12 Apr 2011

Repair GPS

Baru-baru ni gps yang aku beli mengalami sedikit kerosakan(mungkin banyak kot), dari bulan 1 hinggalah bulan 4,gps aku tidak menunjukkan sebarang respond. Bila on jer dia punya switch, hanya skrin biru jer kuar dengan tertera mesej, update done

Tapi bila aku kuarkan sd cards kuar lak mesej ni, SD/MMC card is missing...

Pening ngan masalah menimpa GPS aku ni, terus jer aku hantar repair gps ni kat kedai (salah satu kedai kat bahagian atas U-Mall Skudai), Selang beberapa hari selepas tu, aku pegi la kedai tu balik nak tnya siap ke belum ak gps tu. Tapi yang tak bestnye tokey tu boleh tanya aku apa masalah gps tu(sah2lah aku tak tahu apa masalahnya sbb jika aku tahu masalahnya dah tentu aku tak hantar repair- tapi aku tak sure la samada pekerja tu tahu repair gps ke tak sebab katanya gps ak langsung tak boleh nak on, rasa2nya gps aku boleh on cuma freeze kat blue screen jer).
Selepas aku ambil gps tu, terus aku biarkan dalam kotak gps tu sebab aku sendiri pon malas nak ambil kesah pasal gps tu lebih2 lagi kerja sebagai tukang kebun kat sekolah ni agak busy kebelakangan ini terutamanya hal-hal sukan.

Bila dah settle semua pasal sukan ni, barulah aku check balik gps aku. Walaupun aku bukanlah seorang yang pandai dalam me'repair' alat2 elektronik, tapi disebabkan aku punya prinsip, alang2 rosak biar rosak terus, maka aku telah mencuba pelbagai-bagai jenis solution(solution ni aku google kat tenet jer, berlambak orang bagi cadangan, tunggu untuk kita pilih jer yang mana sesuai untuk gps kita tu- Internet=source of information).

# step 1 - Buka semua screw, dan check gps board untuk firmware version(kal0 ada).

# step 2 - 'reflash' gps dengan pelbagai gps firmware sampai berjaya menemukan firmware yang sesuai untuk gps tersebut(boleh juga kal0 nak tukar boot image pada gps dengan membuat satu gambar dlm format bmp kemudian savekan sebagai logo.bmp-resolution gambar bergantung pada sesolusi screen gps).
(antara file yang kena ada untuk flash gps ialah...-kena pilih firmware yang betul sebab firmware yang salah boleh menyebabkan gps rosak ataupun function failure pada gps---lihat contoh file yang aku gunakan***setiap gps menggunakan firmware yang berbeza***)

contoh-lihat bawah, gps ni menggunakan file OS82AV6.img. Jadi kita perlu download kesemua file seperti diatas untuk reformat@reintall balik gps.

# step 3 - Install menu gps, calibration, setting for satellite and etc..

# step 4 - GPS boleh berfungsi seperti biasa. Copy dan paste balik software gps yang kita ada kedalam sd/mmc card. Dan Set kan balik navigation menu and navigation path.


_________________________________________________________________________________

Hati-hati ketika memilih firmware sebab kesilapan memilih boleh menyebabkan kerosakan major pada gps root.

7 comments:

Anonymous said...

Salam,bro, nk tanya, mcmana nk flash kan gps,saya mengahadapi mslh touch screen jd freeze.so saya dh download firmware gps.cuma mslh skrg nk flash shj.tq bro.hrp dpt tlg:)

Min said...

1. mula2 format memory card dulu, biar memory card kosong. Lepas tu ambil file YFormat.fmt letak dalam memory card tadi. lepas tu restart atau soft reset gps tu. bila dah restart dia akan format balik registry gps tu.

2. eject memory card lepas tu masukkan file yang kat belakang tulis .bld tu kedalam memory card tu. (pastikan memory card tu kosong dulu, buang file Yformat.fmt tadi sbb kal0 file tu ada sekali dia akan ulang format). sama juga, restart balik gps tu

3. eject balik mmc,format, lepas tu masukkan file yang berakhir dgn .wzp dan .img . lepas tu restart balik

-->bro kena pastikan dulu firmware yg bro download tu sama dengan firmware gps bro sbb firmware ni pon ada mcm2 versi gak. bro wa tolong setakat termampu jer eh sbb wa pon kurang arif gak dgn menda2 gini. nak lebih kefahaman boleh try tgk2 kat forum gps.

sha niza said...

Bro...bleh tlg repair x gps aku..xleh on la..lama x pwkai...tibe2 nak on x boleh plak dah..pening2..0122627407

Unknown said...

Boleh dok update GPS papago z1 dia punya mapping x lehbnk buka lah lock terus

Unknown said...

Boleh dok update GPS papago z1 dia punya mapping x lehbnk buka lah lock terus

Unknown said...

Salam..bole tlg tak?
kenapa gps sy ni die punya touch screen ni dh jauh tersasar, nk klik p kne tekan dkt huruf seblah..ada solution tak?please email jawahir.nawawi@gmail.com
thanks!

Unknown said...

Please contact number, my papago hanging
Call me please 013 9395346