Showing posts with label MORAL. Show all posts
Showing posts with label MORAL. Show all posts

16 Jun 2012

Nah cikgu duit singgit!!!

No comments:


Tetibe aku teringat kat peristiwa yg berlaku pada hari jumaat yang lepas(15/06/2012), iaitu semasa waktu aku mengajar kelas 3Ixora (kelas ixora merupakan kelas yg terbelakang sekali tapi ada gak yg cerdik n ramai lak yg mmerlukan bimbingan pelajaran).. Nak dijadikan cerita, pada minggu ini aku mengajar topik Money(wang). Dan sebagai induction set, aku ceritalah sikit pasal duit aka money ni kat bebudak tu. Mcm2 cerita yg keluar, ada psl duit raya, duit hilang, pinjaman duit, black money--aku main sebut jer, terlopong budak2 tu dgr..heheh..

Hampir 15 minit duk bercerita, aku pn msk kepada main topic iaitu berkenalan dgn duit yg sebenar. Mula2 aku tunjukkan duit syiling seposen lepas tu syiling seposen lgi(mmg dlm dompet aku ada 10sen+10sen je), lepas tu aku masuk kat bab duit not kertas aka singgit ke atas.. Aku tunjukkanlah duit not rm1 yg baru dan lama(nsb baik aku ada smpan lgi not singgit lama blh ler bebudak tu tgk duit dulu2)..aku mcm biasalah bila tunjukkan not rm1 msti akan tnya soklan kat pelajar2 tu, Awak nampak tak ada orang tengah mendaki Gunung Kinabalu?? ada yg jwb nampak,dan ada juga yg jawab xnampak. (sbnrnya jwpnnya= memang xnampak sbb org tu daki dah sampai puncak gunung jadi terlindung dgn kabus n awan--inilah teka teki turun-temurun daripada cekgu aku dulu)...



Lepas tu, aku ambik notes yg lain pulak, adalah duit rm5 yg ada plstik lutsinar kat tepinya. Selepas bersoal-jawab tentang ciri2, rekabentuk duit tu, aku explore lagi dompet aku untuk cari notes yg lain pulak. Explore pnya explore, rupa2nya dalam dompet aku cuma ada rm8.20 je. Jadi terus aku keluarkan semua duit tu dan letakkan kat atas meja. Ada ler sorang pelajar ni tanya,

murid A: tak kan banyak tu je duit cikgu?? jadi aku pn layan jer lah..
aku: Duit cikgu dah abis, hanya tinggal rm8.20 jer untuk cikgu belanja selama 10 hari.
murid : mana cukup cikgu nak makan??duit tu sikit jer.
Aku: habis tu apa nak buat..mak,ayah cikgu jauh kat kampung. Duit2 lain dah habis
murid2: itu kan cuma rm8.20 je, mana cukup untuk 10 hari?
Aku; Cikgu beli gula 20sen dapatlah empat biki, ptg ni cikgu makan gula2 tu sebijik, malam sebijik.. Lepas tu tengah hari besok sebijik dan petang lagi sebijik.
Murid2: Boleh ke macam tu cikgu??
Aku : Kenapa tak boleh lak?? lebih baik cikgu makan sedikit daripada cikgu pergi mencurik,menyamun semata2 nak makan yang sedap2..

dengan ttibe adalah sorang budak lelaki datang depan dan memberikan duit singgit.


Murid B: Nah cikgu duit singgit.. Ambiklah..
Aku : (blur aku kejap..sbb ttibe jer bagi duit).. Awak terjumpa ke duit ni??
Murid B: Tak cikgu. Ini duit saya. Cikgu ambiklah.
Aku : Kenapa pula bagi cikgu?? xnaklah cikgu, nantikan cikgu kna tangkap dgn polis sbb terima rasuah.
Murid B : Xpe cikgu..cikgu ambiklah..ini rezeki cikgu..saya dah xnak duit ni

mendengarkan budak tu cakap psl rezeki dan niatnya nak menolong cikgunya, terpikir jap aku..Mereka memang dari kelas yg belakang sekali tetapi sikap mereka adalah yg terbaik sekali.. Terus mereka nak tolong cikgu mereka... Itulah yg aku suka bila mengajar kelas belakang, Mereka mgkin tidak sepandai kelas depan tapi sikpa mereka lebih baik drpda mereka yg belajar kat kelas depan. Satu contoh mudah ialah..Pernah aku terserempak dengan pelajar paling nakal sekali kat sekolah aku mgajar tu, tapi bila terjumpa kat mana2 dia boleh tegur dan bersalaman dgn aku.. Tapi kalau pelajar kelas pertama, jgn haraplah nak suruh mereka tegur even kal0 dah mgajr mereka bertahun2 pn, sbb yg aku jmpa mereka ni, hnya sekadar lirikan mata jer drpda mereka nak tegur atau bersalaman mmg jauh sekali. Sebab tu bagi aku mengajar kelas hujung lagi seronok berbanding mgajar kelas pertama. :::thumbs Up:::untuk semua pelajar yg msh menghargai guru mereka.

22 Jul 2011

Uncle Sogo

No comments:
Reaksi sorang unkle yg dah tua mengenai Bersih

Walaupun isu BERSIH 2.0 dah lama berlalu, tapi aku nak kongsi satu video kat urtube mengenai pandangan sorg pakcik tua mengenai BERSIH.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Orang tua pun tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Pilihanraya nak yang BERSIH-bersih je, tapi hati tak nak lak diBERSIHkan. Kan lebih elok kal0 mereka yg menyertai BERSIH ari tu pergi gotong-royong memBERSIHkan kubur,kampung ke ataupun KUALA LUMPUR tu sendiri.

Say No to Demonstrasi
Say No to BERSIH.

_______________________________________
Jom ikut aku hujung minggu ni, aku igat nk buat BERSIH 3D. Pengisiaannya ialah bersihkan rumah aku.

20 Jul 2011

Demmm... Umo aku berkurang 1 tahun lagi..

No comments:
Semalam genap sudah umor aku yg kedua belas tahun. Rasa macam sekejap je masa berlalu, pejam-celik-pejam-celik dah setahun masa bergerak pergi. Kenapa aku rasa sekarang ni masa cepat sangat bergerak, Adakah bumi telah memendekkan putarannya ataupun orbit bumi semakin hampir dengan matahari??---->malas aku nak pikir mnda2 akademik ni, buat sakit kepala jer, biar ahli2 sains je kaji psl kependekkan masa ni(cepat la kaji ahli sains woi, aku dah bagi hint tu).



Bila sebut pasal hari jadi ni, otomatik ianya bersangkut paut dan maut dengan pertambahan umor yang mana kalo dilihat dari sudut sains (eksperimen sains sekolah rendah),Inferens- Semakin meningkat UMUR, Semakin nampak keTUAanya. secara Hipotesisnya, proses PeNUAan dimangkinkan oleh peningkatan umur manusia. Jadi, Kesimpulannya, Umur Manusia amat mempengaruhi sifat @ fizikal manusia.

Dari sudut agama, pertambahan umur beerti kita semakin dekat dengan tanah, bak kata orang cina, rumah kata pergi..perrrgiiiii.. tanah kata mai sini meh. Jadi bagi mereka yg bertambah umur macam aku ni(walaupun bknnya tua sgt) elok-eloklah kita pikir dan renungkan balik apa souvenir (@bekalan) yang akan kita bawa bersama ke alam lain nanti. Agak-agak yg mana paling banyak, belah kanan ke belah kiri?? kalo belah kanan yg banyak okay la, tapi kal0 yg belah kiri banyak, xdapet ambo nk tulum bak kata KL Gangster, Lu ayah long ke ayah angah ke, gua tak peduli. yang pasti ari ni lu teman gua kat dalam api sana. Fuhh..dasyat gak aku sembang psl agama, dah macam ustazah badariah dan ustaz zahazam spt dalam citer Manisnya kurma ni (hehehe..ayat tak boleh blah dah mcm Jeb Sepah )

Dari sudut matematik lak, hari jadi bermaksud berlakunya penambahan beberapa angka dan kuantiti nombor. Umur, kal0 dulu 11 tahun, tapi skrg ni dah masuk 12 tahun. Lilin kal0 dulu sebelas batang tapi skrg ni dah jadi 3 batang(satu lilin besar, 2 lagi lilin kecik), kal0 dulu dapat hadiah keta remote kontrol dah senyum smpai telinga, tapi skrg ni dah xmain r rempit2 guna RC car, paling cikai pon nk hadiah moto kawasaki ninja padahal pijak pedal brek pon paka hujung kaki.

Dari sudut pandangan aku yang xpernah sambut hari jadi, Bagi aku hari jadi ialah hari aku dilahirkan dan bukan dijadikan. Seingat aku, dr kecik smpai besar, xprnah terlintas dalam kepala hotak aku tuk sambut hari jadi, bahkan kal0 lihat org2 yg duk sambut hari jadi @ sdang mnyanyikan lagu happy birthday to u ->2x... kadang2 rasa nk tergelak (tp slalunya aku gelak dlm hati je lah), buat apa lah kita merayakan hari lahir kita, adakah hari lahir kita begitu special sampai perlu kita raikan, wat perabiskan beras jer. Dah lah dgn paka topi ahli sihir dan kadang2 ada badut berhidung merah(ni yg aku tgk dlm tibi tp xpasti kat real life ada ke tak). Sebenarnya, menyambut hari lahir tak salah tapi cara sambutan sahaja yang kureng sesuai. Kan baik kal0 tuk sambutan hari lahir wat kenduri doa selamat sbgai tnda kita bersyukur kepada Allah kerana telah berjaya memenangi sperm racing dan selamat lahir ke dunia.
Nasib baiklah aku lahir dalam keluarga susah jadi xdelah budaya menyambut hari jadi ni.

__________________________________________________________________________________
Sebenarnya aku sendiri pon dah lupa psl tarikh hari lahir aku, nasib baiklah tgh malam sebelum kejadian si ananda tokey maxis hntar msj ucap selamat hari jadi tuk aku disambil dia bgi free gift - free call tuk semua nombor maxis tuk tempoh satu hari(cett..kedokut pnya maxis, untung juta2 bagi free satu hari jer, len kali bagi la 1mnggu,1bulan ke br syok), 1hari pon 1hari la jnji pree of charge, tapi bila aku check phonebook telepon aku, cilakat punya maxis dia dah selongkar phonebook aku sbb tu dia bgi pree satu hari, mana taknya bila aku check semua ahli keluarga aku termasuklah abg2 ipar aku semua paka Line Celcom aku sorg jer paka Line Maxis. Chaitt...poorraaaahhhhh.....

19 Apr 2011

Kemalangan pelajar KIST, Bachok

3 comments:
Malam tadi aku dapat panggilan dari mak aku yang berada kat kampung bertanya khabar. Astaghfirullah Al-Azim, rupa2nya dah lama aku tak telefon mak,ayah aku. Rupa2nya sejak balik dari cuti sekolah ari tu sampailah malam tadi, aku tak pernah telepon lagi mak,ayah aku. hmmm..mungkin keputusan aku nak mintak tukar balik ke kelantan adalah satu keputusan yang tepat sebab mungkin bila berada di sana nanti aku boleh selalu jenguk2 mak,ayah aku mcm yg ak selalu buat masa kat maktab dulu, waktu xde kelas jer terus balik rumah(almaklumlah rumah dekat jer ngan maktab)...

Tengah2 aku berborak, mak aku ada tanya pasal berita pelajar KIST Bachok yang terlibat dengan kemalangan kat Besut. Memang aku ada dgr sbb brita tu baru jer berlaku hari khamis mggu lepas. Tapi mcm biasalah aku tak ambil kisah sangat pasal kemalangan jalanraya ni sebab kat sini hari2 dlm tibi dn suratkhabar duk cerita psl kemalangan, mcm dah jadi biasa untk kemalangan berlaku(pagi tadi pun aku trserempak dgn satu kemalangan yg btul2 brlaku kat sebelah kereta aku jer, lori terlanggar bumper belakang proton saga.) Mak aku ada tanya lagi samada aku th tak siapa yg trlibat dlm kemalangan yg melibatkan pelajar KIST tu, sbnrnya aku pon xpsti mangsanya cuma yg aku tahu 3 orang mati dan 2 lagi cedera parah. Last2, mak aku cakap yang salah seorang mangsa yg cedera tu adalah sepupu aku sendiri. Mula2 aku pon xprcaya,xkanlah sepupu aku tu trlibat dgn kemalangan. Tapi last2 bila mak aku sebut nama sepupu aku tu, baru aku tahu yang dia mmg trlibat sekali dlm eksiden tu, mcm mana aku xboleh perasan yang sepupu aku tu nmanya Nur Adilah, mna taknya aku selalu panggil nma panggilannya langsung tak tahu nma sebenarnya. harap2 kedua-dua orang yg terselamat tu cepat recover dan segera sembuh.Amenn...

___________________________________________________________________________________
Berita dari bernama.com

Tiga Pelajar Perempuan KIST Maut, Dua Cedera Parah

BESUT, 14 April (Bernama ) -- Tiga pelajar wanita Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Jelawat, Bachok, Kelantan terbunuh manakala dua lagi rakan mereka cedera parah apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak dalam satu kemalangan di kilometer 3, Jalan Jerteh-Kuala Terengganu dekat Kampung Gerai, Bukit Kenak di sini pagi ini.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Perodua Viva Nordiana Mohd Noor,22 yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, Zur Iras Zakaria, 19 dari Kampung Titian Baru, Atas Tol, Kuala Terengganu dan Nurul Shahidah Abdul Jabar,19 dari Taman Rahmat, Tanah Merah, Kelantan.

Mereka yang cedera ialah Bazilah Abdullah, 19 dari Kampung Tiong Dalam, Kota Bahru dan Nur Adilah Mohd Ghazali, 19 dari Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 6 pagi apabila kereta Perodua yang dinaiki lima sekawan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kerteh itu dipercayai cuba memotong sebuah lori di hadapan mereka.

"Bagaimanapun, ketika cuba memotong lori berkenaan, kereta yang dinaiki oleh lima pelajar KIST ini telah bertembung dengan sebuah lori tangki minyak kosong dari arah bertentangan yang ketika itu menghala ke Kuala Terengganu.

"Pertembungan itu menyebabkan kereta tersebut terpusing balik ke arah Kuala Terengganu dan seorang daripada mangsa tercampak keluar dari kereta manakala lori tangki Petronas termasuk ke dalam parit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Daerah Besut di sini pada hari Khamis.

Katanya, dua daripada mangsa iaitu Nordiana dan Zur Iras meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nur Adilah meninggal dunia di Hospital Daerah Besut.

Mangsa yang cedera, katanya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Faisal Deros melalui talian telefon 0133293760.

Sementara itu, pemandu lori tangki Petronas Khairi Ayub,43, berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas dan beliau tidak sempat mengelak apabila ternampak kereta yang dinaiki pelajar itu datang dari arah bertentangan.

"Saya cuba mengelak dari melanggar kereta itu sehingga lori yang dipandu saya sendiri terbabas di kiri jalan dan melanggar sebatang pokok serta sebuah pondok menunggu bas sebelum termasuk dalam sebuah parit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Khairi yang berasal dari Kampung Alor Keladi, Jerteh, Terengganu bagaimanapun hanya cedara ringan dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Seorang rakan kolej mangsa yang juga rakan seasrama mangsa, Norashikin Nasri, 19 dari Bukit Payong, Kuala Terengganu pula berkata kesemua mangsa terlibat adalah pelajar semester empat dalam jurusan kejururawatan.

-- BERNAMA

___________________________________________________________________________________
Moral:
1. Bawa kereta berhati-hati sebab kemalangan tak dapat dijangka.
2. Jangan speeding, slowing xpe
3. pandang kiri, pandang kanan baru potong kereta hadapan
4. Pakai kereta yg ada Airbag(skrg2nya dpt mgurangkan impak kemalangan
5. Jangan ting tong semasa drive
6. ...

___________________________________________________________________________________
Yang aku peliknya, dengar citer pelajar tu bertolak pergi ke Kuala Terengganu lebih kurang slps pkl 12.00 malam. Dan kalau tak silap, kesemua pelajar tersebut tinggal diasrama. Jadi, macam mana pelajar-pelajar tu dapat keluar dari asrama dengan menaiki kereta pada pukul 12.00 malam dengan bebas tanpa ada halangan daripada warden ataupun jaga yang bertugas?? ke memang peraturan asrama KIST yang membenarkan pelajar keluar masuk sesuka hati?? Memang benar orang kata malang/kemalangan tak kenal mangsa, tapi cuba kalau peraturan asrama KIST tu 'diketatkan' sikit, mungkin kejadian seperti ni tidak berlaku..Bukan nak salahkah sesiapa tapi kalaulah peraturannya seperti peraturan maktab aku dulu(ttibe teringat ngan EN Norizan, rupa2nya ada btul tindkannya dengan tidak membenarkan pelajar keluar-masuk sesuka hati dan mengenakan perintah berkurung untuk pelajar2 maktab)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
.......ALFATIHAH kepada mereka yang meninggal dunia, dan kepada 2 orang yang terselamat harap cepat sembuh............

7 Apr 2011

Buli

No comments:
Gila kentang betul bila tengok satu video buli kat youtube. Kisahnya, pembulinya budak kecik jer tapi ada hati nak buli budak yang badan besar. Akhirnya, dia yang kalah, dahlah kalah, sakit pon dapat.



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Yang tak boleh blah bila video ni di edit dan dibuat pertarungan ala-ala Street Fighter, siap ada power bar lagi.. Kreatip-kreatip...

___________________________________________________________________
Jauhkan diri anda dari sikap suka membuli. Yang muda hormati yang tua, Yang tua kasihi yang muda....

6 Apr 2011

Peristiwa Kat rumah sewa baru

No comments:
Salam..

Petang tadi ketika aku sedang relek2 sambil baca buku elektronik (e-book) tetiba aku terdengar ...sreeeettttttttt....KABomMM!!!Kulai kena gempa bumi ke?? ataupun kesan radioaktif nuklear jepun dah sampai malaysia??
tapi selepas beberapa ketika ak trdengar, Min jom kuar, ada exciden depan rumah kita. Aksiden depan rumah???rasa2nya rumah sewa aku ni kat taman bukannya kat traffic light ataupun jalan2 besar. Patutlah, rupa2nya Lee Chong wei lwn Keiji Sato. Kereta proton malaysia ter'aksiden' dengan kereta honda jepang.


Agak kuat gak sbnrnya body keta malaysia ni sebab walaopon bunyi dentuman tadi sekuat seperti bunyi mercun pop-pop yang dibakar, hanya bumper jer tertanggal, manakala kereta honda lak terjejas ckit jer kat bahagian depan. Tapi ckit2 pnya psl pon, ak tgk tayar keta ploton tu mcm terkuar dari soket. Mmg sah2 xbolih jalan.

Tapi apa2pon syukur sebab tiada jiwa manusia ataupun haiwan yang terjejas disebabkan perlanggaran tersebut. Walaupon aksiden menyebabkan kjedua-dua enjin keta mati namun penumpang kedua-dua kereta selamat.

...ermmm...biasanya bila aksiden mesti orang nak tahu punca kepada berlakunya aksiden tersebut. Menurut saksi kejadian minah(nama samaran yg aku letak), kereta honda itu telah lama bermaharajalela dan memandu dgn kelajuan michael schumacher dikawasan taman ni. dan keta honda itu gak telah beberapa kali ditangkap oleh kamera hset minah kerana memandu laju. Jadi kesimpulannya, kereta honda tersebut dipandu dengan laju dan pemandunya tidak sedar yang kereta proton datang dari arah depan, Maka kedua-duanya cuba mengelak tetapi kereta honda tak sempak mengelak lalu merempuh dan encium bontot kereta proton. maka adegan kereta honda mencium bontot proton telah menyebatkan bunyi..KaBOoMMMM!! tadi.

11 Jan 2011

AJL 25

No comments:
Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25)

cehhh..abes gak AJL mlm td. Walaupun xsmpat tgk abis (cuma smpat tgk lagu A.P.I (Pelita). kal0 diikutkan pd tmpat pentas AJL dilangsungkan, mmg rmai btul peminat AJL ni, siap bawa sepanduk(kain rentang) artis pilihan masing2 smbil trpekik smpai nk trkuar biji cempedak kat leher tu..(kal0lah penonton buat sebegitu ketika Forum Perdana ataupun Al-Kulliyah, msti gempak..) tp itu kalau je sbb xmgkn penonton yg begitu ramai akan mghadiri program2 sebegitu, dan kal0 yg hadir pon hnya 2,3 kerat jah, itupun pakcik & makcik yg sudah tua, yg muda2 mmg trlalu ssh kta nk jmpa (termasuk ak sekali). Entahlah labu, mgkn ini adlh trend @ stail di mana konsert2 hiburan di utamakan berbanding dgn forum2 @ ceramah keagamaan.

Lagi stu, org2 kta mudah benar tertarik dgn konsert-konsert nyanyian walaupun mereka mgkn tdk begitu faham dgn lagu-lagu yg dinyanyikan. Contohnya, sblm ni pada thn 2010, Wonder Girls (kump. yg feymes dgn lagu Nobody) tlah buat satu konsert perdana kat Genting Highland. Berduyun-duyun org pegi n tiket dikatakan abes dijual (sumber; google).. Dahla smbil dengar lagu, bolih duk ikut sekali hayun-hayun kepala, apa igt kal0 sekadar dgr penyanyi korea perform sudah bolih pandai cakap bahasa korea ke.. mntak maaf la, selagi berlaukkan budu dan tempe dan jeruk petai mmg xbolih la nk speakim korea, tp kal0 setakat sebut 'chikaro' tu mgkn bolih r kot. Tp cuba kalau Forum Perdana, dah la dpt masuk free siap dpt ole-ole lagi, tp xde juga yg pergi. Dunia-dunia...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
No offense to others..just my naive opinion.

""ckp org pandai, tp kamu sndiri pon x pergi, apa cer??""
""mmg le ak xpergi forum perdana, tp ada nmpak ak g konsert""
"Ingat stu prkara jah, kal0 xleh nk wat baik, baik jgn buat jahat""

4 Jan 2011

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

No comments:
LELAKILelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??



Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.



Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)



Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.


Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.



Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya?? >Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.



Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita?



Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. ibunya

2. isterinya

3.anak perempuannya dan

4. saudara perempuannya.





Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya,

2. ayahnya,

3. anak lelakinya dan

4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu

2. puasa di bulan Ramadhan

3. taat suaminya dan

4. menjaga kehormatannya .



Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....



Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..



"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)


Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "



Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan



Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.



Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. (burut) - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru daripada ketegangan. - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. - meringankan bahagian pelvis. - memberi dorongan supaya mudah tidur. - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. - mengurangkan kegemukan. - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) . - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.



D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut 4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa



Sekarang anda mempunyai 2 pilihan



1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. AMIN.


Surah Al-Munaafiquun :Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.



Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB : Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib? Meninggalkansolat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja..... Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah... Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.



Email nie untok kite kongsi bersame dan juge memanfatkan nye..INSYALLAH. semoga kite sesame mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W.T. amin.assallamualaikum

17 Aug 2010

menu berbuka puasa bagi daerah Kulai dan sewaktu dengannya

2 comments:
Dah hmpir seminggu lebih ak puasa kat johor ni...ermm..alhamdulillah, ak rasa stkt ak duk johor ni, dah bermacam-macam jenis lauk/masakan yang ak try-test, mmg nmpak sedap tp lidah kelateku kelu untuk menjamah@meranggoh, bukan xsedap cuma xkena ngan selera (bak supo kata ore2 tuo dl, x berapo nop nyankut)...hasil kaji-selidik yg ak buat kat bazar ramadan yg ado kt kulai ni, maka terkluarlah beberapa bungkus nasi yg ak beli untuk juadah brbuka:::::

#1. Bazar Ramadan Jalan Kenari: Nasi putih + ayam goreng
#2. Bazar Ramadan Taman Muhibbah: Nasi Kerabu + Daging bakar (agak nyangkut)
#3. Maple' Nanzeela: Nasi goreng kampung (sobb..sobbb..sob..
#4. A&N Corner: Nasi Kerabu biasa (dat mean yg ada cumo ike goreng celup tepung)
#5. Bazar Ramadan Jalan Kenari: Nasi Kerabu + daging bakar
#6. Bazar Ramadan Jalan Kenari: Nasi Ambeng (johor mali)
#7. Bazar Ramadan Jalan Matahari: nasi putih + gulai ayam (org cni pggilnya ayam kari)
#8. Bazar Ramadan Jalan Kenari: nasi ambeng
#9. Bazar Ramadan Jalan Muhibbah: nasi putih + ikan keli
#10. Restoran WAK KENTUT: wakaka..apa pnya nma da.. Nasi Lemak + ayam goreng
#11. ?
#12. ?
:
:
#30. Melor. )(yeahhhhhhhhhhhhoooooooo....balik kampung)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;;
selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang kecil dan yang besar, yang puasa dan yang x puasa... Tidak kisah dimana kita sekarang (di rumah ataupun diperantauan) yang penting kita tahu ibadat puasa bukan diukur dengan apa yang kita makan ketika puasa ttp berdasarkan apa yang kita lakukan semasa kita berpuasa..
Ketika kita enak berbuka puasa, adakah penduduk Islam palestin telah makan?? ketika kita sedang membeli makanan di bazar ramadan, adakah mereka sama macam kita?? ketika kita sedang memilih air cincau dan air cendol, adakah mereka mempunyai sumber air untuk diminum??
FIKIR_FIKIRKANLAH...

:::::::::::::::::::::::::
chow-cin-cau..
("Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman." -Hadis Riwayat Muslim)

12 Aug 2010

Surah Al-Ikhlas (ayat pendek tp penuh bermanfaat)

No comments:

ASSALAMUALAIKUM,

LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG
DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI
ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA
YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana
malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama
(ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang
bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah
di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina
Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur
hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca
surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala
dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas
setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

7 Aug 2010

Daftar Pemilih...LayakKah Aku Mengundi

No comments:

mari la mari..pergi mengundi..tunaikan kewajipan pada negara... ni lah beberapa kerat lagu yg smpat ak ingat dan hafal smasa PRU12 dahulu..(PRU is not like FRU, tp biasanya kal0 ada PRU maka adalah FRU sekali)...dipendekkan citer, beberapa purnama yg lalu(3,4hari lepas), ak trlihat kt facebookku kat ruangan paling tepi bahagian atas sebelah penjuru kanan dibawah suggestion dan didalam ApiMusang Compaq yg bersumberkan battery yang da condemn, ak trskodeng satu page yg diletakkan tajuk, "PRU13, Masa Untuk Mencari Duit Lebih".(rs2nya cam gitu r tjuk dia, tp tjuk sbnrnya ak da lupa cuz tu kisah 3hari yg lalu..)..jadi bila bukak jer page tersebut, maka kuarlah ia dari screen leptopku...fuhhh..byk btul yg suka tekan butang 'Like' kat page ni disamping rmai yg bagi komen2 spt kedai kopi nyer penganalisis politik...Lalu ak pon apa lagi try la bukak satu profile yg ak tgk aktive beri komen kat page ni..curios sgt2 psl minah ni sekor, mnalah tahu kot2 dia ni anak pengerusi SPR ke, xpun presiden parti cap ayam ke, kira bolih la ak mntak sponsor baju raya or keta mersedes tuk ku tunggangi wktu raya nnti..tp alkisahnya, bukak2 jer, alahai budak hingusan yg tak mumayyiz lg, minum mami poko 3,4botol lak tu... (tp yg herannya, mcm mna budak yg msh memandu baby walker tu bolih berfesbuk???canggih btul la bebudak skrg..zaman ak kecik2 dulu, punya la ssh, nk hntar short msg pon paka telegram je...)..
maka, dipenddekan citer skali lg, ak pon dengan tidak disengajakan telah ternampak satu link kat page tu yg membawa trus si peng'klik' link tersebut ke laman web daftar pemilih SPR yg mna kta bolih semak status pendaftaran kita..
jika thn 2004 dulu, bila msk jer no ic *********** trus jer kuar "mintak maaf, anda masih belum baligh lagi, sila cuba 4tahun lagi, sekian terima kasih"..jd, pda tahun trsebut dgb rasminya ak belum bolih mgundi lgi disbbkan blum mndaftar dgn SPR..iskk2,,mcm mna ak bolih lupa ni??...
jdi, slps jer PRU12 ari tu, ak trus jer mndaftar untuk sesi PRU13..mntak2 la nma ak ada kali ni..jdi, bila ak mskkan jer ak nyer ic ***********, maka dengan rsminya nma ak telah brjaya mnempatkan dirinya dikalangan org2 yg layak mngundi..


hohohoho..ak telah berjaya mengundi

Tekan sini untuk semak

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
yg mna ak nk pilih @ rakyat pilih..itu adalah rahsia..Biarlah jadi rahsia

pilih BN-- BeingEnd
pilih PKR-- lu P.K.R sendirik

2-2 sama..yg untung org kat atas..yg menderita org kat bwh...
When politician Talks, a bitter will become a honey sugar...Let's think bout it...

18 Jul 2010

KULAI'FORNIA

No comments:
ram..ram..ramlah ram...ramlah...ramlah ram..

tersengguk-sengguk kepalaku bergoncang smbil dgr lagu Lady Gaga - Bad Romance... byk tul hiburan yg ak dpt 2hari ni, almaklumlah smpena smbutan belia @ dlm erti kata lain smbutan pesta muda-mudi..apa xNya, jika sblm ni Kulai sepi tnpa kelibat mnusia tp tup2 2hari ni mcm acara ada kt kulai...Smua acara ni di'run'kan kat IOI Mall...mmg meriah, lbih2 lg ni mrupakan my pirst time ever sjak mninggalkan bumi Kelate...Lagipun kal0 kt kelate mmg xyah nk dreaminglah tuk tgk acara2 ni smua...sbnrnya byk acara yg ada ttp hnya sedikit jer yg smpat ak tgk..almaklumlah ak kam selalu sibuk ngan masalah negara, ini pon ak br jer blk dari negara GoHeadGoStand utk bncang hal-hal negara(xbolih crita pnjang2 sbb ni rahsia krajaan)... jdi, citer pnyaer citer, hari ni ak nk story-mory psl 2 acara yg ak smpat tonton......

a) J-ROBIK: saim ak kata ni gabungan antara Silat + Zapin + muzik = J-Robik aka senaman bermuzikal ala2 high school musikal.. mula2nya sedap la juga mata ak menari2 tengok bbudak kecik(j-robik ni disertai oleh bdak sek. rendah) menghayunkan tangan dan kaki mereka... skali tgk mcm Pro lak pesrta j-robik ni, mgkn da well-trained...tp yg xbestnya psl j-robik ni ialah ktika smua kategori knak2 ribena da abes dipertandingkan, maka belia2 lak take over pentas tarian... igtkan smbutan belia ni tuk belia2 yg umo 25thn kebwh jer tp bila tgk jer 'belia2' yg sdang berJ-ROBIK, maka dgn otomatiknya otot2 perut ku mmulas tnda protes trhadap prsmbahan tarian 'belia' tu... dgn umo(ak rs umo mrka ni dlm 40-an kot) yg agak veteran, ditmbah lg dgn bju sendat yg melitupi badan ala2 lembu yg tertelan bola Jabulani 3 bijik, tmbah lagi dgn rmbut meggi yg xbertutup spt rmbut pontianak(kal0 pontianak maya karin xpe la gak, tp ni pontianak yg bermuka rominah sidek, buat ngeri jer tengok)... kal0 ikut hati tulus ak ni nak jer ak bagi flying kick free kt muka 'belia2' tu smua... nk bersenam tu xsalah tp xbolehkah 'belia2' paka sopan @ mnutup aurat...apa xtkut ke jadi kayu api kt neraka nnti???

b) Kugiran Belia:

yg ni ak mmg bangga dgn anak2 melayu krana dpt mengenal gitar dan drum dgn btul... tp rs2nya lbih elok kal0 mrka buat prtandingan ni slps smbahyang isyak... mngucap pnjang ak mlm td bla tgk stu kumpulan (nma ak lupa) sdang
mgadakan prsembahan..mmg mntap habis...suara bokalisnya mmg jitu dan sdap di dgr tp mlangnya kumpulan mangkuk ni mmg kal0 srh baca alif, ba, ta, mahu 3hari,3malam duk ketar lutut.. dahla waktu kumpulan ni tgh menyanyi ttiba msjid Selong mgalunkan azan isya'..nk jer ak pulas tengkuk melaun2 tu sekor2, bkn nk tnjuk baek tp sejahat2 ak kal0 dgr azan gerenti ak stop dl kije ak hatta mgajar skalipon...yg tmbah berdarah hati ak, dahla xnak berenti malahan bolih mgibar2 dan menhayun2 kepala dogol mereka mgikut alunan muzik bingit yg ntah apa2 genre..nk kata pop bkn, nasyid pon bukan, pop yeh2 lagi la bkn...kal0 lah mereka paham tntang agama @pun tdk ponteng klas smasa pelajaran pendidikan agama islam dulu tentu mrka xkan trkinja2 di atas pentas tu...

“Apabila kalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin.” (HR. Al-Bukhari no. 611 dan Muslim no. 846)

ak xnak pikir buruk trhadap saudara seagama sebangsa ngan ak..tp cuba pikir..dgn kepala hoyong-hayang ikut alunan muzik (ala2 man kidal goyang tp maen xsama pon mcm man bedal ada la) tu, adakah mereka sedang mereply jawapan azan??@pon scara saintifiknya adakah mereka MENGHORMATI AZAN???? (PK la sndirik...sdangkan anak sedara ak br baek dari demam tumbuh gigi sulung pon dpt beza mna yg bolih dan mna yg xbolih)

:AK BERASA bangga KULAI DAH JADI KULAIFORNIA....

:::::::::::::::::::::::::::::::
ada mata, skodeng
ada telinga, curik dengar
ada mulut, gossip
ada tangan, mencurik
ada kaki, klubbing
ada buah pinggan, LU PAKA LA SENDIRIK!!!

:::::::::::::::::::
info yang lebih lanjut mgenai azan boleh dicapai disini...

http://www.asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=818

7 Jul 2010

Arak dan Hukumnya..

No comments:
Ayat 90 surah al Maidah: Maksudnya: 'Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, tenung nasib adalah perkara kotor daripada perbuatan syaitan dan hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya'.

-sama juga dgn pemakaian bj berlogo arak..
Haram memakai atau mengiklankan apa saja syiar2 yang haram disi syarak.Carlsberg adalah jenama arak yg haram dengan ijmak ulamak.Maka apa saja yang haram jadi haram pula kita iklankan sepertimana zina itu haram maka haram kita iklankan perbuatan zina.Judi juga haram maka haram kita pakai baju yang ada logo atau nama syarikat judi kerana itu dikira redha dgn benda yg haram sekalipun dengan alasan hati kita tidak redha cuma pakai utk suka2.Kalau orang pakai baju yg tertulis benda2 yg aib tentang diri kita adakh kita suka?Begitu jugalah Allah swt tidak suka kita memakai suatu yang mengaibkan agama Islam dan umat Islam. wallahua'lam
:::::::::::::::::::::::::::::::
just my 2cent...(cedok dr e-fatwa.org.my)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
kejadian di 7-11...

ceritanya, td ak g la cucuk duit kat atm yg ada dlm 7-11 brhampiran ngan rumah ak(tmpat trpaksa dirahsiakan), ketika sedang sronok duk tekan bebutang password utk kad ak tu, ttibe ak trpandang sorg cina yg sedang belek2 botol TIGER lalu memegangnya(ini ak xksahlah sbb dia mmg da konpirm xsunat, jd xpelah kal0 nk pegang bnda tu)..tp yg xbestnyer, ttibe mamat cine tu ambek tin-tin TIGER tersebut lalu mmbawanyer kt kaunter..dahla jalan utk kekaunter tu trpaksa melalui tmpat ak cucuk duit, tp nsb baeklah ak pndai elak kal0 x mmg konpirm TIGER tu terkam ak..oppsss, bkn terkam tp trkna bju ak..ak bkn ape, sbnrya bknlah syang sgt bju jersi mexico yg ak pakai tu tp paham2 jerlah bj tu msh trpelihara lg kesuciannya, lagipun elok baju tu ak jga smpai sekor nyamuk pon xbolih hinggap kt bju tu, ari tu pun ak da lempang sekor nyamuk sbb ada hati usha bju mexico ak tu... tp apek tu pon terer gak sbb dia bolih lalu jer sebelah ak tnpa tgk pon jersi mexico ak..hisshhh....melepasla Lu apek sbb xdpt tgk bju jersi ak(kal0 Lu tgk maka lu adalah org yg ke-200,001 yg ak bgi tgk secara pree)..(tp apa2pon wktu tu ak brsyukur sgt2 sbb TIGER tu xmnyentuh bju ak..)... tp yg xbestnyer tntang kejadian tu ialah apabila ak tgk kt kaunter sebenE, perrggghhhh, ada awek jaga kaunter siap paka tudung lak tu..tp pikiran ak trkesima..kjap ak tgk apek tu bwa TIGER, kjap ak tgk awek kt kaunter...last2 ak tgk apek tu ltak dia nyer TIGER atas kaunter..time tu ak tgk2 gak muka awek kaunter tu, mna thu kot2 brubah sbb mna taknya ada TIGER tu atas kaunter mahu kna samak kal0 trkna ni...tp alkisahnya muka ak yg brubah bila tgk slumber tenuk jer awek tu pegang TIGER lalu men'packing'kannya dlm plastik sebenE...dlm hati ak ingin jer ak sound awek tu kerana bolih wat xthu jer sdangkan dah trtulis kat body TIGER tu contain al****l..jd maknanya itu adalah A%^#...kal0 stkt nk pegang KODOMO LION tu ak xksh la tp ni TIGER babe..mna r ko pegi time ustazah,ustaz ajar bab halal,haram??tu la time klas ponteng, xthu xnak tnya lak sang ustaz yg sdang cucuk duit tu..isk2..apa la nk jadi....

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Disebabkan terlalu ralit memerhatikan urusan jual-beli td, ak tlah trsalah tekan nombor amoun duit..mulanya nk ambek rm50jer, tp alih2 tertekan rm5000...tp nsb baeklah itu mesin, kal0 la itu adalah org tntu beliau da ckp: xguna pnyer budak, ada hati nk ambik rm5000, balance pon ada rm64hinggit jer..nah amnek rm50, g maen jauh2..