17 Nov 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam.. pertamanya, ak ingin ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin tuk sesiapa saje yg mgenali namaku dgn sgaja ataupun tdk sngaja.. Nmpaknya tahun 2010 ni merupakan thn pertama ak sbg cikgu dan juga thn pertama ak beraya di perantaun (heheheeh...jauh beb, cuba google peta pastu Taip Miami, pastu 'zoom in' cari Kulaifornia..)..

Jadi Kal0 aidilfitri dismbut kerana cukup sbln posa, aidiladha lak disambut kerana cukup sbln slps posa ari tu, ak msh blum posa sunat lagi (bkn tidak posa tp msh blum posa)..ermm..dunia2..byk btul dugaan bla nk posa sunat ni..ada mjlis mkn2 la, ada xktv makan2 la, termakan, dan juga sengja pura2 gastrik... apa nk buat, mna bolih thn tgk org lain mkn, nak2 kal0 ayam celup tepung pastu tambah ngan teh o ais lagi..pastu dicampur lagi bisikan2 setan kat kdua2 cuping tlinga..apa lagi confirm trus order nasi..

sbnrnya ari ni ak post bnda berilmiah berkenaan dgn asal usul hari raya aidiladha ni..artikel ni ak jumpa kat facebook... (http://www.facebook.com/photo.php?fbid=463211089189&set=a.446345374189.233673.139457334189)


Asal Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar....Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”


Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”


Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”


Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.


Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.


Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

::::::::::::::::::::::::::
thn ni ak bnr2 myambut hari raya korban kerana ak tlah mgorbanakan cuti raya ak, mgorbankan masa brsama kuarga kt kmpung dan juga mgorbankan baki cuti CRK ak..

No comments: