Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

23 Aug 2015

Lama X mengupdate Blog

No comments:

Setelah lbh kurang berjuta-juta saat tidak mengupdate @ membuka blog..tetiba rasa mcm nk update sesuatu je hari ni. Pertama2nya nk kabo yg ambe dh pndah dr kulai ke kelate (opsss..pontian). setelah sekian lama menjadi hamba abdi di kulai skrg ni tiba masanya menghamba abdikan diri kat tempat lain pulop(kat pontian). Lokasai::::: Disekolah baru pula, lain sikit suasananya dgn sek lama. Kat sek lama, depannya ada AEON JUSCO, tp kat sek baru ada Warung Pak Jabit(entahlah mcm mana lekat nama PAk Jabit tu..kuat sgt tgk dvd agaknya bdk2 ni). Jd, nk royat sini byk bezanya sek lama n sek baru.. Sek Lama dlm Bandar(bandar lah sgt..hehehe) manakala sek baru luar bandar(senang cerita kwsn kampung lah). Tugas::: Kat sek lama, rasanya tgs2 byk ke arah sukan...akademik xde lah sgt. Htr bdk ke pertandingan tu,pertandingan ini..semua melibatkan pertandingan @ sukan. Kat sek lama juga ambe bawa team bola (& ambe ada juga buat projek pembangunan bola kat sek tu..walaupun asyik kena kitai je..hehehe) n juga time olahraga ambe kluar bawa bdk olahraga. Tapi kat sini..dtg2 je terus bgi Ketua Panitia ..Culture Shovck kejap..Apa ke benda KEtua PAnitia ni...fenim gak skjp duk pk2. Tp mcm biasalah, mana ada aku pernah tolak kerja(my prinsip terima je, blh buat atau tdk tu pk kemudian)..haru juga duk mikir sbb sblm ni x pernah terlibat dgn kerja1 pengkeranian ni(aka fail2 yg ntah apa2 tu...dari sukan pergi ke akdemik..huhuhu.) N kebetulan my BOs(GB) srh ambil alih pulop sukan ragbi sbb cikgu yg incahrge dh pndah sek(pndah daerah).. Jadi dgn xtahu apa2..angguk2 je lah walaupun ragbi pn aku xtahu mcm mna main. Lepas tu lgi..Aku dah xdpt Kelab Bolasepak sebab dh ada cikgu yg pgg..aku dpt kelab bola baling pula..OMG..My minat n kefahaman sukan aku lbh kpda bolasepak..bola baling mmg ke laut lah..Tapi as usual..aku terima je dulu.kemudian2 tu baru pikir. Mana Lagi Best..Lama ke Baru.. Jujurnya..ambe dop tahu mana lg best..sbb kedua2nya ada yg best dn ada yg x best..Lgpn kat sek Baru ni baru duk setahun (pndah jun 2014)..jadi byk bnda yg blm serasi lg n belum faham lg cara kerja sek ni. Apa2pun...Bye2 SK Taman Indahpura 1..N Welcome to SK SERI BUNIAN.
sek lama
sek baru

13 Feb 2012

Instrumen KSSR Tahun 1

2 comments:
Minggu ni PPD akan mula turun ke sekolah untuk memantau P & P. Katanya mereka nak lihat P&P bagi tahun KSSR iaitu tahun 1 dan tahun 2. Risau gak bebenarnya sbb smpai skrg hnya dua aje instrumen yg aku buat(itupun aku dah lupa letak kat mna, mntak2 ada lgi)..Jadi, nak tak nak, besok kna buat lagi Instrumen penilaian untuk kelas aku tu.. Tengah duk godek2 google cari instrumen untuk matematik, ttibe lak terjumpa contoh instrumen untuk semua subjek KSSR Tahun 1. Jadi, kat bawah ni ada link untuk download.. (source: tq to Gading Anak Setaung dari forum engkaban sbb sudi berkongsi)

-> DOWNLOAD LINK <- Antara Instrumen yg terdapat ialah: 1) UJIAN IKAM MATH REMEDIAL.zip * 6.2 MB 2) Instrument PM BAND 6.zip * 1.8 MB 3) Instrument PM BAND 5.zip * 3.2 MB 4) Instrument PM BAND 4.zip * 4.7 MB 5) Instrument PM BAND 3.zip * 3.5 MB 6) Instrument PM BAND 2.zip * 23.3 MB 7) Instrument PM BAND 1.zip * 6.0 MB 8) MODUL PBS TMK 2011.rar * 1.4 MB 9) Instrumen KSSR PK & PJ.zip * 11.7 MB 10) Instrumen KSSR MATEMATIK.zip * 857.7 KB 11) Instrumen KSSR DSV.zip * 663.0 KB 12) Instrumen KSSR DST.zip * 1.8 MB 13) Instrumen KSSR BM.zip * 13.0 MB 14) Instrumen KSSR BI.zip * 1.5 MB 15) Instrumen KSSR MUZIK.zip· * 10.3 MB



---------------------------------------------------------------------------
Disclaimer... These Instrument got from internet and it's absolutely doesnt belong to me. Credit to uploader.

29 Oct 2011

Final Exam 2011

No comments:
Minggu depan mulai 1/11-3/11 final exam tuk sek rendah. Macam manalah budak2 tu jwb nnti. Jangan ada yg trtido smasa exam sudah. Ataupun xde lagi kes thn lepas, budak2 tggalkan nota kat ruangan jawapan, "Mintak Maaf cikgu, saya tak sempat buat".

Mintak2lah kali ni bilangan A bertambah dan bilangan gagal berkurangan. Lebih2 lagi bagi kelas tahun 4. Dari bulan oktober lagi buat revision, kal0 fail juga, xtahulah nk buat guano lagi. Harap2 mereka ingat lagi apa yg telah mereka belajar semasa revision sebelum ni. GUD LUCK to aLL PUPILS. WiSHING ur BEST.

17 Jul 2011

Kejohanan Olahraga SKIP 1 2011

2 comments:
Dengan lafaz bismillah, saya merasmikan penutup bagi Kejohanan Olahraga SKIP 1 bagi tahun 2011.

Fuh..lega sukan dah habis. Lepas ni keadaan kembali mcm biasa. Guru-guru kembali mengajar, murid2 kembali belajar. Ini menandakan bahawa UPSR semakin hampir dan persekolahan penggal kedua telah berada di pertengahan penggal. Ramai orang cakap sukan tahun ni kurang meriah, tak seperti tahun2 sebelumnya, tp bagi aku sukan tahun ini sama je dgn sukan tahun lepas cuma pengisiannya sahaja yg sedikit berbeza.

Jika tahun lepas rumah Utarid (Kuning) juara keseluruhan, tetapi pada tahun ini ZUHAL (Hijau) telah berjaya menjadi juara keseluruhan. Pergghhh..bangga beb, walaupun persediaan sukan agak kelam kabut tapi rumah Zuhal telah berjaya meninggalkan rumah2 lain sejak hari ketiga kejohanan lagi dengan memungut 20 emas jauh meninggalkan rumah2 lain. Pada hari terakhir kejohanan Hijau telah menambah sebanyak 4 lagi pingat emas. Tahniah rumah Hijau, Tahun depan kita Conquer lagi.

We're the Might, We comes to Fight.
We Try our best till the Last Fight.
ZUHAL, TERBAEKK!!!!


------->>> Gambar akan di upload kendian ------->

2 Jul 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

No comments:
Hari ini kat sekolah aku ada larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Itulah sekarang ni apa2 program mesti ada tagline 1Malaysia kat belakang. Sepatutnya kena tambah lagi, 1Murid 1Sukan 1Malaysia 1Bangsa 1Agama. Larian yang dilepaskan serentak diseluruh negara pada pukul 7.45 pagi. ermm...tak tahulah boleh dibuat serentak @ dop, mungkin ada yg bermula jam 7.46 pagi dan mungkin terdapat sesetengah kawasan dilanda banjir/tsunami yg menyebabkan larian tidak dapat diteruskan. Siapalah kita untuk menentukan bila sesuatu perkara itu berlaku melainkan dengan ketentuan Allah. Pedulikan tentang rekod, yang penting pelaksanaan dan objektif utama larian dapat dicapai. bak kata omputih, U jump I jump.

Tapi tak sangka lak bila tgk bilangan pelajar yang datang hari ni, berduyun-duyun mcm ikan duyung pegi kord memmoth. Biasanya kalau persekolahan hari sabtu, bilangan pelajar bolih dikira paka jari tapi hari ni bebutang kalkulator pon dah jemm duk kira bilangan murid. Memang bersemangat bila ada sukan tapi bila dgr psl sekolah ganti, semua buat2 tak tahu. Bila tanya kenapa tak datang sekolah, bolih wat muka innocent pastu jawab pakcik bas xnak ambil padahal rumah depan pintu pagar sekolah jer, buang masa driver bas jer nak berenti ambik. Nak bagi alasan pun biarlah konkrit sikit ni asyik gunakan taktik lama yang aku guna dulu jer, mmg ler kantoi. Tapi aku biasalah, xkan marah2 ataupun tanya macam2 jika murid2 xdtg pada hari sabtu sbb masing2 ada hal2 sendiri. Beruntung pelajar2 dapat guru yang memahami mcm aku ni. Lagipun aku dulu2 pun pernah gak buat apa yg murid2 aku buat. Dah biasa. What Goes Around Comes Around.

Larian 1M1S1M ini dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan senamrobik. Lepas tu pelajar2 dilepaskan mengikut tahun iaitu Thn 6, Thn 3, thn 2, Thn 1, Thn 4, Thn 5. Bersemangat betul pelajar lari dan mcm acara pecut 100m. Alhamdulillah, nasib baik xde pelajar yang mengalami kecederaan semasa larian kecuali 2 orang pelajar jatuh tapi itupun tidak mengalami kecederaan.

kal0 dilihat dari penyertaan pelajar sekolah aku iaitu lebiy kureng 700++, rasa2nya larian 1M1S1M ini telah tercatat dalam Malaysia Book of Records untuk larian serentak terbesar melibatkan pelajar.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;:::
Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia dah settle, lepas ni countdown tuk Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah sesi 2011.

Moral of the day:
Otak Yang Cerdas datangnya dari Badan yang Sihat

29 Jun 2011

Aktiviti sebelum Sukan 2011

No comments:
Semalam baru jer sekolah aku buat latihan sukan untuk kejohanan olahraga tahunan 2011. Macam biasalah bila ada olahraga maka kenalah ada trek larian. Jadi, disebabkan tahun ni sekolah aku kekurangan guru lelaki untuk n\buta trek larian maka dgn sbb kesian kat member aku buat kerja sorang2 jadi aku buat gatal2 tangan pegi tolong buat trek sekali. Mula2 aku siapkan tempat utk acara lompat jauh, pergghhhh..disebabkan hmpir setahun terbiar, dah xnmpak mcm gelanggang lompat jauh sbb rumput2 dah sama panjang dgn rumput kat padang. Nak tak nak, trpaksalah aku ambil cok(camgkul) untuk gali balik kawasan pasir yg berumput. Fuh..penat sbb dah lama x pegang cangkul, mcm nk patah pinggan duk membongkok.
Dah siap mencangkul, aku try buat line padang lak. mula2 okay la, tapi bila masuk line melengkung untuk sebelah kanan, habis semua line off track. ukur punya ukur, rupa2nya berlaku kesilapan penandaan. O.M.G. terpaksa buat semula. Perggghhh..tambah satu lagi penat.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Harap2 sukan tahunan pada kali ini berjalan lancar.

Majulan Sukan untuk Nadi Arena

...malam ni tengok bola malaysia vs taiwan...

21 Jun 2011

Cikgu Tak Adil

No comments:


Pada Hari Isnin(20/06/2011), aku ada kelas untuk subjek PJK untuk tahun 3. Mula-mula masuk agak pelik gak sebab murid2 duk diam jer, tapi rupa2nya patutlah semua diam sebab ada ketua kelas kat depan tengah tulis nama mereka2 yg bising. Berpandukan nama2 yang ditulis tadi, aku memanggil beberapa nama yang tercatat pada papan hitam. Ketua untuk kelas tu tulis pon paka short form je.
N K
Ahmad Bising
Abu Berjalan
Ali keluar kelas
Amin Bercakap

Boleh tahan gak budak2 ni, walaapun kelas hujung tapi tulis paka short form. Lepas tu, aku pon panggillah nama2 yang tertulis kat papan hitam dan suruh mereka berdiri depan kelas. Dah datang depan jer, ttiba Ahmad protes, "Cikgu, cikgu tak adillah. Kenapa cikgu baca nama pelajar lelaki jer, nama pelajar perempuan cikgu tak baca?" Bila dengar jer ahmad cakap begitu, aku pon try r cari nama pelajar perempuan. Pelik. aku tak nampak pon nama perempuan tertulis kat situ. Aku pon tanya la balik ahmad,"Kat mana nama perempuan tu?cikgu tak nampak lah. Cuba ahmad baca nama perempuan tu" lepas tu dengan selamba jer si Ahmad tu pergi kat senarai nama kat papan hitam, lepas tu terus jarinya tunjuk kat huruf "K" yang bersebelahan dengan huruf "N". OMG...Tak sampai hati aku nak gelak kat ahmad tu sebabnya kawan2nya yg lain pon 2 x 5 jer dgn ahmad. Lalu dengan bersusah-payah aku menahan gelak sambil menjelaskan perkataan itu, " Ahmad, yang kotak bahagian "N" tu adalah nama pelajar dan kotak berhuruf "K" yang ahmad kata nama pelajar perempuan tadi tu adalah kesalahan yang dilakukan oleh pelajar di bahagian "N" itu". Selesai jer aku menghabiskan ayat tu, habis semua budak2 kelas tu gelak. Aku yang dari tadi lagi kontrol gelak, akhirnya terpaksa gelak juga sebab dah tak tahan tengok muka innocent ahmad.



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Gangrene buah pinggan aku sebab duk gelak jer dalam kelas tadi.

20 Jun 2011

Sesi Persekolahan Penggal ke-2

No comments:
Minggu lepas, semua sekolah2 kat seluruh malaysia telah memulakan sesi persekolahan penggal ke-2 untuk tahun 2011 dan sekolah tempat aku mencari rezeki pon ikut sama bersekolah. Semester baru mestilah kena ada azam baru. Jadi untuk azam semester ini, aku berazam untuk bangun awal dan datang sekolah awal, seboleh2nya bila azan subuh je aku dah ada kat depan pintu gate sekolah. Mana tahan beb, asyik nama aku jer duk bahagian bawah sekali dalam buku kedatangan. Apa nak buat, bukannya aku datang lewat tapi mereka yang datang awal.


Berbalik pada cerita semester baru ni, sekolah aku ada menerima 2 orang cikgu baru. Namanya ....(i'm sorri..lupa nak tanya nama). Wellcame to da school teacher. Tapi peristiwa yang x boleh blah bila selamba jer anak murid aku dengan muka 'innocent'nya bagitahu, "Cikgu, pergilah tackle guru baru tu. Cikgu kan single lagi". Terkejut aku bila dgr budak TAHUN TIGA boleh cakap gitu. Alahai, kecik2 dah pandai pikir benda2 ni semua, ni mesti sebab pengaruh facebook. Sebenarnya budak2 sekolah ni walopon berpikiran advances tapi otaknya masih otak kanak2. Cikgu baru bukan hanya tertakluk pada maksud cikgu yang baru posting/mengjar tapi cikgu baru kat sekolah tu jer sekolah lain dah lama.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Semalam adalah sejarah (Past is history)
Hari Esok adalah misteri (Tomorrow is a mystery)
Today is a gift. That is why we call it the present (Quote dari Kung Fu Panda 2)

Sehingga hari ini azam aku nak datang awal ke sekolah belum tercapai lagi, tapi xpe semester ni masih ada banyak masa lagi. Lagipun aku kan GTT.. A GREAT TEACHER TO-BE

15 Mar 2011

Result exam Mac'2011

No comments:
fuhh..siap juga marking kertas periksa ari ni.. Nasib baiklah pendidikan jasmani dan pendidikan seni xde periksa, kal0 x masak ak nk menanda kertas2 tu semua.. tu pun wlopon xbnyak kertas tuk ditanda tapi mengambil masa 4hari baru siap(nak buat mcm mana asyik bertangguh je kerja ak mggu ni..almaklumlah bizi mengalahkan orang yg duk repair loji nuklear jepun..huhuhu)...

______________________________________________________________________________

Kira okaylah ak tanda kertas subjek sivik dan matematik je berbanding dgn orang lain yg trpaksa menanda brmcm2 kertas periksa.. Tapi satu je ak perasan yang matematik tahun 3 dah bertambah kertas periksa..Kal0 dulu hanya satu paper aja(objektif dan subjektif digabungkan sekali, ttpi tahun ini dia dah mula asingkan antara soalan objective dan soalan subjective)~ini maknanya, bilangan kertas juga akan bertambah dan waktu penandaan juga bertambah + pen merah..hehehe(dah abis pon dakwat pen merah ak, kertas 2 matematik tahun 3 trpaksa gunakan pen hitam-nak wak mcm mana tak kan aku nak kuar pukul 1.00ptg semata-mata untuk beli pen merah + lagipun ak xnak kac0 ak nyer mode penandaan kertas-kot2 nanti bila dah kuar malas lak nak sambung balik, jadi alternatif yang terbaik, gunakan pen hitam aje..pen hitam pon pen jugak kan, lawa apa periksa guna pen hitam..hehehe)..
________________________________________________________________________________

Analisis keptusan periksa uppm 1(mac 2011)

SUBJEK KELAS ANALISA
MATEMATIK 4 DAISY -7 ORANG TAK LULUS
(quite okay, sbb byk
topic yg ak xsmpat
nk ajar tp dh
msk periksa
MATEMATIK 3HIBISCUS -14 A
-20 B
-3 C
PEND. SIVIK 4 HIBISCUS -36 A
-1 B
PEND. SIVIK 4 IXORA -4 A
-9 B
-8 C
-5 E (FAIL)

_____________________________________________________________________________

KEGAGALAN HARI INI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK KEJAYAAN HARI ESOK

:::P/S:::
DON'T ASK ME WHY U CAN'T GET A BECAUSE U EVEN CAN'T SCORE B

~~~A DAY TO REMEMBER~~~
Teringat pada tahun lalu ketika ak tanda kertas matematik tahun 4(kertas 2), ada sorang budak tu(girl if not mistaken) tulis nota kat bahagian jawapan..
SORI CEKGU, JANGAN MARAH SAYA. SAYA DAH CUBA BUAT TAPI JAWAPANNYA TAK NAK KELUAR.

Hampeh betul.. nak sgt tulis, ak suruh budak tu salin balik perkataan yang dia tulis tu kat buku latihan 100x.

20 Feb 2011

Rewang Maulidur Rasul

2 comments:
Sekolah ak br je buat Sambutan Maulidur Rasul kelmarin, 19/02/2011..meriah beb..siap buat rewang-rewang lagi. Biasanya jika tahun lepas-lepas, sekolah ak maen order jer makanan untuk majlis sambutan maulidur rasul ni, tp pda tahun ini, pihak pentadbir sekolah xnak order-order makanan lagi, kata mereka, Kita kan mempunyai bilangan guru yang ramai, apa salahnya kal0 kta buat Rewang untuk sambutan maulidur rasul tahun ini.
____________________________________________________________________________________

REWANG SK INDAHPURA 1
Event: Rewang
Aturcara:
1) Bersihkan ayam
2) potong bawang,keledek, etc.
3) bersihkan hati dan organ dalaman ayam..(Uweekkks...nk termuntah ak..)
4) Goreng ayam(yg ni kami gunakan chef berpengalaman dlm kerja goreng-menggoreng)
semua acara (1-3) settle pda pkl 11.00mlm, tp bahagian goreng ayam, settle kul 4.00pg(byk beb, 85 ekor ayam tdk trmasuk bulu-bulu ayam)

lepas tu, acara memasang khemah(ada dlm 4buah khemah yang di dirikan)-biru, merah, hijau, kuning-
acara selingan(smbil menunggu ayam saip digoreng).. -->permainan Kad UNO<-- __________________________________________________________________________________ Di sebabkan dah tak tahan sgt mengantuk, ak trpaksa blk ke rumah pda kul 3.30pgi, mmg ngantuk giler2... Post-Mortem: Memang penat kaw-kaw pnya bla terpaksa buat kerja sampai lewat pagi ini. Tapi apa bolih buat, Xkan nak harapkan guru perempuan kan. Apa guna jadi lelaki kal0 xbolih buat kerja kan. :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Jauh disudut hatiku yang kecil ini, kal0 bolih tahun depan tak payah lah buat rewang lagi, tempah makanan saja lah. Bukan Rewang tak bagus, tp pelaksanaannya kurang sesuai. __--> Just My fatigue opinion <--__

14 Jan 2011

the funny side of students...

No comments:
smlm ak dpt satu tiket flight penerbangan ke kelas 1 tettttt(nma trpaksa dirahsiakan) bagi urusan Matematik(matematik da kna stat tulis matematik bknnya mathematics...->KSSR) ak mcm biasa la kal0 msk klas-klas rendah ni, pertama sekali ak tnya, Ini Kelas Tahun 6 Pintar ke??
murid2; tak, ini kelas 1 ***..
cikgu: btul ke??xprcaya la cikgu ni kelas 1. Cuba awak tgk tiket flight ni, kan ada tulis tahun 6 Pintar??(smbil mnunjukkan tiket flight aka relief card kpd budak yg pling comel sekali dlm kelas tu (kbyykn mangsa point adlh pelajar yg pling nbising sekali)...
murid A: ini bknlah cikgu.. ini nombor 1 bkn nombor 6.
cikgu: ooo..no 1 ingatkan nombor 6...abis tu mcm mna no 6?
murid B: no 6 mcm ni cikgu.. (dgn muka eksyen ->mna tak eksyen sbb cikgu sndiri pon xthu... bdak tu kuar kt dpn dn trus mnulis angka yg disangkakan 6 tu..) mcm ni ha cikgu... "9"...
cikgu: ooo..mcm tu..brulah cikgu tahu..(dlm hati..sah budak ni dyslexia..->tulisan terbalik)

cikgu: okaylah..apa yg perlu buat bila guru masuk kelas??
murid2: bangun dan bagi salam, cikgu..
Cikgu: okay..bgus..tahu pon..jadi, skrg ni cikgu nk awak smua bgn dan ketua kelas sila jalankan tanggungjawab anda sebagai pemberi salam..
ketua kelas: Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, cikgu...
murid2 lain: Waalaikum salam warahmatullah hi wa barakatuh, cikgu!!
cikgu: ?????...(dlm hati.. bgus murid2 ni..->mmg murid jenis kategori yang lurus, org bagi salam, mstilah kna jawab salam...tp mslhnya, kal0 da bebudak tu yg bagi salam dan dia juga yg jawab slm, cikgunya mcm mna??? nk jwb apa???)

mcm mna tu..salahkah bagi murid2 tu menjawab salam yang diucapkan ketua kelas???rs2nya tak kan. Dalilnya ialah giving a greeting is only a necessary but answering to it is a priority.

............................................................
argghh...tensen msk kelas darjah 1.. mcm2 kerenah..tabik spring pd guru2 thn 1 yg brjaya mghadapi karenah bebudak tu..

--> tetib atringat kisah ketika ak praktiku dl..alkisahnya ak mcm ni gak, ak dpt tiket flight tuk kelas B.I..kebetulan dlm kelas tu ada chart bergambar, cthnya, a for apple, b for ball.. nk dijadikan citer ak guna chart tu konon2nya nk ajar bebudak tu kenal abjad dan istilah..maka, ak tnjuklah gmbar .. ok, now spell this word (by pointing finger at the picture and words)..
murid2:O.C.T.O.P.U.S...
cekgu; what we call it class??...
murid2: SOTONG cikgu...
cekgu: ????? (mcm mna eja O.C.T.O.P.U.S boleh brtukar jdi sotong??)..kompius2..

22 Jul 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA SK TAMAN INDAHPURA 1, 2010

No comments:
KEJOHANAN OLAHRAGA SK TAMAN INDAHPURA 1, 2010

Venue: Stadium Old Trafford aka Padang SKIP 1

Tarikh: 16/07/2010 - 22/07/2010

Masa: 8:00 pagi melayu sampai pukul 12:00 tongah hari(kal0 cuaca Ok, kal0 cuasa meragam, acara akan dihabiskan awal)

Acara dipertandingkan: Macam2 acara halal dan berpatutan

Peserta: semua murid trlibat secara langsung dan juga tidak langsung(merayau2)

Bayaran Penyertaan: bergantung pada nasib dan budi bicara rumah sukan

Hadiah: yang menang semua dapat.. yang kalah, mintak maaplah, xdapat eden nak nolong..

Hadiah Keseluruhan:
1) Utarid
2) Marikh
3) Neptune
4) Zuhal

:::::::::::::::::::::::::::::::::::
Jumpa Lagi di Tahun Hadapan