9 Nov 2011

Hari Raya Qurban 2011

No comments:
demm...tahun ni merupakan tahun kedua aku menyambut hari raya aidiladha di negeri TEMPE ni. Bukan aku xnak balik, tapi disebabkan cuti yg xbyk dan ada xtvt kat sekolah.

Wlaupun xdpt blk raya namun ak ttp heppi wlopon air mataku tertitik atas skrin leptop sambil mengharapkan pemohor besar raja-raja menangguhkan hari raya qurban sehingga bulan disember nanti. Kan senang kal0 pemegang mohor besar raja-raja buat sistem undian raja seperti Akademi fantasia mengenai tarikh hari raya qurban, tentu aku dah beli topup byk2 n lepas tu aku undi byk2 RQ[jarakkan]Disember pastu hantar ke 32728(dapat).

Tapi sepanjang 2tahun aku berada di johor ni, aku dpt rasa yg cuti hari raya kaum lain lbih lama berbanding dgn cuti hari raya. Contohnya, mggu lepas, hampir seminggu aku cuti smasa hari raya deepavali sedangkan aku xde pn kawan yg beragama hindu, paling tidak pon aku pegi kat Ravi sbb sbb nk gunting rambut.

Apa2pn aku harap ni merupakan tahun terakhir aku beraya aidiladha kat johor ni, mintak2 thn depan aku bolih beraya di kelantan.

______________________________________________________________________

Pagi tadi aku trdgr suara takbir hari raya kat mesjid berhampiran rumah aku.. sedih siottt xbalik kg lbih2 lgi kal0 dgr suara takbir.

______________________________________________________________________
DEmm U sbb cuti raya 3hari jer, tapi demm me sbb pagi tu smasa nk pegi smyang raya, baru aku perasan yg bju melayu aku smua kat kampung. chehhhh....myesal xcheck sehari sblm, xpsl2 org beraya paka bju melayu,aku lak beraya paka jersi spurs jer..SPURS pn spurs la jnji RAYA...

p/s::
kepada mereka2 yg menunaikan fardu haji, diharapkan agar mendapat haji mabrur.. Dan kepada seluruh rakyat mesia terutamanya mak,ayah aku, adik-beradik, anak sedara,bapa sedara, sepupu-sepapat, sedara seislam dan juga yg xislam...DIkesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN... DAN semoga kita semua dapat melakukan pengorbanan ke arah kebaikkan.

29 Oct 2011

Final Exam 2011

No comments:
Minggu depan mulai 1/11-3/11 final exam tuk sek rendah. Macam manalah budak2 tu jwb nnti. Jangan ada yg trtido smasa exam sudah. Ataupun xde lagi kes thn lepas, budak2 tggalkan nota kat ruangan jawapan, "Mintak Maaf cikgu, saya tak sempat buat".

Mintak2lah kali ni bilangan A bertambah dan bilangan gagal berkurangan. Lebih2 lagi bagi kelas tahun 4. Dari bulan oktober lagi buat revision, kal0 fail juga, xtahulah nk buat guano lagi. Harap2 mereka ingat lagi apa yg telah mereka belajar semasa revision sebelum ni. GUD LUCK to aLL PUPILS. WiSHING ur BEST.

10 Oct 2011

Bajet 2012: Dari pandangan spek mata AKU yg dah PATAH

No comments:
Bajet 2012, apa yg bestnya bajet tahun ni?? yang aku thu, dari kwn2 aku yg lain(sbb aku xsmpat tgk bajet,ttido)... Gaji akan ada 2 kenaikkan iaitu kenaikkan untuk gaji tahunan antara rm80-rm320(rs2nya aku dpt dlm rm150-rm200) dan satu lagi kenaikkan gaji disebabkan pelarasan gaji(sistem saraan baru). Ada juga disebut semasa bajet hari tu tentang pemendekkan time-based guru dari 10 thun kepada 8thn dan juga pengenalan sistem gaji 3lapis iaitu p1,p2,&p3 dimana guru yg cemerlang boleh naik dari p1 terus ke p2 dan seterusnya. Jadi, disebabkan pengenalan sistem pelarasan gaji yg baru, maka lepas ni xde la lagi gaji penjawat awam mencecah dinding gaji kerana selagi berkhidmat,selagi itulah pergerakan gaji berlaku.

_______________________________________________________________________________
Imbuhan Guru Diumum November

Kira-kira 480,000 kumpulan pendidik dalam sektor perguruan di negara ini bakal menerima faedah menerusi peruntukan Bajet 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan secara terpeinci faedah yang bakal dinikmati kumpulan berkenaan menerusi bajet yang diperuntukan kepada Kementerian Pejaranpada awal November depan.

“Banyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri bagi memperkasakan perkhidmatan awam termasuk sektor pendidikan dan perguruan.

“Secara terpeinci akan saya umumkan pada awal November depan mengenai apakah kandungan yang bakal dinikmati oleh guru-guru yang jumlah mereka adalah satu per tiga daripada keseluruhan penjawat awam,”katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Jumaat.

Selain itu Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi Bajet 2012 kerana banyak memberi tumpuan kepada sektor pendidikan.

“Banyak sekali faedah yang bakal dinikmati seperti bantuan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah serta bantuan persekolahan,” katanya.

________________________________________________________________________________

Fuh, byk gak insentif yg guru dpt. Untungnya jadi seorang guru. Walaupun kedengaran seperti byk kelebihan yg diperoleh guru, tapi sebenarnya tugas guru sekarang ini dah bertambah, rasanya mmg ssuai kerajaan menaikkan @pun memberikan imbuhan untuk guru. Lagipun, kita berjaya pada hari ni pun disebabkan oleh guru kan..
________________________________________________________________________________

Download Teks Ucapan Penuh DS NAJIB bagi Belanjawan 2012.

Download Sini

_______________________________________________________________________________

Tak Sabar Tunggu bulan NOVEMBER. Lagi ada beberapa hari lagi tuk Berita Gembira Dari TPM....