Showing posts with label Anak Perantauan. Show all posts
Showing posts with label Anak Perantauan. Show all posts

9 Nov 2011

Hari Raya Qurban 2011

No comments:
demm...tahun ni merupakan tahun kedua aku menyambut hari raya aidiladha di negeri TEMPE ni. Bukan aku xnak balik, tapi disebabkan cuti yg xbyk dan ada xtvt kat sekolah.

Wlaupun xdpt blk raya namun ak ttp heppi wlopon air mataku tertitik atas skrin leptop sambil mengharapkan pemohor besar raja-raja menangguhkan hari raya qurban sehingga bulan disember nanti. Kan senang kal0 pemegang mohor besar raja-raja buat sistem undian raja seperti Akademi fantasia mengenai tarikh hari raya qurban, tentu aku dah beli topup byk2 n lepas tu aku undi byk2 RQ[jarakkan]Disember pastu hantar ke 32728(dapat).

Tapi sepanjang 2tahun aku berada di johor ni, aku dpt rasa yg cuti hari raya kaum lain lbih lama berbanding dgn cuti hari raya. Contohnya, mggu lepas, hampir seminggu aku cuti smasa hari raya deepavali sedangkan aku xde pn kawan yg beragama hindu, paling tidak pon aku pegi kat Ravi sbb sbb nk gunting rambut.

Apa2pn aku harap ni merupakan tahun terakhir aku beraya aidiladha kat johor ni, mintak2 thn depan aku bolih beraya di kelantan.

______________________________________________________________________

Pagi tadi aku trdgr suara takbir hari raya kat mesjid berhampiran rumah aku.. sedih siottt xbalik kg lbih2 lgi kal0 dgr suara takbir.

______________________________________________________________________
DEmm U sbb cuti raya 3hari jer, tapi demm me sbb pagi tu smasa nk pegi smyang raya, baru aku perasan yg bju melayu aku smua kat kampung. chehhhh....myesal xcheck sehari sblm, xpsl2 org beraya paka bju melayu,aku lak beraya paka jersi spurs jer..SPURS pn spurs la jnji RAYA...

p/s::
kepada mereka2 yg menunaikan fardu haji, diharapkan agar mendapat haji mabrur.. Dan kepada seluruh rakyat mesia terutamanya mak,ayah aku, adik-beradik, anak sedara,bapa sedara, sepupu-sepapat, sedara seislam dan juga yg xislam...DIkesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN... DAN semoga kita semua dapat melakukan pengorbanan ke arah kebaikkan.

11 Sept 2011

Selamat hari Raya

No comments:
Ucapan ini saya tujukan kepada emak,ayah dikampung,adik-beradik yg berada di pahang,s'gor, johor dan kelate, atok,nenek, sedara-mara,sepupu-sepapat, saim-saim yg dah lama xbrjumpa, Dengan hati yang tulus ikhlas aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Kal0 ada tersalah,silap atau terberhutang dengan tidak sengaja mahupun sengaja, kira halal eh. 0-0.



Pada hari ini juga aku ingin mengajak kawan-kawan @ saim-saim dtg ke rumah terbuka yg akan aku adakan semalam. Dan aku telah sediakan byk duit raya tuk tetamu yg datang, xkira tua atau muda, baligh atau belum, semuanya ada aku sediakan. Kehadiran anda amatlah dihargai. Temkiu.



Dan pada kesempatan ini juga aku ingin memberi peluang buat sahabat-sahabat/saim-saim ataupun sesape saje yg ada buat jamuan raya untuk mengajak ku ke rumah terbuka yg anda semua anjurkan. Insyaallah, walopon pada hari tersebut aku dah ada 5jemputan rumah terbuka, tapi aku akan cuba hadirkan diri juga.



Dan juga kepada mereka-mereka yang ingin memberi duit raya, bolehlah terus bank-in ke akaun tabung haji aku, ataupun akaun ASBku, no akaun aku masih gunakan no akaun yg sama okay. Kal0 boleh bagilah duit raya dalam 2,3ribu ringgit. Duit raya anda amatlah di alu-alukan.



Terakhir tetapi tidak kurang pentingnya(Last but not least), yang tertinggal puasa ari tu bolehlah mula menggantikan puasa yg tertinggal. Tak kesahlah tertinggal puasa dgn sengaja ataupun tidak sengaja, terkorek hidung ataupun terkena gastrik bulan puasa, tersuap nasi 1pinggan dlm mulut ataupun terpaksa makan sebab tak tahan tgk budak umor 2tahun duk tgh makan eskrim. Hutang duit bolehlah kita bayar dgn duit,tapi hutang puasa byrlah balik dgn Allah.



___________________________________________________________________________________

Walaupun dah seminggu lebih kita beraya tapi aku nak ucapkan juga

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Suka dgr ungkapan budak2 umor 2tahun yg xpuasa, Puasa sebulan jadi raya kenalah sebulan.
ermmm...eloklah yg puasa sebulan lepastu raya pun sebulan, tapi ada gak yg puasanya setengah hari jer, tapi rayanya sebulan setengah.

25 May 2011

HARI BAPA

No comments:
ermm...Kenapa kita lebih rapat dengan ibu berbanding dengan bapa/ayah?? Dan kenapa kita lebih menghargai Hari Ibu tetapi tidak untuk Hari Bapa?? Kalau diingatkan balik masa kecik2 dulu, mmg aku akui yang aku agak takut ngan ayah aku tak tahulah kenapa tetapi bila ayah aku marah je terus tunduk kepala sambil mata menahan air mata keluar. Kalau dari segi garang/bekeng, rasa2nya mak aku lebih garang sebab ayah aku tak pernah pon pukul atau rotan tapi mak aku yg selalu rotan. kalau kat mahkamah, ayah aku lebih kurang hakim yang menetapkan hukuman tapi yang melaksanakan emak aku. Tapi itulah walaupun sering kena rotan atau pukul tapi last2 bila ada masalah cari mak juga. Mungkin itu yg dikatakan effect naluri keibuan/aura ibu. Walaupun aku dulu takdelah nakal sangat dan jarang sekali kena marah/rotan ngan ayah ataupun mak aku, tapi kalau dah kena sekali, seminggu tinggal kesan kat hati beb.

tapi aku betul2 respet ngan mak,ayah aku sebab dgn gaji ayah aku yg kecil(ayah aku sorang tukang kebun), tetapi mereka berdua telah berjaya membesarkan dan menjaga 10orang anak mereka(termasuk aku) dengan cukup makan,pakai dan adik-beradik aku dpt sambung belajar sampai peringkat diploma,ijazah. Ingat lagi pesan ayah,mak aku; kita kalau miskin harta xpe, tapi jangan miskin ilmu, dan belajar betul2 supaya nanti tak hidup dalam dalam keadaan susah.

SYURGA ANAK TERLETAK DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU
SYURGA IBU TERLETAK BAWAH TELAPAK KAKI SUAMINYA


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TERIMA KASIH AYAH



Ayah
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

22 May 2011

Hari Ibu

No comments:
Banyak betul event pada bulan bulan mei ini. Dan yang paling teristimewa ialah Hari Ibu. Walaupun aku tak pernah sambut Hari Ibu(bukan tak nak sambut tapi hari ibu sepatutnya disambut hari-hari kerana emak @ ibu telah banyak berkorban untuk kita. Teringat lagi ketika masa kecik-kecik dulu, selalu kena piat dengan lidi selepas blk dari mandi sungai kat depan rumah. Tapi yang paling best, bila aku duk mandi sungai lepas tu ternampak mak aku pegang lidi, terus menyelam(konon-kononnya tak nak bagi nampak aku duk dalam air), tapi disebabkan ketika tu aku masih amatur dalam bab2 menyelam, maka aku hanya bolih menyembunyikan muka jer kedalam air. Lepas tu apalagi, terus batang lidi tu hinggap kat atas belakang. Fuh.sakit mmg terkata. tapi aku sejak kecil dulu mmg tak pernah menangis, tapi disebabkan sakit punya pasal, terkeluar air mata walaupun suara tak keluar. Tapi tak semua aktiviti mandi sungai aku kantoi sbb ada gak mak aku tak tahu sebab kover baik punya. Tak nak bagi kantoi senang jer, lpas mandi sungai, terus mandi kat rumah dan baju,sekluar terus basuh. lepas tu buat-buatlah baca buku @ buat kerja sekolah.. Tapi biasanya tak lama juga sebab lepas tu mulalah kaki report menjalankan tugasnya, tapi tak kisah pon sebab bila dah lama berlaku, biasanya mak aku buat dunno jer.. hehehhe.. Lagi satu, mak aku cukup pantang kalau balik lambat ketika waktu maghrib, kal0 blk lambat juga jawabnya 3 batang lidi penyapu hinggap kat betis dan belakang. Semasa sekolah rendah dulu, selalu gak aku lepak2 rumah saim2 aku sambil main guli, main tikam, main polis sentri dan main mandi sungai. Tapi tu tak lama sebab bila dah naik sekolah menengah, masing2 buat hal sendiri. Bila dah mula main je mmg tak ingat rumah, balik rumah pon sbb lapar lepas dah makan sambung main balik. Best hidup sebagai budak kecik sbb tak payah pikir psl kerja,rega minyak etcc... Tapi yang tak bestnya bila time tengah syok duk main, ttiba ada mak aku kat belakang,dah ready tuk tarik telinga.. Sampai kat rumah, lagi parah kena, berbakul-bakul nasihat dan leter(sbb tu aku lebih suka kena rotan berbanding ngan kena bebel..pedih telinga dengar)

Tapi itu semua kejadian semasa aku kecil-kewcil(zaman nakal) sebab bila dah besar ni baru aku sedar kenapa mak aku tak bagi mandi sungai dan balik semasa waktu maghrib. Terima Kasih Mak dan ayah atas nasihat dan sokongan sampai berjaya masuk maktab(walaupun tak berjaya masuk U) dan sampai bekerja. Jasa dan pengorbanan mak,ayah tak kan dilupakan dan Insyaallah akan cuba membahagiakan mak,ayah kelak.

SEORANG IBU MAMPU MENJAGA SEPULUH ORANG ANAK, TETAPI
SEPULUH ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENJAGA IBU SEORANG.


Yang Benar..

......................
(Anak yang dah lama tak balik kampung)


_________________________________________________________________________

Selamat Hari IBU buat Ibu ku
ROKIAH BT DRAMAN dan Ayahku, ABDULLAH BT AHMAD..



Buatmu Ibu- Aeman

Ibu.. bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)

11 Apr 2011

G-tukar (bah. 2)

No comments:
Salam.. Jika sebelum ini ak ada beritahu yg ak telah mengisi gtukar(konon2nya dapat), maka hari ini tanpa disengajakan ak telah masuk laman web gtukar sekali lagi dan ak ternampak update analisa permohonan guru gtukar.

Untuk negeri kelantan, permohonan masuk hampir 1k tapi yang mohon keluar hanya 43 orang sahaja. Agak2 ada tak harapan untuk aku balik kelantan(atau adakah aku termasuk dalam 43 orang yang akan menggantikan guru2 itu??)

___________________________________________________________________________________
Menteri manakah yang mahu jadi kabel aku sila angkat tangan tinggi??nanti aku belanja air sirap sama roti tulur satu.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Nothing is Impossible, and
Impossible is Nothing

1 Apr 2011

GTUKAR Kembali Lagi

No comments:
Aku baru je abis isi maklumat untuk g-tukar untuk pertukaran guru bulan jun 2011. Sebenarnya, ak xlah begitu mengharapkan yg aku berjaya tukar ke kelantan, tp cukuplah sekadar nama aku terdapat dalam sistem. Lagipun mana tahu untung sabut timbul, untung besi tenggelam. Just cuba-cuba je, lagipun nk isi benda ni pon bukannya kna bayar sesen pon dan bukannya kna taip ataupun isi form-form yg panjang. Aku isi pon dalam 10minit je, itupun dia cuma nak maklumat perkhidmatan aje dan juga sedikit maklumat diri.


Bila bercerita tentang cuba-mencuba ni, ttiba aku teringat ngan kata2 ustazah aku dulu, katanya, cubalah sebaik mungkin dan biarlah selebihnya kita bertawakkal kepada Allah kerana hanya DIA yg tahu hikmat di sebaliknya. Mungkin kal0 kta dpt tukar, itu dah mmg rezeki kita, tp kal0 xdpt pon nk buat mcm mna, terimalah seadanya. Mungkin sekolah disini lebih memerlukan khidmat kita berbanding dgn sekolah yg kita pohon tu.

Dulu pun masa mula2 isi borang posting, ayah aku bising gak sbb aku xpilih negeri kelantan sebagai pilihan tempat posting. Tapi pada masa tu aku punya sebab tersendiri yg tidak memungkinkan aku memilih kelantan, tapi sekarang ni aku terasa mcm balik kelantan lak, rasa macam ada sesuatu yg perlu aku lakukan dikelantan. Harap2nya insyallah aku dapat tukar.

Sebelum mengisi g-tukar ni, aku telah konsider semua perkara yg akan mungkin terjadi. Pertama, mungkin GPK ataupun guru besar aku bising sebab memohon tukar sedangkan signature aku kat buku register guru pon msh basah lagi dakwatnya. Kedua, aku xde kabel @pun proxy yg aku boleh gunakan untuk membolehkan namaku ditarik ke jpn kelantan. Tapi psl kabel @orang dlm ni aku xkisah sgt, biarlah mereka terus menggunakan pengaruh msing2, bagi aku biarlah aku ditukarkan melalui saluran yg betul dan bukannya melalui kaedah kabel kerana mungkin kita tdk tahu berapa ramai lagi yg memohon diluar sana tu yg betul2 memerlukan tempat @pun pertukaran tersebut. Dahulukan dulu mereka yang bekeperluan, kemudiankan mereka yg kehendak. Ketiga, Aku belum sempat menabur jasa kat sekolah skrg ni @pun belum sempat berkawan @pun berkenal-kenalan dgn guru2 disini. Jadi, positively, aku belum sempat berbuat apa2 kat sekolah skrg dan kerja ak skrg ni pon xde acknowledgement(tapi ak xkesah pon, sebab aku sorng skempus yg rileks dan do an underground things)
__________________________________________________________________________________

Sebab utama aku minta tukar ke kelantan adalah disebabkan aku risaukan keadaan ayah,mak aku kat kampung sbb skrg ni xde sape2 yg mnjaga @ tolong tgk2kan mereka. Jika sebelum ni ada adik2 aku yg msh tinggal kat kg lagi, tpi skrg semua dah keluar dari kelantan, semua sedang menyambung pelajran msing2. Teringat ak pda satu pepatah,

SEORANG IBU DAN BAPA BOLEH DAN MAMPU MENJAGA 10 ORANG, TAPI 10 ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENJAGA MEREKA BERDUA

8 Mar 2011

Take it or Leave It!!!

No comments:
SALAM 1BLOG.. Hari ini genap 2 hari ak tinggal di rumah baru(rumah sewa baru)..Sehingga hari ini, segala-galanya okay di rumah ini (quite okay for me)..Sebenarnya, banyak faktor yang menyumbang perpindahan ak and da gang..Ramai yang tanya kenapa pindah ke rumah baru sedangkan rumah lama lebih dekat dengan sekolah, malah tuan rumah ak yang lama pon ada tanya gak, tapi bagi kami bertiga(dulunya berempat), ada sebabnya yang kadang-kadang hanya kami yang mengetahuinya. Tapi salah satu faktor terbesarnya ialah dari segi kemudahan dan juga rega rumah sewa yang agak tinggi dirumah lama yang tidak memungkinkan kerelaan hati kami untuk membayarnya(walaupun tuan rumah lama sanggup menurunkan rega sewa dari 0.5k kepada 0.4k ~tuan rumah lama sayang lagi kat kami rupa2nya..hehehe~, namun disebabkan kami telah deal dengan tuan rumah yang baru maka terpaksalah menolak cadangan penurunan sewa tu..sori tuai rumah, next time we deal again-maybe taon depan lak)

OLD RENTAL DIFFERENCES? NEW RENTAL
Indahpura LOCATION Bdr Putra
Less 1km SCHOOL-HOME 5km
RM 500.00
RM 170.00
RENTAL PRICE
/PERPERSON
RM 370.00
RM 125.00
surrounded by non-muslim
Dog's Zone
RESIDENTIAL Malay communities
Never met dog
made of modified house
Far and small
MOSQUE A real surau
big & comfortable
Nearest shop >2km
Eatery- quitefar
ACCOMODATION Shop & Eatery- 500m
Near to night market
2-Storey house
corner lot
4 bedrooms,3 bathroom
TYPE OF HOUSE a detached-terrace
middle lot
4 bedroom,2 bathroom
Illustration


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Rumah Baru ke Rumah Lama ke, itu tak penting, yang penting ada tempat berteduh. Rumah besar maintenance besar, rumah kecik maintenance kecik..

_____________________________________________________________________
APA YANG PENTING

RUMAHKU SYURGAKU

6 Mar 2011

Nak Balik ke Tak Nak Balik??

No comments:
salam 1blog..(apa salah sekali-sekala guna salam 1blog, salam 1malaysia ada, xkan salam 1blog xleh nk buat kan)... mlm ni aku konfuse ckit dan dlm dilema(hahah..ayat mcm org buat filem 40juta)..ak bknnya apa, mggu depan nnti sekolah cuti, ak lak tak pasti lagi nk balik ke tak... nak balik rasa mcm xnak balik, tp xnak balik lak rasa mcm rugi lak sbb xbalik cuti sekolah ni...manakala mak,ayah ak kat kampung dah mula bising..Sebab kes mcm ni lah kuar pepatah melayu, "Di luah mati emak, di telan mati bapak"

2 hari lepas akak aku ada tepon beritahu yg mak,ayah ak kat kampung dah mula tanya psl anak bujangnya ini..maklumlah sejak kembali dari cuti, jangan kata satu sms, satu miscoll pon anaknya xbuat...orang tua biasalah..kal0 lama xdengar brita, mula rasa bimbang n mulalah pikir macam2... astaghfirullah azim... Kenapa lah ak liat sangat nak buat panggilan mahupun menghantar satu sms pon kat mak,ayah aku.... Adakah aku terlalu pentingkan kerja smpai lupa nak buat 1 panggilan?? Workaholic?? Tapi xmungkin ak Workaholic sbb kerja ak kat sekolah xpernah siap2 ag pon..asyik duk bertimbun jer kat atas meja... HARAP-HARAP mak,ayah ak xpikir bukan2..lagipun tipulah kal0 anak x ingat kat org tuanya sendiri, lbih2 lagi mcm ak ni bolih dikatakan paling lama berada dgn mak,ayah ak berbanding dgn kakak2,adik2 ak sbb kebanyakkan kakak ak belajar dari sekolah menengah smpai ke diploma semuanya duduk kat asrama dan jauh lak tu dari rumah, jauh berbeza dgn ak, dah la sekolah rendah tepi rumah je, lepas tu sekolah menengah lak jauh sikit dari sekolah rendah ak, pastu sambung ijazah lak kat maktab perguruan yang jaraknya 20minit dari rumah ak (kal0 menunggang motor la).. Tp itulah, ingat tu memang sentiasa ingat tp nak melahirkan ingatan tu susah sikit..lagipun ak ni bknnya jenis sentimental ataupun berjiwa sensitif jadi xtahu mcm mana nk call mak,ayah ak dan beritahu yang ak ni msh ingat kat mereka dan juga biar mereka tahu yang sbnrnya ak meletakkan kepentingan mereka melebihi kepentingan diri sendiri...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Bangun pagi esok ak nak call mak,ayah ak dan cakap:

"i Luv U mak"
"I luv U ayah"

___________________________________________________________________________________
hujung minggu ni kena main 1,2, somm.. kal0 tangan kanan menang ak balik kampung, tp kal0 tangan kiri yang menang ak stay jer kat johor ni...

6 Feb 2011

Aku Perantau

No comments:
alhamdullillah syukur pada ALLAH kerana ak dn saim2 brjaya smpai di Kulaifornia dgn selamatnya tnpa mgalami sebarang masalah ataupun kesakitan(kemalangan)...

banyak perbezaan bila mnjadi perantau(pencarik rejeki) terutama merantau ke negeri yg agak jauh dan asing(bg ak).. dari timur - selatan, kelantan - johor, kota bharu - johor bahru, n spesifiknya, melor - kulaijaya.. perjalanan sejauh 640km(brdasarkan mileage yg kuar kat keta), lebih kurang 10jam perjalanan(dgn purata kelajuan 100km/j- ckp 10thn lgi rs2nya ak bolih ambil lesen bawak keta drift) dan dgn 2x isian minyak (kos lebih kurang rm70+rm20-lbih kurang rm90hinggit, nsb baik ak beli keta CC kecik jimatlah ckit berbanding jika ak naik keta ferrari yg berCC 3200cc, kompirm mnyak mncecah rm3200) dan juga dgn pemberhentian minimal(berenti tuk semayang dan mkn aja, dan juga berenti kat lampu trappic light aja..)

#1. Perbezaan pertama ialah jika dulu ak tgk je saim2 ak yg nk kelik kg duk sibuk packing barang,tp ak bolih buat kool lagi,rilek2 dpn laptop smbil lyn citer ultraman;ala rilek la brader anak ketua kampung sblh umah ko tu xkan lari punya..blk ari ni ke besok ke sama je.. tp sejak setahun jdi perantau ni, esok nk blk, minggu lepas lgi ak dah siap2 packing barang..dlm kepala dh rncang semua xtvt2 yg nk dibuat time blk kg nnti(tp kbykkan xtvt adlh tido,mkn, pastu tido blk)..

#2. akhirnya, dpt juga ak merasa suasana balik kapong..suasana pergi ke stesen ketapi nk tnya psl tiket..bang, tiket keto api ke kelantam dah tubik belum??tiket tmpat tidur ada kosong lagi ke tak dop??(dgn brsusah pyh brcakap luar, ak try gak g stesen tnya psl tiket), tp biasanya jwpn brader kat kaunter tiket tu; maaf dik, tiket raya kita tak buka lagi, ni kan baru bln 1 nnti bln 7 adik dtg balik tnya tiket ok.. tp kebanyakkannya, maaf dik, semua tiket duduk atau baring dah habis, tempat driver jer kosong.

#3. perbezaan besar ialah..Dulu ak duk kelate, kecek kelate, mkn makanan kelate tp loni, ak jadi org johor, cakap key ill, mkn tempe.. huhuhuhu...

13 Jan 2011

Jalan-jalan cari Makan (Lunch Time)

No comments:
Ada beberapa tempat makan di kulai yang ak rsa agak best berbanding tempat2 lain. Kat tempat2 ni juga la ak sering lunch(atau dlm bhsa german disebut make tengoh hari). Kira2nya tmpat ni agak top ten la kat kulai(dlm carta era pon ada tmpat mkn ni)

#1. MOHA Restaurant. Tempat ni mmg paling terbaik. Murah dan banyak pilihan. Walaupun tmpat ni agak jauh dgn umah ak, tp disebabkan selera pnya psl, pegi aja. Dari segi rasa xde lah membanggakan ataupun sehingga menjilat kaki tetapi ak suka ke tmpat ni disbbkan reganya yg agak murah berbanding tmpat lain. Mana nk dapt nasi + 2 jenis lauk + air teh beng yang reganya rm4.90. Mahu2 jer tmpat lain dlm rm7,8 hinggit.
Lokasi: Kedai ni trletak kat Jalan Kenari (ataupun dalam tapak pasar malam bandar putra)


#2. LEMPENG. Lempeng (atau nma sbnrnya ABJ Restaurant) merupakan pilihan ke-2 aku bila nk mkn tengah ari. Tak th la knapa di panggil Lempeng(mgkn kdai ni prnah lempang org yg suka mkn tp xsuka byr kot).
Lokasi: Kat sebelah 7 Eleven Indahpura(kdai korner lot)

#3. Kantin Sekolah. Spttnya ak nk ltak kantin sekolah no 1 tp disbbkan kantin sekolah ak sering jer kehabisan lauk time waktu mkn tgh hari maka kantin drop ke no 3. Ak pn xde lah expect tiggi sgt dr kantin sekolah ak sbb thn ni mrupakan thn prtama tokey tu mnjadi penender kat sekolah ak. Mgkn dlm msa bbrapa mggu lagi mslh ketidakcukupan lauk ni selesai kot (hrp2 begitulah, buat msa ni bgi msa tuk kantin tu myesuaikan diri dgn amalan pemakanan sekolah ak dl).. Dari segi rasa, rs2nya menunya agak sedap brbanding ngan MOHA & LEMPENG, tringat pda menu mggu lepas iaitu nasi dagang. fuhhh..sedap beb, hingga menjilat pinggan. trasa cam gatal je tgn ak nk tapau, tp mgenangkan msh trlalu awal(ketika tu ak mkn dlm pkl 9.30pg) n juga mgenangkan yg msh trdapat rmai guru dlm sekolah tu maka ak batalkan aja niat utk menapau nsi dagang trsbut. (mmm..mntak2 mggu ni tokey kantin tu buat nasi dagang lgi)
Lokasi: Kantin sekolah jiran ak.


#4. ALAM SELERA. sbnrya ak br je 2X mkn kat Alam selera ni. Itupun ak myedari kewujudan kedai mkn ni setelah kdai MOHA ditutup untuk cuti Pra-perayaan Tahun br cina(mgkn dah budaya masyrkt selatan thai ni @ org tak bai ni sbb katanya nk brkumpul sesama kuarga utk acara mkn besar..->sumber:wikileak) Wlopon br 2X brkesempatan mkn di Alam Selera ni, ttpi ak bolih ckp yg menunya mmg best dan ssuai dgn selera tekak ku yg kebuluran ni. Lagi satu, kat cni juga ada menu istimewa yg ak rs ssh nk dpt kat tmpat lain iaitu air cendol..(trimbas nostalgia umah sewa ak yg lama dimna pda wktu anging sepoi-sepoi bhasa dan juga ketika angin kencang, ak n geng2 rempit umah sewa landak sering mgunjungi kdai kayu yg bertiangkan tiang letrik semata-mata nk mkn air cendol(fuh..mmg berisiko tggi, tp kmi xkesah sbb tggal dlm umah sewa kami lagilah bahaya, mcm2 bnda kuar..ular tedung, anak ular tedung, ayah ular tedung, kulit ulat tedung dan juga cacing tanah mmg mnjadi tetamu terhormat umah sewa trsebut). Rega mknn kat Alam Selera juga agak murah(n bolih dikatakan sma murah dgn Kedai MOHA).
Lokasi: dekat pam mnyak esso.

#5. HASNY RESTAURANT. Lma btul ak xpegi kdai mkn Hasni. Rs2nya last lucnh ak pegi mgkn pd bln 5 thn lepas kot. Xbolih la der mkn kat Hasni, prestij sgt. reganya bolih kalah Oldtown, set jimat marrybrown pon lgi murah brbanding ngan rega mknn di Hasni. Tp wlopon rega mknn agak mahal(tp sbnrya ak xpsti mhal ke murah, mgkn bgi sstgh org rsa mahal n mgkn sesetgh lagi rsa tidak), tp msknnya boleh thn sedap. Wlopon ak jrg mkn tgh hari kt cni, tp tuk srpn pgi ak lbih suka mkn kt cni sbb roti canainya pirst klass..
Lokasi: berkongsi stu bangunan dgn LEMPENG. Kal0 jmpa LEMPENG, maka jumpalah kdai ni, tp kal0 jmpa lempeng xjmpa kdai Hasni ni, mknanya itu bkn lempeng tp itu kdai Ah Fatt.



#6. 7 ELEVEN. 7E ni mrupakan tmpat wajib yg ak kunjungi jika ak dh xmaw mkn tgh hari. maklumlah dlm poket bajet cuma 70sen jer, jdi roti gardenia kat 7E lah mnjadi menu mkn tgh hari ak..(belen 10sen, ak wat beli gula-gula hacks.10sen=2biji..1 biji mkn tgh hari, 1 biji lagi tuk dinner. sobb..sobbb...ssooobbb...inilah nasib anak perantau..
Dagang Pak Malau Dagang Berlipat,
Dagang Hamba menkuang Layu,
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Hamba di TerKULAI layu.
Lokasi: Satu bangunan dgn LEMPENG dan HASNI


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kita HIDUP Untuk Makan BUKANNYA
MAKAN untuk HIDUP

2 Jan 2011

TAHUN 2011

No comments:
Azam baru

akhirnya abis juga tahun 2010..wlopon byk suka dan duka ditempuhi(rs2nya suka 50%,duka=50% kot) nmun brjaya ak habiskan dgn jayanya.. jika tahun 2010 dimulakan dgn pendaftraan ak sbg guru di negeri johor dan diakhiri pd pnghujung disember dgn permainan futsal dgn team skbp..(ermmm..mula dgn akademik dan dihabisi dgn sukan..mmg seimbang prjalanan hidupku pda thn 2010)

ntahlah, rs2nya tahun 2011 pon xde byk beza kot berbanding ngan tahun2 sblmnya.. Aku tetaplah menjadi Aku dan tak mungkin menjadi orang lain ataupun menjadi benda lain(agak2 bolih x ak jadi superman atau power ranger??)... jika dulu ak suka tempoyak atau tempe maka nyer thn ni pon ttp la ak mkn tempe, xdak mknanya jika thn ni mknan feveret ak da brtukar kpd burger McD ataupun ayam kentucky..

jika tahun 2010 ak lbih mgambil pndekatan wait n see, maka thn ni pon sma la..xnak ak menyerabutkan kepala ak dgn kije2 yg berakademik ni, mnyeksa ak nyer minda je..just follow the other is quite better.furthermore, i still green in this field, so follow the experience ones is much better..let learns from the best to beat the best..

pada tahun 2011 gak, ak nak susun balik jadual-jadual ak.. pertamanya, jadual kerja. tahun 2010, ak dapati byk msa ak tak di organize dgn baik n byk msa ak di spend pda bnda2 yg langsung tdk mmberi keuntungan dan membazirkan waktu shj. i need to plan again especially masa tido n msa bgn tido..thn ni, ak akn pastikan yg ak dpt bgn awal dan dpt pergi sekolah sblm pkl 7.00pg(hehehe..smgt jer lbih arap2 bolih la kot ak ikut)..lps tu ak kna ssn blk jadual ak main tenet, tanda buku, tgk movie dan perjaduallan smula perbelanjaan ak.. bermula tahun ni, nak ataupun xnak, ak trpaksa berbelanja secara berhemah dan xbolih lagi membazir terutama dlm pembelian mknan ringan(lpas ni ak berazam tuk beli mkanan sbln skali jer n bajet pon xbolih lbih dan xbolih kurg
kegiatan luar... rs2nya thn ni sma ngan thn 2010 kot kecuali jika pda thn 2010 ak dpt men badminton mgkn pda thn ni dah xdpt dijalankan..xpelah skiranya xdpt men badminton pon skrg2nya ak dpt men futsal..(tp okay gak tu, dpt save budget..hihihi)..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
xsalah nak buat azam kerana dimana ada keazaman disitulah adanya usaha. Usaha tangga Kejayaan.. My ultimate azam adalah untuk menggembirakan mak n ayahku jer..yg lain2 kal0 xdpt buat pon xpe yg pnting azamku buat mak n ayahku tercapai.. i could stand,eat,grown up, live, and work here because of them..so, now, it's my turn to fulfill their dream and needs. insyallah..

_______________________________________________________________________________________
(kal0 kecik2 dlu kal0 org tnya apa azam thn ni tntu ak akn jawab bila besar nnti ak berazam untuk beli keta ferrari..tp last2 dpt beli yg shell punya jer..kecik pon kecik la jnji ferrari)

31 Dec 2010

Gud Bye 2010 & Wellcome 2011

No comments:
sorotan 2010


Januari: now, i hold a Teacher title not a trainee anymore.. ssungguhnya mmg bangga yang amat sbb dpt jadi guru dan lebih membanggakan lagi menjadi tenaga pengajar di SKIP 1.. i'm proud to work under my boss, En A. Rahim, my GPK 1, Kak Noriah, my HEM, Kak Shaidah and my GPK ko, Abg Azman..and also all my colleagues here..

Februari: First salary as teacher and for the first time experiencing balik kampung feel..canggih siot sbb inilah kali pertama ak dpt merasa naik kereta api..

Mac: Having convocation at Perbadanan Putrajaya.. Time to c all ex-colleagues from ipkb.. inilah perjumpaan rasmi kali pertama setelah bekerja..

April: Fill in SPP form..

Mei: Got a driving license..setelah lma mnangguh lesen,akhirnya dpt juga lesen GDL'ku..eh silap lesen motor

Jun: bought a car..wlopon seken hand, jnji bolih paka sudah

Julai: clarification of degree by JPA..akhirnya setelah berdebar mnanti pengesahan sijil ijazah, akhirnya JPA telah mengesahkan IJazah perguruan yang ak dpt.

Ogos: it's fasting month.. pertama kali ak brpuasa di tmpat org.. biasanya berbuka puasa dgn nasi kerabu ngan air nyor tp kat cni berbuka dgn nasi ambenk dan air kathira..

September: off to bukit jalil to see Piala Malaysia.. mmg berbaloi, wlopon trpaksa mengejar masa ttp smuanya berbayar bila kelate mnang Piala Malaysia

Oktober: attend an interview for verification. wlopon kna sound sbb xde etika temuduga, tp tahan je lah sbb da mmg salah ak pon..waahhaahahaha

November; another school holiday..

Disember: Malaysia claims AFF Suzuki Title... bangga mnjadi rakyat malaysia trutama mnjadi rakyat kelate sbb key player dlm skuad malaysia adlah berasal dr kelate iaitu Apek N Matyo..

2011.. ????????????????

________________________________________________________________________
Wishing happy new year.. harap-harap 2011 adalah lebih baik berbanding 2010..

20 Sept 2010

puasa 30hari, raya 30hari??

6 comments:
_______________________________________________________________________

Bebudak :: tok3!!!! pak cik!! pak cik!! kami nak dtg beraya bleh x!!!
akue :: (mendiamkan diri di dlam rumah)
Bebudak :: pak cik!!! pak cik!!...erm...kedekut!!~
::quote dr kejadian yg mnimpa ex-classmateku, Alee Parklee::
________________________________________________________________________

sbnrnya, rasa kesian pon ada gak.. ada ke ptt bdak2 tu pegi beraya umah org bujang..mmg sah2 la xde buat open house, hujung minggu lak tu..yg ak thu kal0 hujung2 mggu ni biasanya open house house tp xtvt closed eyes ada la (xtvt memproses baja tahi mata~tido~)..

wlopon sikap bdak2 tu agak kurg asam tp dr sudut positifnya, sbnrnya bdak2 tu nk menghidupkan amalan marhaban kot..tp jauh disudut hati ak, ni msti bdak2 tu da plan ngan kwn2nya tuk mnambahkan collection duit raya ni
ermm..kecik2 da pndai buat komplot..Plan kumpul duit raya tu mmg A++, tp rs2nya slh pilih timing dan mangsa..len kali seranglah rumah yg berkeluarga, ni pegi pilih umah org bujang..pndek kata bkn stkt xdpt angpau duit raya, penampau raya ada ler..

__________________________
petang tadi lak, ketika sedang berfesbuk ak trnampak beberapa org budak sedang memberi salam kat umah yg berada depan umah sewa ak..jd, dgn otomatiknya kpala ak mengimbas kejadian yg mnimpa ex-classmateku...ermm..adakah bdak2 ni org yg sma yg pegi beraya kat umah kwnku itu?? yg peliknya, hmpir smua rumah bdak2 tu bagi salam konon2nya nak beraya tp itu hnyalah trick lama yg digunakan tuk paw duit raya dr tuan rumah..n rsa2nya kat prumahan ak ni hnya beberapa rumah jer milik org melayu n slebihnya adlh milik cina n india, tp bdak2 tu men redah jer..umah cina,india smua dia bgi salam..nsb baik xkna kejar ngan anjing..tp ak tgk smua xde respon..ni msti tuan rumah pura2 xdgr..


pastu bdak2 tu pon blah pegi ke rumah lain lak iaitu rumah ak...modus operasi sma digunakan kat umah sblh digunakn blk kt umah ak..
bdak: assalamualaikum w.b.t
ak: w'salam w.b.t...-ak jwb smbil tutup mulut (nak xnak maka trpaksa la ak mnjawabnya sbb bagi salam tu sunat tp mnjawabnya adlh wajib..tu pun ak jwb smbil duk usha2 mlalui tingkap umah ak..
kal0 bdak tu bgi salam ibarat bunyi yg kuar dr speaker altec lansing, ak lak jawab salam ibarat bunyi sound walkman yg da kehabisan bateri)...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
tiba2 td timbul rasa penyesalan dlm diri sbb tdak mmbuka pntu rumahku td n bagi bdak2 tu beraya...apa sgt la duit raya kal0 nk dibandingkan ngan pahala kita dpt dengan bersedekah kat budak2 tu..lgpun bdak2 td mgkn da pnat puasa sbln, jd apa slh bgi rewards duit raya kt mereka..jdi, slps peristiwa ni, ak ada terpikir gak nk letak signboard kt luar rumah ak: Perhatian untuk yang datang beraya. Duit Raya tidak dapat disediakan disebabkan Tuan rumah xde duit . Harap Maklum. @pun letak jer..Kanak-Kanak dilarang masuk.

16 Sept 2010

Cuti Da Abes

No comments:
melor-k.berang-kuantan-pekan-rompin-mersing-k.tinggi-ulu tiram-pekan nanas-kulai..
12jam wira jjk merentasi lebuhraya dan lorong2 gelap tnpa mgenal penat dan kepanasan enjin 12hp(house power) memecut n memotong beberapa keta ferrari dan mercedes yg berenti kat r&r..

::::::::::::::::::::::::
esok da stat skolah...anak2 murid pergilah beraya esok..kalo xnak dtg pon xpa esok..heheh

opsss....lupa hari ni adalah hari malaysia..jadi, bagi mewakili penduduk kampung melor, ak ingin mngucapkan selamat Hari Malaysia buat semua warga Malaysia dan Indonesia

29 Aug 2010

Album Puasa Released

No comments:
Ari ni geng umah sewa *********** telah bermesyuarat dan bersepakat untuk menghasilkan album kami yg ke-8 dikulai bersempena dengan raya yg akan datang ni...jadi, mcm biasa disebabkan bulan ni adlh bln ramdhan, jadik kami mulakan pengisian album kami ini dengan bersembahyang terawih disurau yg berhampiran dgn umah sewa ********** itu.. Enjoy2 gak, tp sembahyang jgn lupa (ini adlh motto kami, hiburan < ibadah... (keseronokan dunia hnya sementara akhirat juga yg kekal abadi~kata2 berbisa yg di quote dr seseorang yg ak sndiri da lupa nmanya)...

maka, setelah selesai sembahyang terawih n solat witir, kami bertiga pon berlari-larian(atas keta) smbil memikirkan lagu2 yg ssuai utk disumbangkan utk album kali ini... mcm biasa, kami mggunakan formasi yg sama iaitu 1org, 4lagu...tp kalo nk lebih, pndai2lah merayu kat kaunter bayaran tu..

jadi, inilah lagu yg berjaya ak sumbangkan..wlopon xsedap tp ak puas sbb dpt mebuangkan segala tension ak slps marking kertas exam dak2 kelas ak..(boleh migrain otak duk tnda kertas periksa ni, ni belum time mesyuarat post mortem lagi ni..mcm mana la ak nk bg alasan kal0 ditnya kenapa prestasi pelajar menurun..huhuhu...)..apa nk buat dah salah ak sbg cikgu sbb xajar btul2..sbb mgkn mereka tlah buat sehabis baik cuma nasib jer xmyebelahi mereka (ermm..nasib dlm periksa???mcm xboleh paka jer)

#1. Lagu pertama..mcm biasa ak warm-up ngan lagu mawi..(lagu original mmg sedap tp da sbb ak yg nyanyi maka lagu tu bolih la buat terapi dlm rumah tuk halau tikus2 yg berkeliaran kt umah..



#2. Alang2 kwn ak duk nyanyi lagu wali band, terus jer ak sambar lagu Emang Dasar dari Wali Band...ermm..emang dasar xreti nyanyi, nsb baik microphone xcair smasa ak nyanyi tu...heheh..layan jerkk...



#3. Lagu ketiga ni lak ak ambek jer lagu lama2 yg sentiasa hijau(evergreen)..hohoho...igtkan suaraku spt ramli sarip tp rupa2nya sama spt ramli tercekik sirap...apa2pon lagu Karam nyanyian Zabarjad memang best utk dilayan..80-an tu..



#4. Sbg penutup proses penyumbangan suara beramai2, ak telah memilih lagu berentak rancak..hehehe..maka terambiklah lagu XPDC-Semangat yang Hilang..ingatkan bolihlah memekik bila pilih lagu ni, tp ak trlupa yg msh ramai lgi insan2 yg xbersalah yg berada diluar tmpat recording tu yg mungkin akan trkena side effect tempikkan ak nnti, jdi...utk itu ak tlah menyanyikannya secara bernasyid smbil tgn kananku diletakkan diatas tangan kiriku ala-ala kumpulan nasyid sekolah...



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
maka berakhirlah sudah rakaman album tuk kali ini...hehehehe
(sebenarnya, inilah kali pertama ak berblogging smbil mengepost video~credit to Musang Api sbb ajar cara nak post video)

26 Aug 2010

Bazar Ramadan

4 comments:

semasa kat sek pg td, sorg dr member ajak pegi bazar ramadan kat UTM..katanya nak try masakan kat bazar tu lak sbb asyik2 beli kat bazar ramdan kat kulai jer..jadi sekali-sekala elok gak g ngetest makanan tmpat lain lak..Ak pon apa lgi, stuju je lah...ak pon pk sma mcm dia gak, hari2 duk telan nasi ambeng dan nasi kerabu kat bazar tu..dah naik boring r tengkuk ak telan... (ingat nk servis keta hr ni, tp makan pnya psl, psl keta ketepikan dulu..lgpun esok msh ada..hahah)



jd, mgikut jadual yg dirancang pada kertas kerja yg dibuat olihku dan kwnku itu, maka kami brtolak dari KulaiFOrnia ni pd pukul 4:00 ptg, hopefully to reach there before 4:30..and we make it... ;P.. ingat nk try GPS pegi UTM skudai tu, ttp apakan daya GPSku mogok xmaw brfungsi..(gps 00 gps..jgn buat hal time blk kg nnti)..



jam ak br pkl 4:40pm tp org kat bazar tu da rmai..pusing2 pnya pusing dpt gak stu petak parking..tu pun nsb baik ada sorg mmbr dr UTM yg tulum usha tmpat parking...tp pelik btul dak2 utm ni..xkan awal sgt beli juadah buka puasa..ke mmg x .....???yg melayu xyah ckp la mmg brsusun kat bberapa gerai..



jd setelah tawaf sunat kat bazar tu sbyk 7x, ada bbrapa tmpat recommended olih mmbr dr utm tu..antaranya kebab, nasi kerabu, air, kuih dsb... jd stelah brmuhasabah dan bertafakur 30minit, maka ak mgambil kputusan utk mmbeli nasi kerabu buat santapan brbuka nnti...byk nsi kerabu tu siap dgn solok lada, kerabu, telur masin separuh n daging bakar...fuhh..sedap)
<

utk juadah sampingan lak, ak tlah beli roti michael jackson size XL(hahah..memandai jer ak ltak nma, bukan roti michael jackson tp roti john, nma mat salleh tp guarantee Halallan Toyyiba)... tu la time duk jln2 tiba2 mata ak trnampak roti john tu, mmg da lma ak tringin nk mkn tp disbbkan harga kat kulai yg trlalu mahal utk roti john ni maka trpaksala ak mgidam dl (roti john kulai = rm6:00)


alang2 ak duk kat UTM ni, baik ak calling2 adik ak yg blaja kat cni.. bolih lah belanja dia juadah brbuka puasa..bkn apa sblm ni sibuk jer(dgn tido) memanjang jadi ada msa ni apa slhnya blnja adik ak...maka tuk adik ak dia beli nasi ayam penyek ngan air jer, n lepas tu ak pon blah tuk brsama2 ngan kwn2 ak td...n adikku tu, pndai2lah dia carik jln blk ke hostel dia..hahaha)


17 Aug 2010

menu berbuka puasa bagi daerah Kulai dan sewaktu dengannya

2 comments:
Dah hmpir seminggu lebih ak puasa kat johor ni...ermm..alhamdulillah, ak rasa stkt ak duk johor ni, dah bermacam-macam jenis lauk/masakan yang ak try-test, mmg nmpak sedap tp lidah kelateku kelu untuk menjamah@meranggoh, bukan xsedap cuma xkena ngan selera (bak supo kata ore2 tuo dl, x berapo nop nyankut)...hasil kaji-selidik yg ak buat kat bazar ramadan yg ado kt kulai ni, maka terkluarlah beberapa bungkus nasi yg ak beli untuk juadah brbuka:::::

#1. Bazar Ramadan Jalan Kenari: Nasi putih + ayam goreng
#2. Bazar Ramadan Taman Muhibbah: Nasi Kerabu + Daging bakar (agak nyangkut)
#3. Maple' Nanzeela: Nasi goreng kampung (sobb..sobbb..sob..
#4. A&N Corner: Nasi Kerabu biasa (dat mean yg ada cumo ike goreng celup tepung)
#5. Bazar Ramadan Jalan Kenari: Nasi Kerabu + daging bakar
#6. Bazar Ramadan Jalan Kenari: Nasi Ambeng (johor mali)
#7. Bazar Ramadan Jalan Matahari: nasi putih + gulai ayam (org cni pggilnya ayam kari)
#8. Bazar Ramadan Jalan Kenari: nasi ambeng
#9. Bazar Ramadan Jalan Muhibbah: nasi putih + ikan keli
#10. Restoran WAK KENTUT: wakaka..apa pnya nma da.. Nasi Lemak + ayam goreng
#11. ?
#12. ?
:
:
#30. Melor. )(yeahhhhhhhhhhhhoooooooo....balik kampung)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;;
selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang kecil dan yang besar, yang puasa dan yang x puasa... Tidak kisah dimana kita sekarang (di rumah ataupun diperantauan) yang penting kita tahu ibadat puasa bukan diukur dengan apa yang kita makan ketika puasa ttp berdasarkan apa yang kita lakukan semasa kita berpuasa..
Ketika kita enak berbuka puasa, adakah penduduk Islam palestin telah makan?? ketika kita sedang membeli makanan di bazar ramadan, adakah mereka sama macam kita?? ketika kita sedang memilih air cincau dan air cendol, adakah mereka mempunyai sumber air untuk diminum??
FIKIR_FIKIRKANLAH...

:::::::::::::::::::::::::
chow-cin-cau..
("Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman." -Hadis Riwayat Muslim)

Nasib Perantau

4 comments:
beginilah nasib diriku yang jauh dibumi perantauan..dimanakah sebenarnya terletaknya masake kelate..tringat ak bl duk kt umah dl..wktu brbuka mst ada kerabu sare(kerabu rumput laut), sayur(wlopon ak xmake), lauk 2,3jenis(ikan,ayam,daging)..air tebu fresh dari kdai tebi kalbott(tali air) dan kuih kebanggaan rakyat kelate, Akok Berkedut yang dibuat olih akak yang berkedut....

tp bila berada jauh dibumi KulaiFornia ni, mmg ssh btul nk mnikmati zaman2 ktika berpuasa di umah dl..mna taknya kerabu sare mmg sah2 xdop, sayur ngan lauk lak maw sndirik igt la, nak byk kluarkan modal byk ckit..aair tebu lak mmg hampeh pnjual bazar tu, kata Ori pnyer tp bla ditest rasa mcm air guka jah(kal0 cd movie sma r ngan kualiti gambar yg br kuar panggunng@ cam rip tu)... akok kedut????masih mnjadi msteri bagi diriku yg xmake akok sbb wlopon dah berpuluh-puluh ribu bazar ramadan yg ak jelajah tp satu pon xjupo lg kdai pnjualan akok kedut(stkt ni 3 bazar ramadan da na skodeng ngan ak)..jdi, ksimpulannya, air kathira dinegeri orang, air batu kosom dibumi sendiri, baek lagi air batu kosom(tp letaklah sirap+susu skali)....

::::::::::::;;::::::::::::::::::::::
Dendang Perantau

Dihari Puasa,
terkenang daku pada si Akok
yang berkedut dan yang rata
la...la..la....la...
(nk nyanyi smbung la sndirik)

9 Aug 2010

Ramadhan Datang Lagi...

No comments:

Lagu: Harapan Ramadhan
Penyanyi: ssesape saje yg menyanyikan lagu ni

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
selamat datang ramadhan dan selamat tinggal encik2 dan puan2 setan sekalian (rentikanlah kije2 yg x berpaedah tu..kan nnti kna fire ngan api neraka br la nk menyesal)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Semoga Ramadhan Tahun ini menjadi ramadhan yang paling berharga sekali dalam hidupku terutamanya kerana
1) Kali Pertama bersahur dan berbuka dengan menggunakan duit gaji...
2) kali pertama Puasa kat tempat org
3) Kali pertama akan merindui colek kere
4) kali pertama terawih kat negeri johor..(ntah mcm mnalah keadaan terawih kt cni??)
5) kali pertama Mengajar diBulan Puasa
6) Kali pertama terpaksa membeli tiket untuk pulang beraya
7) kali pertama makan nasi tanpa terbau bauan budu dan kicap MH Mohd
8) kali pertama ak berblog semasa bulan puasa
9) kali pertama ak berbuka dengan masakan johor (xtahulah tekak ak ni bolih msk ke x..tp rs2nya kal0 da lapar tu..tempe pon rs spt nugget McD)
10) kali pertama dan ak harap kali ianya adalah kali terakhir untuk ku...iaitu harap2nya thn dpn ak bolih blk kelantan dan brtugas kt kelate lak...)

ku akhiri bebelan ini dengan sedikit ucapan...

"KEPADA BONDA DAN AYAHANDA YANG BERADA NUN JAUH DIPANTAI TIMUR, SEMOGA BERADA DALAM KEADAAN SUKSES HENDAKNYA...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAP ZAHIR DAN BATIN..p/s:kal0 mkn ketupat daun palas tu jgn lupakan anakanda yang berada jauh di KulaiFornia ni.."


(heheh..nk wat camne trpengaruh dgn akhbar metro..jeles babe tgk org jauh2 bg ucapan selamat hari raya..ak pon tringin gak nk hntar kt akhbar tp bla tgk blk yg hntar ucapan smua duk kat California n ak jer yg duk KulaiFOrnia..hmm..jadi trpaksalah ambo lupake saje niat murni ambo tu..huhuh)

5 Aug 2010

Bangunnya Satu Pasukan Juara

No comments:
tettt..tettt..ada mesej masuk pak...jerit kekotak inbox facebook.. maka naiklah angka 1 kat ikon mesej...dlm kotak pikiran cerdik ak ni da mcm bolih agak da msj tu dtg dr sape.. kal0 x dari sahabt lma ak si Barrack Obama, mungkin dari rakan Futsalku si Ronaldo, @pun mgkin dari awekz lamaku Sharifah Aini..@pun dari presiden Fan club ku , Tomok.. alahai susah gak mnjadi org penting negara ni, hari2 kna brtugas..tido pon hnya smpat 3,4minit jer sehari.. tp demi untuk kesejahterraan negara, relaku berjuang sehingga titisan darahku yg terakhir(quatation dr seorang askar sebelum msuk ke tndas disebabkan oleh cirit birit trmakan sambal)... maka setelah berjaya mengumpul segala kekuatan tenaga zahir dan batinku, dan dengan penuh emosinya ak telah mncapai tetikusku yg mnunngu masa untuk rebah kebumi kerana telah melepasi usia2 senjanya...jadi dengan tidak menhiraukan ketuaan tetikusku itu, maka dengan pantasnya, zassss ak menekan ikon merah kt inbox facebook ku itu...jangkaan2 ak sblm ni trnyata hnya tinggal jangkaan shj sbb mesej itu bukanlah dihantar oleh Obama mahupun cek dari pasukan Man U (ni kes lama, dulu2 rooney trlupa mmbayar hutang kacang 50sen)... tp rupa2nya msj tu dtg dr Andrei, bekas teman ketika mnyertai team Mafia dulu...Lalu ku baca satu-persatu..mesejnya pnjang, lbih kurg dlm 1,283 muka surat bertaip dlm bhasa inggeris..jdi dirinkaskan mesej tu...

woit, brader..kal0 lu rasa Lu anak jantan dan terror sgt bersilat, jom sertai gua dalam EPL Fantasy Premier League..Kta tgk Sape lagi kuat..


lalu ak apa lagi, pntang dicabar..Masa ni lah ak akn membuktikan pengajian kung fu dan ong bak ku selama bknlah xktv sia2..maka, dgn muka konfidennya, ak pon mereply msj tu dlm bhasa tagalog..ringkas dan penuh berwawasan...

Pengako Sayo..Kabhi Kushi Kabhi Gham..(mksdnya... KALAU KAIN PANJANG SEJENGKAL, JANGAN DICUBA BUAT BAJU RAYA)..


setelah dibuat perbincangan dengan ketua belia kampung talam, maka dengan rasminya penduduk kg tersebut brsetuju menamakan pasukanku sbg IndahWater Plumber...(mgikut maklumat yg bolih dipercayai, smua sepakat menamakannya sebegitu disebabkan bengang dgn perkhidmatan air yg disediakan oleh syarikat I********R(nma dirahsiakan) kerana menyediakan bekalan air yg tak seindah nmanya..)



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Watch out guy...WLopon taun Lepas pskn ak mndapat bottom five tp taun ni ak akn pastikan piala kejuaraan akn kembali smula kebumi Melor