Marah betul gang2 penagih Minyak masak bila aku tampal flyer kat trafik laik yg bertulisan tebal MINYAK NAIK RM0.30 berkuatkuasa secepat mungkin. Ramai yang sound kata aku ni pandai-pandai jer menyebarkan khabar angin. Biarlah apa orang nk kata, tapi demi sayangkan rakyat malaysia aku tetap tampal juga flyer tu. Mereka semua tak tahu, bila minyak naik secara otomatiknya semua barang naik.N secara mudahnya, disini ialah harga minyak masak. Kenapa minyak naik??secara matematiknya(semua pengiraaan berdasarkan jarak rumah ke tampat berkerja=200meter)...
--> penoreh sawit pergi ladang naik Mini Kuper-->kos minyak ROn95 = RM20.20
--> Org indo duk mesin rumput kat ladang sawit--> kos minyak ROn95 = RM 10.20 (rm5.20 untuk minyak mesin + rm5.00 untuk air sirap dan nasi campur)
--> Driver lori yang bawa sawit mentah --> kos minyak ROn95 = RM 50.50
--> Pembekal Minyak Sawit --> kos minyak ROn95 = RM 30.20
--> Pekerja Pasaraya yang menjual Minyak Sawit --> kos minyak ROn95 = RM20.20
Jadi, jangan salahkan pasaraya/penjual bila harga barang naik sebab sebelum barang sampai kat tempat mereka, mereka kna bayar berlapis2 kos mulai daripada penoreh sawit hinggalah kepada pekerja mereka sebelum sampai ke tgn pengguna/pembeli. Salahkan teknologi,mesin dan kenderaan yg ada. Kalo x percaya,cuba kita kira kal0 semua ni di buat tanpa menggunakan mesin/kenderaan.
--> penoreh sawit pergi ladang paka selipar jah-->kos minyak ROn95 = RM20.20 air mineral rm1.50
--> Org indo duk mesin rumput kat ladang sawit--> kos minyak ROn95 = RM 10.20 (rm5.20 untuk minyak mesin + rm5.00 untuk air sirap dan nasi campur) air sirap + nasi campur = rm5.00
--> Driver lori yang bawa sawit mentahxpyh drive lori, pikul atah bahu jah --> kos minyak ROn95 = RM 50.50minyak angin cap kapak untuk hilangkan sakit bahu RM6.00
--> Pembekal Minyak Sawit --> kos minyak ROn95 = RM 30.20Sape yg nak minyak pergi ambik sndiri RM0.00
--> Pekerja Pasaraya yang menjual Minyak Sawit --> kos minyak ROn95 = RM20.20
tak pyh paka pekerja, letak jer tabung duit kat pintu keluar. biar kostumer kira sindiri brg yg mereka beli, dah siap kira letak jer duit dlm tabung tu
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________
AMbik dari Pesbuk psl isu minyak ni
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci
Kerajaan Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak
mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta. Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar
pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga
metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki? Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh
wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas
mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku taknak
hilang perikemanusiaan.
No comments:
Post a Comment