Bila sebut pasal hari jadi ni, otomatik ianya bersangkut paut dan maut dengan pertambahan umor yang mana kalo dilihat dari sudut sains (eksperimen sains sekolah rendah),Inferens- Semakin meningkat UMUR, Semakin nampak keTUAanya. secara Hipotesisnya, proses PeNUAan dimangkinkan oleh peningkatan umur manusia. Jadi, Kesimpulannya, Umur Manusia amat mempengaruhi sifat @ fizikal manusia.
Dari sudut agama, pertambahan umur beerti kita semakin dekat dengan tanah, bak kata orang cina, rumah kata pergi..perrrgiiiii.. tanah kata mai sini meh. Jadi bagi mereka yg bertambah umur macam aku ni(walaupun bknnya tua sgt) elok-eloklah kita pikir dan renungkan balik apa souvenir (@bekalan) yang akan kita bawa bersama ke alam lain nanti. Agak-agak yg mana paling banyak, belah kanan ke belah kiri?? kalo belah kanan yg banyak okay la, tapi kal0 yg belah kiri banyak, xdapet ambo nk tulum bak kata KL Gangster, Lu ayah long ke ayah angah ke, gua tak peduli. yang pasti ari ni lu teman gua kat dalam api sana. Fuhh..dasyat gak aku sembang psl agama, dah macam ustazah badariah dan ustaz zahazam spt dalam citer Manisnya kurma ni (hehehe..ayat tak boleh blah dah mcm Jeb Sepah )
Dari sudut matematik lak, hari jadi bermaksud berlakunya penambahan beberapa angka dan kuantiti nombor. Umur, kal0 dulu 11 tahun, tapi skrg ni dah masuk 12 tahun. Lilin kal0 dulu sebelas batang tapi skrg ni dah jadi 3 batang(satu lilin besar, 2 lagi lilin kecik), kal0 dulu dapat hadiah keta remote kontrol dah senyum smpai telinga, tapi skrg ni dah xmain r rempit2 guna RC car, paling cikai pon nk hadiah moto kawasaki ninja padahal pijak pedal brek pon paka hujung kaki.
Dari sudut pandangan aku yang xpernah sambut hari jadi, Bagi aku hari jadi ialah hari aku dilahirkan dan bukan dijadikan. Seingat aku, dr kecik smpai besar, xprnah terlintas dalam kepala hotak aku tuk sambut hari jadi, bahkan kal0 lihat org2 yg duk sambut hari jadi @ sdang mnyanyikan lagu happy birthday to u ->2x... kadang2 rasa nk tergelak (tp slalunya aku gelak dlm hati je lah), buat apa lah kita merayakan hari lahir kita, adakah hari lahir kita begitu special sampai perlu kita raikan, wat perabiskan beras jer. Dah lah dgn paka topi ahli sihir dan kadang2 ada badut berhidung merah(ni yg aku tgk dlm tibi tp xpasti kat real life ada ke tak). Sebenarnya, menyambut hari lahir tak salah tapi cara sambutan sahaja yang kureng sesuai. Kan baik kal0 tuk sambutan hari lahir wat kenduri doa selamat sbgai tnda kita bersyukur kepada Allah kerana telah berjaya memenangi sperm racing dan selamat lahir ke dunia.
Nasib baiklah aku lahir dalam keluarga susah jadi xdelah budaya menyambut hari jadi ni.
__________________________________________________________________________________
Sebenarnya aku sendiri pon dah lupa psl tarikh hari lahir aku, nasib baiklah tgh malam sebelum kejadian si ananda tokey maxis hntar msj ucap selamat hari jadi tuk aku disambil dia bgi free gift - free call tuk semua nombor maxis tuk tempoh satu hari(cett..kedokut pnya maxis, untung juta2 bagi free satu hari jer, len kali bagi la 1mnggu,1bulan ke br syok), 1hari pon 1hari la jnji pree of charge, tapi bila aku check phonebook telepon aku, cilakat punya maxis dia dah selongkar phonebook aku sbb tu dia bgi pree satu hari, mana taknya bila aku check semua ahli keluarga aku termasuklah abg2 ipar aku semua paka Line Celcom aku sorg jer paka Line Maxis. Chaitt...poorraaaahhhhh.....
No comments:
Post a Comment