28 Mar 2011

Latihan Pusat

No comments:
Tangan kanan tarik pusat, sebelah kiri tarik hidung. Cuba Kira 1 sampai 10. Ok, lepas. Tangan kanan tarik pusat kawan sebelah, tangan kiri tarik pusat kawan yang satu lagi, suruh kawan kira 1 sampai 10. Ok, sampai sini saja latihan kita untuk hari ini, esok kita cuba tarik pusat dengan menggunakan jari kaki pulak.
____________________________________________________________________________________


Disebabkan sebelum ini sekolah ak telah menjadi johan Bola Sepak MSSD Kulai Zon Bandar, maka sekolah ak dikehendaki menghantar wakil jurulatih untuk zon bandar. Setelah dibuat 1,2, jusss..ak kalah, maka aku telah paksa rela menjadi juruletih bagi zon bandar, manakala sorang lagi cikgu sekolah ak kena jadi pengurus pasukan.

Pada mulanya, ak tolak gak, ala2 malu-malu kucing...tapi last2 trpaksa kna gak.. Nasib la labu, juruletih pon juruletih la, janji beresss... Pejam celik, pejam celik, ari ni merupakan hari last zon bandar training. Harap-harap esok menghadirkan kemenangan buat team zon bandar. Berdasarkan game friendly yang dijalankan, aku yakin bahawa team zon bandar kali ini merupakan team yang terkuat(tahun lepas zon bandar hanya tempat ke-3..huhuhu)

Menang-menang juga, tapi harap-harapnya xde la budak2 dari skip 1 yang terpilih selection untuk wakil daerah lak, kal0 tak masak ak kna keluar lagi..dah lah untuk MSSJ mula pada bln mei nanti, mati aku nak g training hari2..(dah la dgr2 kabar bahawa thn ni buat kat mersing...fuhhh...duit minyak melayang)

_________________________________________________________________________________

Memang penat jadi juruletih, tapi bila melihatkan komitmen2 jurulatih lain, segala penat2 hilang..lebih2 lagi bila melihat kesungguhan head-coach dan assistantnya yg betul2 mengharapkan kemenangan pada kali ini, jadi menyebabkan ak terikut sekali(terikut sekali training je, semangat mmmg ada tp halusssss). Walau apa2pon kptsn untuk esok, ssungguhnya ak brasa bangga dpt bekerja brsama2 dgn coach2 dari sekolah lain(wlopon ak hnya guru baru yg msh cetek pengetahuan)
_________________________________________________________________________________

Buah Cempedak jatuh di Luar Pagar,
Ambil Galah tolong kaiskan,
Ambo budak baru belajar,
Kal0 salah, tolong ignore je..ehhehehe..

p/s: banyak info2 dan teknik2 yg dpt dipelajari smasa berada brsama2 dgn juruletih2 yg lain.

Kamilah Juara

No comments:
Minggu lepas telah berlangsung satu pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Kulai Zon Bandar yang telah diadakan di SK Taman Indahpura 1. Pertandingan yang dijalankan selama 1 hari dan melibatkan 2 kumpulan dan dijalankan secara liga dengan johan dan naib johan setiap kumpulan layak ke separuh akhir.

Pada perlawanan peringkat kumpulan, SKIP 1 telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan memenangi semua perlawanan tanpa bolos. Segalan serangan pihak lawan berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan yang diketuai oleh Jamalul(Last defender), Aliff (Stopper), Najman(bek kanan) dan normasyah(bek kiri) dan Iman Faris(goalkeeper).(rasa2nya tiada try pon yang berjaya sampai keeper. Barisan tengah pula, dikuasai oleh amen(defensive midfielder-key player SKIP1), Nazhannan(creative playmaker) dibantu oleh Faqrul(wing kiri) dan Irfan(rotate dengan Zaliff,wing kanan). Helmi pula berperanan sebagai centre forward dan Asyrafik backup striker. Kebanyakkan goal-goal dihasilkan melalui gerakan Nazhanan dan faqrul dan disudahi oleh Helmi,Asyrafik dan Irfan. Kemenangan 2-0 mengatasi SK Kulai 1 telah menaikkan semangat team SKIP 1 untuk terus mencatat kemenangan(perlawanan dengan SK Kulai 1 lebih kepada perlawanan menebus maruah kerana pada perlawanan Friendly yang diadakan sebelum ini, SK Kulai 1 telah membelasah Team SKIP 1 dengan jaringan 5-1). Pada perlawanan seterusnya, team SKIP 1 telah membenam cabaran dari SK Taman Muhibbah dengan Skor 3-0. Pada perlawanan terakhir menentang SJKT Ladang Kelan, SKIP 1 yang telah pn layak ke semi-final telah merehatkan pemain utama dan menurunkan pemain simpanan, SKIP 1 telah menang dengan jaringan 3-0.

Pada perlawanan separuh akhir, SKIP 1 bertemu dengan penyadang kejohanan tahun lepas iaitu SK Gunung Pulai. Selepas first half tanpa jaringan, second half SKIP 1 telah menukar rentak permainan pantas dengan menggunakan larian Faqrul untuk mengumpan bola ke arah wing kanan(Irfan), hasilnya Irfan berjaya memperoleh goal pertamanya melalui lambungan Faqrul. Keputusan pada akhir perlawanan, SKIP 1 telah menewaskan SK Gunung Pulai dengan jaringan 6-0.

Pada perlawanan akhir menemukan sekali lagi SKIP1 dengan SK Kulai 1(yg juga menang ketika bertemu sk bandar putra). Perlawanan akhir ibarat perlawanan ulangan peringkat kumpulan dengan pemain-pemain SKIP 1 telah membayangkan kejuaraan pada edisi kali ini. Tepat seperti jangkaan, sekali lagi SKIP 1 telah menewaskan SK Kulai 1 dengan jaringan 4-1.(kali pertama SKIP 1 dibolosi gol--goal melalui sepakan percuma dan dibantu oleh tandukan kebelakang oleh stopper SKIP 1.) Tahniah Team SKIP 1, setelah sekian lama menunggu, akhirnya berjaya menjadi johan
___________________________________________________________________________________

Jadual dan keputusan perlawanan(kumpulan 1) -Kumpulan 2 dijalankan di SK Bandar Putra.

#1. SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK KULAI 1 = 2 - 0
#2. SK TAMAN MUHIBBAH VS SJKT LADANG KELAN = 4 - 2
#3. SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK TAMAN MUHIBBAH = 3 - 0
#4. SJKT LADANG KELAN VS SK KULAI 1 = 0 - 8
#5. SJKT LADANG KELAN VS SK TAMAN INDAHPURA 1 = 0 - 3
#6. SJKT TAMAN MUHIBBAH VS SK KULAI 1 = 0 - 1

SEPARUH AKHIR (JOHAN KUMP. 1 VS N.JOHAN KUMP.2, N.JOHAN KUMP.1 VS JOHAN KUMP.2)
#1. SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK GUNUNG PULAI = 6 - 0
#2. SK BANDAR PUTRA VS SK KULAI 1 = 0 -1

FINAL
SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK KULAI 1 = 4 - 1



____________________________________________________________________________________

Tahniah untuk team SKIP 1 dan penghargaan buat jurulatih, EN NORHALIS & Pengurus, EN WAN REDZWAN, bekas jurulatih team SKIP 1 (EN IRWAN & EN JAMESTON). Dan juga kepada pihak sekolah yang membantu dalam memudahkan latihan-latihan bola sepak. (psss:kal0 boleh bagi lah sponsor lagi dari segi pembelian alatan-alatan untuk trainig dan minuman..peace no wars)
____________________________________________________________________________________

Next Football Project...
Menyediakan team SKIP 1 untuk perlawanan bola sepak bawah 11 tahun yang akan diadakan pada bulan 7 nanti. mintak2 semuanya berjalan dengan lancar.
____________________________________________________________________________________
AKU..
masih tetap jadi guru disini lagi, bilalah demo-demo semua tu nak hantar ak balik kelate..Mintak2 bulan 6 nanti aku boleh tukar ke kelate..AMENNN...(ok, semua angkat tangan berdoa untuk aku..hehehe)

>>>>Gambar-gambar team SKIP 1 akan diupload kemudian------

18 Mar 2011

Bola di cari, Penjaga Gol gak yang dijumpa

No comments:
2hari lepas(ari rabu) budak2 ak(team bolasepak skip 1) ada buat friendly dengan budak2 sekolah menengah dari perumahan cengal(berdekatan ioi mall)...Biasalah bila friendly dengan budak2 besar ni, tendang bola mesti kuat2 punya(tp hasilnya ke laut).. mula2 tu xpe la lagi sbb diar la budak2 besar tu maen gitu asalkan team skip 1 x ikut cara permainan tu, tp pertengahn game tu bolih lak sorang player dari team skip1 ter'overkick bola terus bola tu laju menuju kat kawasan perumahan.. Nak dijadikan cerita, ak pegi la intai bola tu dari celah2 pagar, nmpak mcm xde..ak tnya sorang lagi pemain skip 1, dia kata dia nampak ada orang dari rumah depan yg kuar ambik bola(katanya budak kecil).. Jadi, ak pon berentikan game kejap dan suruh budak2 tu pegi tanya kat orang tu..

skip 1: hello..selamat petang...hello..hello...helloooo...(almaklumlah pemilik rumah tu cha ya alif nun, jdi trpaksa guna hello je)
skip 1: uncle...oooo..uncle...untie..untieee...
uncle: apa pasal u pekik2 kat umah gua ni(kuar pon, igtkan xnak kuar)
skip 1: uncle ada nmpak tak bola yang jatuh kat rumah uncle ni??
uncle: mana ada bola sini..u yang main bola, tanya2 gua lagi
(terus uncle tu masuk rumah..terdengar gak dia bising2 ngan anak2nya)
~xpelah uncle kal0 btul2 lu xambik, kami xkesah..tapi lain kali kal0 orang tnya jawab la lek lok..orang nak tnya bukan nak cari gaduh..~

__________________________________________________________________________________
balik jer rumah petang tu, trus ak on9'kan ak punyer celcom brodband lalu ak msk mudah.com.my. Dalam ruangan search, ak type bola sepak(mana tahu ada orang nak jual bola, bolih ak beli sbg gantian kpd bola yg hilg tu)..dalam duk cari tu tiba2 ak trnampak satu iklan kat mudah yang menawarkan khidmat penjaga goal tuk team bola sepak ataupun futsal..fuhhh..mcm2 skrg ni eh org jual kat mudah..sampaikan khidmat penjaga goal pon bolih di'offer'kan kat internet, jgn2 lepas ni ada lak org meng'offer'kan diri sebagai budak pengutip bola lak..manusia2, mcm2 cara nak berniaga @ cari duit lebih..



_____________________________________________________________________________
Bagi aku, orang yang buat iklan ni mmg kreatif dan pandai dalam mencari rezeki..okaylah dia meng'offer'kan diri sebagai keeper, itukan salah satu sukan dan ianya tak bertentangan dengan agama ataupun moral.. semoga pengiklan berjaya mendapat customer yang berminat mendapatkan khidmatnya..

ALLAH BERSIFAT ALRAHMAN & ALRAHIM PADA HAMBA2-NYA.. NO PAIN NO GAIN...

15 Mar 2011

Result exam Mac'2011

No comments:
fuhh..siap juga marking kertas periksa ari ni.. Nasib baiklah pendidikan jasmani dan pendidikan seni xde periksa, kal0 x masak ak nk menanda kertas2 tu semua.. tu pun wlopon xbnyak kertas tuk ditanda tapi mengambil masa 4hari baru siap(nak buat mcm mana asyik bertangguh je kerja ak mggu ni..almaklumlah bizi mengalahkan orang yg duk repair loji nuklear jepun..huhuhu)...

______________________________________________________________________________

Kira okaylah ak tanda kertas subjek sivik dan matematik je berbanding dgn orang lain yg trpaksa menanda brmcm2 kertas periksa.. Tapi satu je ak perasan yang matematik tahun 3 dah bertambah kertas periksa..Kal0 dulu hanya satu paper aja(objektif dan subjektif digabungkan sekali, ttpi tahun ini dia dah mula asingkan antara soalan objective dan soalan subjective)~ini maknanya, bilangan kertas juga akan bertambah dan waktu penandaan juga bertambah + pen merah..hehehe(dah abis pon dakwat pen merah ak, kertas 2 matematik tahun 3 trpaksa gunakan pen hitam-nak wak mcm mana tak kan aku nak kuar pukul 1.00ptg semata-mata untuk beli pen merah + lagipun ak xnak kac0 ak nyer mode penandaan kertas-kot2 nanti bila dah kuar malas lak nak sambung balik, jadi alternatif yang terbaik, gunakan pen hitam aje..pen hitam pon pen jugak kan, lawa apa periksa guna pen hitam..hehehe)..
________________________________________________________________________________

Analisis keptusan periksa uppm 1(mac 2011)

SUBJEK KELAS ANALISA
MATEMATIK 4 DAISY -7 ORANG TAK LULUS
(quite okay, sbb byk
topic yg ak xsmpat
nk ajar tp dh
msk periksa
MATEMATIK 3HIBISCUS -14 A
-20 B
-3 C
PEND. SIVIK 4 HIBISCUS -36 A
-1 B
PEND. SIVIK 4 IXORA -4 A
-9 B
-8 C
-5 E (FAIL)

_____________________________________________________________________________

KEGAGALAN HARI INI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK KEJAYAAN HARI ESOK

:::P/S:::
DON'T ASK ME WHY U CAN'T GET A BECAUSE U EVEN CAN'T SCORE B

~~~A DAY TO REMEMBER~~~
Teringat pada tahun lalu ketika ak tanda kertas matematik tahun 4(kertas 2), ada sorang budak tu(girl if not mistaken) tulis nota kat bahagian jawapan..
SORI CEKGU, JANGAN MARAH SAYA. SAYA DAH CUBA BUAT TAPI JAWAPANNYA TAK NAK KELUAR.

Hampeh betul.. nak sgt tulis, ak suruh budak tu salin balik perkataan yang dia tulis tu kat buku latihan 100x.

8 Mar 2011

Take it or Leave It!!!

No comments:
SALAM 1BLOG.. Hari ini genap 2 hari ak tinggal di rumah baru(rumah sewa baru)..Sehingga hari ini, segala-galanya okay di rumah ini (quite okay for me)..Sebenarnya, banyak faktor yang menyumbang perpindahan ak and da gang..Ramai yang tanya kenapa pindah ke rumah baru sedangkan rumah lama lebih dekat dengan sekolah, malah tuan rumah ak yang lama pon ada tanya gak, tapi bagi kami bertiga(dulunya berempat), ada sebabnya yang kadang-kadang hanya kami yang mengetahuinya. Tapi salah satu faktor terbesarnya ialah dari segi kemudahan dan juga rega rumah sewa yang agak tinggi dirumah lama yang tidak memungkinkan kerelaan hati kami untuk membayarnya(walaupun tuan rumah lama sanggup menurunkan rega sewa dari 0.5k kepada 0.4k ~tuan rumah lama sayang lagi kat kami rupa2nya..hehehe~, namun disebabkan kami telah deal dengan tuan rumah yang baru maka terpaksalah menolak cadangan penurunan sewa tu..sori tuai rumah, next time we deal again-maybe taon depan lak)

OLD RENTAL DIFFERENCES? NEW RENTAL
Indahpura LOCATION Bdr Putra
Less 1km SCHOOL-HOME 5km
RM 500.00
RM 170.00
RENTAL PRICE
/PERPERSON
RM 370.00
RM 125.00
surrounded by non-muslim
Dog's Zone
RESIDENTIAL Malay communities
Never met dog
made of modified house
Far and small
MOSQUE A real surau
big & comfortable
Nearest shop >2km
Eatery- quitefar
ACCOMODATION Shop & Eatery- 500m
Near to night market
2-Storey house
corner lot
4 bedrooms,3 bathroom
TYPE OF HOUSE a detached-terrace
middle lot
4 bedroom,2 bathroom
Illustration


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Rumah Baru ke Rumah Lama ke, itu tak penting, yang penting ada tempat berteduh. Rumah besar maintenance besar, rumah kecik maintenance kecik..

_____________________________________________________________________
APA YANG PENTING

RUMAHKU SYURGAKU

6 Mar 2011

Nak Balik ke Tak Nak Balik??

No comments:
salam 1blog..(apa salah sekali-sekala guna salam 1blog, salam 1malaysia ada, xkan salam 1blog xleh nk buat kan)... mlm ni aku konfuse ckit dan dlm dilema(hahah..ayat mcm org buat filem 40juta)..ak bknnya apa, mggu depan nnti sekolah cuti, ak lak tak pasti lagi nk balik ke tak... nak balik rasa mcm xnak balik, tp xnak balik lak rasa mcm rugi lak sbb xbalik cuti sekolah ni...manakala mak,ayah ak kat kampung dah mula bising..Sebab kes mcm ni lah kuar pepatah melayu, "Di luah mati emak, di telan mati bapak"

2 hari lepas akak aku ada tepon beritahu yg mak,ayah ak kat kampung dah mula tanya psl anak bujangnya ini..maklumlah sejak kembali dari cuti, jangan kata satu sms, satu miscoll pon anaknya xbuat...orang tua biasalah..kal0 lama xdengar brita, mula rasa bimbang n mulalah pikir macam2... astaghfirullah azim... Kenapa lah ak liat sangat nak buat panggilan mahupun menghantar satu sms pon kat mak,ayah aku.... Adakah aku terlalu pentingkan kerja smpai lupa nak buat 1 panggilan?? Workaholic?? Tapi xmungkin ak Workaholic sbb kerja ak kat sekolah xpernah siap2 ag pon..asyik duk bertimbun jer kat atas meja... HARAP-HARAP mak,ayah ak xpikir bukan2..lagipun tipulah kal0 anak x ingat kat org tuanya sendiri, lbih2 lagi mcm ak ni bolih dikatakan paling lama berada dgn mak,ayah ak berbanding dgn kakak2,adik2 ak sbb kebanyakkan kakak ak belajar dari sekolah menengah smpai ke diploma semuanya duduk kat asrama dan jauh lak tu dari rumah, jauh berbeza dgn ak, dah la sekolah rendah tepi rumah je, lepas tu sekolah menengah lak jauh sikit dari sekolah rendah ak, pastu sambung ijazah lak kat maktab perguruan yang jaraknya 20minit dari rumah ak (kal0 menunggang motor la).. Tp itulah, ingat tu memang sentiasa ingat tp nak melahirkan ingatan tu susah sikit..lagipun ak ni bknnya jenis sentimental ataupun berjiwa sensitif jadi xtahu mcm mana nk call mak,ayah ak dan beritahu yang ak ni msh ingat kat mereka dan juga biar mereka tahu yang sbnrnya ak meletakkan kepentingan mereka melebihi kepentingan diri sendiri...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Bangun pagi esok ak nak call mak,ayah ak dan cakap:

"i Luv U mak"
"I luv U ayah"

___________________________________________________________________________________
hujung minggu ni kena main 1,2, somm.. kal0 tangan kanan menang ak balik kampung, tp kal0 tangan kiri yang menang ak stay jer kat johor ni...

3 Mar 2011

Hari yang Bizi

4 comments:
Fuhh..msk ari ni adlh hari kedua ak jadi penolong pegawai pelepas.. Alhamdullillah, setakat ni okay lgi dan ak pn dpt kerja dgn ikhlas lgi(okaylah jdi penolong pelepas sbb xde la byk sgt kije cuma penat jer terasa sbb trpaksa berdiri utk tempoh yg lama)..

Ak suka jadi pegawai sukan?? Sbnrya mmg ak agak minat dgn hal-hal sukan ni, tp kdang2 rsa mcm xnak trlibat dgn sukan lak, ntahlah nk suka ke tak..Tak nak suka mmg dah jadi pegawai sukan dah pun, tp nk suka pon xleh gak sbb hati dah berada kat sekolah lbih2 lgi minggu depan sekolah rendah akan menghadapi ujian bulan mac(S.A.T 1 )..rsa mcm byk yg ak trtinggal, mntak2 la budak2 tu smua dpt jwb smua(dan mntak2 la guru pengganti smbung blk apa yg ak tinggalkan)..byk kna cover, dahla mggu lepas yg kelas 4 br jer ak abis topic bahagi..hmpir 5 masa ak ambil untuk ajar bahagi ni, mmg agak susah untuk buat operasi bahagi lbih2 lgi kal0 melibatkan 2 number..Ajar pnya ajar, pda masa yg last tu br bdak2 tu dapat catch up dgn operasi bahagi ni(tu pun msh ada 2,3org yg msh blum faham konsep bahagi)..

____________________________________________________________________________________
Post mortem;
1) sukan
a) Perlu penambahbaikkan bagi sesetengah perkara
b) Perlu menyediakan pegawai yang mengcukupi
c) Kebajikkan pegawai (makan,minum0
2) Sekolah
a) Perlu menggunakan pendekatan baru (teknik konvensional dah xpraktikal tuk diamalkan kpda pelajar yang mmpunyai mslh pembelajaran
b) Perlu buat draft rancangan mengajar tahunan agar sesuai dgn kebolehan murid.


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

KE GARISAN..SEDIA...MULA!!!!