23 Aug 2015

Lama X mengupdate Blog

No comments:

Setelah lbh kurang berjuta-juta saat tidak mengupdate @ membuka blog..tetiba rasa mcm nk update sesuatu je hari ni. Pertama2nya nk kabo yg ambe dh pndah dr kulai ke kelate (opsss..pontian). setelah sekian lama menjadi hamba abdi di kulai skrg ni tiba masanya menghamba abdikan diri kat tempat lain pulop(kat pontian). Lokasai::::: Disekolah baru pula, lain sikit suasananya dgn sek lama. Kat sek lama, depannya ada AEON JUSCO, tp kat sek baru ada Warung Pak Jabit(entahlah mcm mana lekat nama PAk Jabit tu..kuat sgt tgk dvd agaknya bdk2 ni). Jd, nk royat sini byk bezanya sek lama n sek baru.. Sek Lama dlm Bandar(bandar lah sgt..hehehe) manakala sek baru luar bandar(senang cerita kwsn kampung lah). Tugas::: Kat sek lama, rasanya tgs2 byk ke arah sukan...akademik xde lah sgt. Htr bdk ke pertandingan tu,pertandingan ini..semua melibatkan pertandingan @ sukan. Kat sek lama juga ambe bawa team bola (& ambe ada juga buat projek pembangunan bola kat sek tu..walaupun asyik kena kitai je..hehehe) n juga time olahraga ambe kluar bawa bdk olahraga. Tapi kat sini..dtg2 je terus bgi Ketua Panitia ..Culture Shovck kejap..Apa ke benda KEtua PAnitia ni...fenim gak skjp duk pk2. Tp mcm biasalah, mana ada aku pernah tolak kerja(my prinsip terima je, blh buat atau tdk tu pk kemudian)..haru juga duk mikir sbb sblm ni x pernah terlibat dgn kerja1 pengkeranian ni(aka fail2 yg ntah apa2 tu...dari sukan pergi ke akdemik..huhuhu.) N kebetulan my BOs(GB) srh ambil alih pulop sukan ragbi sbb cikgu yg incahrge dh pndah sek(pndah daerah).. Jadi dgn xtahu apa2..angguk2 je lah walaupun ragbi pn aku xtahu mcm mna main. Lepas tu lgi..Aku dah xdpt Kelab Bolasepak sebab dh ada cikgu yg pgg..aku dpt kelab bola baling pula..OMG..My minat n kefahaman sukan aku lbh kpda bolasepak..bola baling mmg ke laut lah..Tapi as usual..aku terima je dulu.kemudian2 tu baru pikir. Mana Lagi Best..Lama ke Baru.. Jujurnya..ambe dop tahu mana lg best..sbb kedua2nya ada yg best dn ada yg x best..Lgpn kat sek Baru ni baru duk setahun (pndah jun 2014)..jadi byk bnda yg blm serasi lg n belum faham lg cara kerja sek ni. Apa2pun...Bye2 SK Taman Indahpura 1..N Welcome to SK SERI BUNIAN.
sek lama
sek baru

3 Nov 2014

Wel Kom Bek

No comments:
Dah lama x menulis di sini, rasanya dah hmpir setahun kot. (mode nop kecek kelate metar) Byk mugo jadi sepanje tempoh tu. Bakpo lamo dop nulis??sebabnya, bizi dgn urusan duniawi.. Jd,sini..ambo ringkaskan kejadie yg menimpo ambo. Okt 2013: ambo renew rodtax keto Nov 2013: ambo setat cuti koloh Dec 2013: ambo beli batang baur ambo yg pertama(bru nk menceburi bidang ngail) Jan 2014: stat tahun baru...dgn azam baru..(tp dp beruboh pn azamnya tiap2 tahun) Feb 2014: ambo baca surut khabar Mac 2014 : ambo g ngail kelong April 2014: AMbo g ngail sg pahang..ingat nk nagil patin..last2, ngail dlm kolam jah mei 2014: tersepak batu masa nk jln Jun 201: ambo doh tkr status..slmt tnggal dunia bujang Julai: renew lesen..sambut hari jadi dgn beli kek appolo lps tu letak pelita Ogos: hari raya poso Sep 2014: ambo kelih budak jatuh naik basikal okt 2014: ambo g melaka cuti-cuti malaysia..duk kat klebang..tobat eh sedak minum air nyor coconut shake nov 2014 - lani: ambo duk naip atas meja.

4 Sept 2013

Minyak Cap Buruh naik RM0.30

No comments:
Marah betul gang2 penagih Minyak masak bila aku tampal flyer kat trafik laik yg bertulisan tebal MINYAK NAIK RM0.30 berkuatkuasa secepat mungkin. Ramai yang sound kata aku ni pandai-pandai jer menyebarkan khabar angin. Biarlah apa orang nk kata, tapi demi sayangkan rakyat malaysia aku tetap tampal juga flyer tu. Mereka semua tak tahu, bila minyak naik secara otomatiknya semua barang naik.N secara mudahnya, disini ialah harga minyak masak. Kenapa minyak naik??secara matematiknya(semua pengiraaan berdasarkan jarak rumah ke tampat berkerja=200meter)...
--> penoreh sawit pergi ladang naik Mini Kuper-->kos minyak ROn95 = RM20.20 --> Org indo duk mesin rumput kat ladang sawit--> kos minyak ROn95 = RM 10.20 (rm5.20 untuk minyak mesin + rm5.00 untuk air sirap dan nasi campur) --> Driver lori yang bawa sawit mentah --> kos minyak ROn95 = RM 50.50 --> Pembekal Minyak Sawit --> kos minyak ROn95 = RM 30.20 --> Pekerja Pasaraya yang menjual Minyak Sawit --> kos minyak ROn95 = RM20.20
Jadi, jangan salahkan pasaraya/penjual bila harga barang naik sebab sebelum barang sampai kat tempat mereka, mereka kna bayar berlapis2 kos mulai daripada penoreh sawit hinggalah kepada pekerja mereka sebelum sampai ke tgn pengguna/pembeli. Salahkan teknologi,mesin dan kenderaan yg ada. Kalo x percaya,cuba kita kira kal0 semua ni di buat tanpa menggunakan mesin/kenderaan.
--> penoreh sawit pergi ladang paka selipar jah-->kos minyak ROn95 = RM20.20 air mineral rm1.50 --> Org indo duk mesin rumput kat ladang sawit--> kos minyak ROn95 = RM 10.20 (rm5.20 untuk minyak mesin + rm5.00 untuk air sirap dan nasi campur) air sirap + nasi campur = rm5.00 --> Driver lori yang bawa sawit mentahxpyh drive lori, pikul atah bahu jah --> kos minyak ROn95 = RM 50.50minyak angin cap kapak untuk hilangkan sakit bahu RM6.00 --> Pembekal Minyak Sawit --> kos minyak ROn95 = RM 30.20Sape yg nak minyak pergi ambik sndiri RM0.00 --> Pekerja Pasaraya yang menjual Minyak Sawit --> kos minyak ROn95 = RM20.20 tak pyh paka pekerja, letak jer tabung duit kat pintu keluar. biar kostumer kira sindiri brg yg mereka beli, dah siap kira letak jer duit dlm tabung tu
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________ AMbik dari Pesbuk psl isu minyak ni
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi... Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit. Memang kita berharta. Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis? Hanya 20 sen? Itu pun nak bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk dimurahkan rezeki? Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta. Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya.. Mereka tak berharta. Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan. Aku rela jadi bodoh dari kalian. Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.