6 Apr 2011

Peristiwa Kat rumah sewa baru

Salam..

Petang tadi ketika aku sedang relek2 sambil baca buku elektronik (e-book) tetiba aku terdengar ...sreeeettttttttt....KABomMM!!!Kulai kena gempa bumi ke?? ataupun kesan radioaktif nuklear jepun dah sampai malaysia??
tapi selepas beberapa ketika ak trdengar, Min jom kuar, ada exciden depan rumah kita. Aksiden depan rumah???rasa2nya rumah sewa aku ni kat taman bukannya kat traffic light ataupun jalan2 besar. Patutlah, rupa2nya Lee Chong wei lwn Keiji Sato. Kereta proton malaysia ter'aksiden' dengan kereta honda jepang.


Agak kuat gak sbnrnya body keta malaysia ni sebab walaopon bunyi dentuman tadi sekuat seperti bunyi mercun pop-pop yang dibakar, hanya bumper jer tertanggal, manakala kereta honda lak terjejas ckit jer kat bahagian depan. Tapi ckit2 pnya psl pon, ak tgk tayar keta ploton tu mcm terkuar dari soket. Mmg sah2 xbolih jalan.

Tapi apa2pon syukur sebab tiada jiwa manusia ataupun haiwan yang terjejas disebabkan perlanggaran tersebut. Walaupon aksiden menyebabkan kjedua-dua enjin keta mati namun penumpang kedua-dua kereta selamat.

...ermmm...biasanya bila aksiden mesti orang nak tahu punca kepada berlakunya aksiden tersebut. Menurut saksi kejadian minah(nama samaran yg aku letak), kereta honda itu telah lama bermaharajalela dan memandu dgn kelajuan michael schumacher dikawasan taman ni. dan keta honda itu gak telah beberapa kali ditangkap oleh kamera hset minah kerana memandu laju. Jadi kesimpulannya, kereta honda tersebut dipandu dengan laju dan pemandunya tidak sedar yang kereta proton datang dari arah depan, Maka kedua-duanya cuba mengelak tetapi kereta honda tak sempak mengelak lalu merempuh dan encium bontot kereta proton. maka adegan kereta honda mencium bontot proton telah menyebatkan bunyi..KaBOoMMMM!! tadi.

No comments: