19 Apr 2011

Kemalangan pelajar KIST, Bachok

Malam tadi aku dapat panggilan dari mak aku yang berada kat kampung bertanya khabar. Astaghfirullah Al-Azim, rupa2nya dah lama aku tak telefon mak,ayah aku. Rupa2nya sejak balik dari cuti sekolah ari tu sampailah malam tadi, aku tak pernah telepon lagi mak,ayah aku. hmmm..mungkin keputusan aku nak mintak tukar balik ke kelantan adalah satu keputusan yang tepat sebab mungkin bila berada di sana nanti aku boleh selalu jenguk2 mak,ayah aku mcm yg ak selalu buat masa kat maktab dulu, waktu xde kelas jer terus balik rumah(almaklumlah rumah dekat jer ngan maktab)...

Tengah2 aku berborak, mak aku ada tanya pasal berita pelajar KIST Bachok yang terlibat dengan kemalangan kat Besut. Memang aku ada dgr sbb brita tu baru jer berlaku hari khamis mggu lepas. Tapi mcm biasalah aku tak ambil kisah sangat pasal kemalangan jalanraya ni sebab kat sini hari2 dlm tibi dn suratkhabar duk cerita psl kemalangan, mcm dah jadi biasa untk kemalangan berlaku(pagi tadi pun aku trserempak dgn satu kemalangan yg btul2 brlaku kat sebelah kereta aku jer, lori terlanggar bumper belakang proton saga.) Mak aku ada tanya lagi samada aku th tak siapa yg trlibat dlm kemalangan yg melibatkan pelajar KIST tu, sbnrnya aku pon xpsti mangsanya cuma yg aku tahu 3 orang mati dan 2 lagi cedera parah. Last2, mak aku cakap yang salah seorang mangsa yg cedera tu adalah sepupu aku sendiri. Mula2 aku pon xprcaya,xkanlah sepupu aku tu trlibat dgn kemalangan. Tapi last2 bila mak aku sebut nama sepupu aku tu, baru aku tahu yang dia mmg trlibat sekali dlm eksiden tu, mcm mana aku xboleh perasan yang sepupu aku tu nmanya Nur Adilah, mna taknya aku selalu panggil nma panggilannya langsung tak tahu nma sebenarnya. harap2 kedua-dua orang yg terselamat tu cepat recover dan segera sembuh.Amenn...

___________________________________________________________________________________
Berita dari bernama.com

Tiga Pelajar Perempuan KIST Maut, Dua Cedera Parah

BESUT, 14 April (Bernama ) -- Tiga pelajar wanita Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Jelawat, Bachok, Kelantan terbunuh manakala dua lagi rakan mereka cedera parah apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak dalam satu kemalangan di kilometer 3, Jalan Jerteh-Kuala Terengganu dekat Kampung Gerai, Bukit Kenak di sini pagi ini.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Perodua Viva Nordiana Mohd Noor,22 yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, Zur Iras Zakaria, 19 dari Kampung Titian Baru, Atas Tol, Kuala Terengganu dan Nurul Shahidah Abdul Jabar,19 dari Taman Rahmat, Tanah Merah, Kelantan.

Mereka yang cedera ialah Bazilah Abdullah, 19 dari Kampung Tiong Dalam, Kota Bahru dan Nur Adilah Mohd Ghazali, 19 dari Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 6 pagi apabila kereta Perodua yang dinaiki lima sekawan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kerteh itu dipercayai cuba memotong sebuah lori di hadapan mereka.

"Bagaimanapun, ketika cuba memotong lori berkenaan, kereta yang dinaiki oleh lima pelajar KIST ini telah bertembung dengan sebuah lori tangki minyak kosong dari arah bertentangan yang ketika itu menghala ke Kuala Terengganu.

"Pertembungan itu menyebabkan kereta tersebut terpusing balik ke arah Kuala Terengganu dan seorang daripada mangsa tercampak keluar dari kereta manakala lori tangki Petronas termasuk ke dalam parit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Daerah Besut di sini pada hari Khamis.

Katanya, dua daripada mangsa iaitu Nordiana dan Zur Iras meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nur Adilah meninggal dunia di Hospital Daerah Besut.

Mangsa yang cedera, katanya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Faisal Deros melalui talian telefon 0133293760.

Sementara itu, pemandu lori tangki Petronas Khairi Ayub,43, berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas dan beliau tidak sempat mengelak apabila ternampak kereta yang dinaiki pelajar itu datang dari arah bertentangan.

"Saya cuba mengelak dari melanggar kereta itu sehingga lori yang dipandu saya sendiri terbabas di kiri jalan dan melanggar sebatang pokok serta sebuah pondok menunggu bas sebelum termasuk dalam sebuah parit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Khairi yang berasal dari Kampung Alor Keladi, Jerteh, Terengganu bagaimanapun hanya cedara ringan dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Seorang rakan kolej mangsa yang juga rakan seasrama mangsa, Norashikin Nasri, 19 dari Bukit Payong, Kuala Terengganu pula berkata kesemua mangsa terlibat adalah pelajar semester empat dalam jurusan kejururawatan.

-- BERNAMA

___________________________________________________________________________________
Moral:
1. Bawa kereta berhati-hati sebab kemalangan tak dapat dijangka.
2. Jangan speeding, slowing xpe
3. pandang kiri, pandang kanan baru potong kereta hadapan
4. Pakai kereta yg ada Airbag(skrg2nya dpt mgurangkan impak kemalangan
5. Jangan ting tong semasa drive
6. ...

___________________________________________________________________________________
Yang aku peliknya, dengar citer pelajar tu bertolak pergi ke Kuala Terengganu lebih kurang slps pkl 12.00 malam. Dan kalau tak silap, kesemua pelajar tersebut tinggal diasrama. Jadi, macam mana pelajar-pelajar tu dapat keluar dari asrama dengan menaiki kereta pada pukul 12.00 malam dengan bebas tanpa ada halangan daripada warden ataupun jaga yang bertugas?? ke memang peraturan asrama KIST yang membenarkan pelajar keluar masuk sesuka hati?? Memang benar orang kata malang/kemalangan tak kenal mangsa, tapi cuba kalau peraturan asrama KIST tu 'diketatkan' sikit, mungkin kejadian seperti ni tidak berlaku..Bukan nak salahkah sesiapa tapi kalaulah peraturannya seperti peraturan maktab aku dulu(ttibe teringat ngan EN Norizan, rupa2nya ada btul tindkannya dengan tidak membenarkan pelajar keluar-masuk sesuka hati dan mengenakan perintah berkurung untuk pelajar2 maktab)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
.......ALFATIHAH kepada mereka yang meninggal dunia, dan kepada 2 orang yang terselamat harap cepat sembuh............

3 comments:

Anonymous said...

perlu hati-hati semasa memandu. lagi pulak jgn bergaya dgn kereta sewa.

Anonymous said...

pelajar kist ramai dah yang maut kemalangan, memang tak ikut peraturan memandu, patut la macam tu... ehem Presiden KIST pun cuma lulusan SPM pangkat 3 sahaja... pooorahhh

Anonymous said...

dalam rekod member kemalangan maut pelajar kist setiap 2 bulan... dulu dah berlaku kemalangan maut pada Disember 2010 1 maut, pastu bulan Februari 2011 1 maut, lps tu pulak April 2011 3 maut dan terkini pada 26 Jun 2011 3 maut. punya la puaka budak-budak kist.