untuk larian serentak terbesar melibatkan pelajar.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;:::
Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia dah settle, lepas ni countdown tuk Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah sesi 2011.

Moral of the day:
Otak Yang Cerdas datangnya dari Badan yang Sihat

No comments: