22 May 2011

Hari Ibu

Banyak betul event pada bulan bulan mei ini. Dan yang paling teristimewa ialah Hari Ibu. Walaupun aku tak pernah sambut Hari Ibu(bukan tak nak sambut tapi hari ibu sepatutnya disambut hari-hari kerana emak @ ibu telah banyak berkorban untuk kita. Teringat lagi ketika masa kecik-kecik dulu, selalu kena piat dengan lidi selepas blk dari mandi sungai kat depan rumah. Tapi yang paling best, bila aku duk mandi sungai lepas tu ternampak mak aku pegang lidi, terus menyelam(konon-kononnya tak nak bagi nampak aku duk dalam air), tapi disebabkan ketika tu aku masih amatur dalam bab2 menyelam, maka aku hanya bolih menyembunyikan muka jer kedalam air. Lepas tu apalagi, terus batang lidi tu hinggap kat atas belakang. Fuh.sakit mmg terkata. tapi aku sejak kecil dulu mmg tak pernah menangis, tapi disebabkan sakit punya pasal, terkeluar air mata walaupun suara tak keluar. Tapi tak semua aktiviti mandi sungai aku kantoi sbb ada gak mak aku tak tahu sebab kover baik punya. Tak nak bagi kantoi senang jer, lpas mandi sungai, terus mandi kat rumah dan baju,sekluar terus basuh. lepas tu buat-buatlah baca buku @ buat kerja sekolah.. Tapi biasanya tak lama juga sebab lepas tu mulalah kaki report menjalankan tugasnya, tapi tak kisah pon sebab bila dah lama berlaku, biasanya mak aku buat dunno jer.. hehehhe.. Lagi satu, mak aku cukup pantang kalau balik lambat ketika waktu maghrib, kal0 blk lambat juga jawabnya 3 batang lidi penyapu hinggap kat betis dan belakang. Semasa sekolah rendah dulu, selalu gak aku lepak2 rumah saim2 aku sambil main guli, main tikam, main polis sentri dan main mandi sungai. Tapi tu tak lama sebab bila dah naik sekolah menengah, masing2 buat hal sendiri. Bila dah mula main je mmg tak ingat rumah, balik rumah pon sbb lapar lepas dah makan sambung main balik. Best hidup sebagai budak kecik sbb tak payah pikir psl kerja,rega minyak etcc... Tapi yang tak bestnya bila time tengah syok duk main, ttiba ada mak aku kat belakang,dah ready tuk tarik telinga.. Sampai kat rumah, lagi parah kena, berbakul-bakul nasihat dan leter(sbb tu aku lebih suka kena rotan berbanding ngan kena bebel..pedih telinga dengar)

Tapi itu semua kejadian semasa aku kecil-kewcil(zaman nakal) sebab bila dah besar ni baru aku sedar kenapa mak aku tak bagi mandi sungai dan balik semasa waktu maghrib. Terima Kasih Mak dan ayah atas nasihat dan sokongan sampai berjaya masuk maktab(walaupun tak berjaya masuk U) dan sampai bekerja. Jasa dan pengorbanan mak,ayah tak kan dilupakan dan Insyaallah akan cuba membahagiakan mak,ayah kelak.

SEORANG IBU MAMPU MENJAGA SEPULUH ORANG ANAK, TETAPI
SEPULUH ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENJAGA IBU SEORANG.


Yang Benar..

......................
(Anak yang dah lama tak balik kampung)


_________________________________________________________________________

Selamat Hari IBU buat Ibu ku
ROKIAH BT DRAMAN dan Ayahku, ABDULLAH BT AHMAD..



Buatmu Ibu- Aeman

Ibu.. bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)

No comments: