20 Feb 2011

Rewang Maulidur Rasul

2 comments:
Sekolah ak br je buat Sambutan Maulidur Rasul kelmarin, 19/02/2011..meriah beb..siap buat rewang-rewang lagi. Biasanya jika tahun lepas-lepas, sekolah ak maen order jer makanan untuk majlis sambutan maulidur rasul ni, tp pda tahun ini, pihak pentadbir sekolah xnak order-order makanan lagi, kata mereka, Kita kan mempunyai bilangan guru yang ramai, apa salahnya kal0 kta buat Rewang untuk sambutan maulidur rasul tahun ini.
____________________________________________________________________________________

REWANG SK INDAHPURA 1
Event: Rewang
Aturcara:
1) Bersihkan ayam
2) potong bawang,keledek, etc.
3) bersihkan hati dan organ dalaman ayam..(Uweekkks...nk termuntah ak..)
4) Goreng ayam(yg ni kami gunakan chef berpengalaman dlm kerja goreng-menggoreng)
semua acara (1-3) settle pda pkl 11.00mlm, tp bahagian goreng ayam, settle kul 4.00pg(byk beb, 85 ekor ayam tdk trmasuk bulu-bulu ayam)

lepas tu, acara memasang khemah(ada dlm 4buah khemah yang di dirikan)-biru, merah, hijau, kuning-
acara selingan(smbil menunggu ayam saip digoreng).. -->permainan Kad UNO<-- __________________________________________________________________________________ Di sebabkan dah tak tahan sgt mengantuk, ak trpaksa blk ke rumah pda kul 3.30pgi, mmg ngantuk giler2... Post-Mortem: Memang penat kaw-kaw pnya bla terpaksa buat kerja sampai lewat pagi ini. Tapi apa bolih buat, Xkan nak harapkan guru perempuan kan. Apa guna jadi lelaki kal0 xbolih buat kerja kan. :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Jauh disudut hatiku yang kecil ini, kal0 bolih tahun depan tak payah lah buat rewang lagi, tempah makanan saja lah. Bukan Rewang tak bagus, tp pelaksanaannya kurang sesuai. __--> Just My fatigue opinion <--__

Rahsia Tarikh Lahir

No comments:
Rahsia Tarikh Lahir berdasarkan kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* Seorang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
JULAI (agak betul tuk beberapa perkara)
* Sangat suka didamping. -->berkawan biar seribu<-- * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. -->biarlah rahsia<-- * Agak pendiam kecuali dirangsang. --> mmg agak pendiam <-- * Ada harga dan maruah diri. -->semua ada harga diri <-- * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. ->janji semua kerja settle <-- * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. -->jujur??<-- * Sangat menjaga hati orang lain. --> hati msti bersih, xmaw busuk2 ngan mmber <-- * Sangat peramah. -->mcm mna nk peramah kalo dah jnis pendiam <-- * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. --> emosi kna ada beb <-- * Berjiwa sentimental. -->sentimental??? jauh panggang dr api..hahah<-- * Jarang berdendam. -->buat apa dendam2, xde pekdahnya<-- * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. -->hari raya bolih la mintak maaf <-- * Tidak suka benda remeh-temeh. -->buat yg penting dulu,yg lain kemudian xpe<-- * Membimbing cara fizikal dan mental. -->mmg jdi pembimbing pon(tukang kebun sekolah)<-- * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. -->peka ok, pekak jgn<-- * Layanan yang serupa terhadap semua orang. -->no bias<-- * Tinggi daya simpati. -->hari ni hari dia, mna thu esok hari kita lak<-- * Pemerhatian yang tajam. -->ntahlah, tajam lg ke tak sbb dah paka spek mata<<- * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. -->learning thorugh observation<-- * Mudah dan rajin belajar. -->mudah blaja ya, tp rajin blaja x<-- * Suka muhasabah diri. -->bla eh kali terakhir ak buat<-- * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. -->tomorrow is mystery, today is real thing, yesterday was history <-- * Suka mendiamkan diri. -->yepp..btul2..<-- * Suka duduk di rumah. -->lepak2 kat rumah sudah, kat luar pon bkn ada apa2<-- * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. -->tggu kwn kat bus stop<-- * Tidak agresif kecuali terpaksa. -->rileks2 sudah<-- * Lemah dari segi kesihatan perut. -->cirit-birit??<-- * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. -->hahah..yg ni konpirm salah<-- * Minta disayangi. -->dan minta duit sekali..haha<-- * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. -->kal0 jatuh, mmg sah luka<-- * Terlalu mengambil berat. -->pura2 ambil berat<-- * Rajin dalam membuat kerja. -->msti kna rajin beb, kal0 x nnti bertimbun kerja<--

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* Seorang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* Seorang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah



DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

__________________________________________________________________________________
Ucop: Kita bako je.
Hussin: Inilah minda orang kita, suka sangat percaya perkara tahyul

(dialog Hantu Kak Limah Balik Rumah)

6 Feb 2011

Aku Perantau

No comments:
alhamdullillah syukur pada ALLAH kerana ak dn saim2 brjaya smpai di Kulaifornia dgn selamatnya tnpa mgalami sebarang masalah ataupun kesakitan(kemalangan)...

banyak perbezaan bila mnjadi perantau(pencarik rejeki) terutama merantau ke negeri yg agak jauh dan asing(bg ak).. dari timur - selatan, kelantan - johor, kota bharu - johor bahru, n spesifiknya, melor - kulaijaya.. perjalanan sejauh 640km(brdasarkan mileage yg kuar kat keta), lebih kurang 10jam perjalanan(dgn purata kelajuan 100km/j- ckp 10thn lgi rs2nya ak bolih ambil lesen bawak keta drift) dan dgn 2x isian minyak (kos lebih kurang rm70+rm20-lbih kurang rm90hinggit, nsb baik ak beli keta CC kecik jimatlah ckit berbanding jika ak naik keta ferrari yg berCC 3200cc, kompirm mnyak mncecah rm3200) dan juga dgn pemberhentian minimal(berenti tuk semayang dan mkn aja, dan juga berenti kat lampu trappic light aja..)

#1. Perbezaan pertama ialah jika dulu ak tgk je saim2 ak yg nk kelik kg duk sibuk packing barang,tp ak bolih buat kool lagi,rilek2 dpn laptop smbil lyn citer ultraman;ala rilek la brader anak ketua kampung sblh umah ko tu xkan lari punya..blk ari ni ke besok ke sama je.. tp sejak setahun jdi perantau ni, esok nk blk, minggu lepas lgi ak dah siap2 packing barang..dlm kepala dh rncang semua xtvt2 yg nk dibuat time blk kg nnti(tp kbykkan xtvt adlh tido,mkn, pastu tido blk)..

#2. akhirnya, dpt juga ak merasa suasana balik kapong..suasana pergi ke stesen ketapi nk tnya psl tiket..bang, tiket keto api ke kelantam dah tubik belum??tiket tmpat tidur ada kosong lagi ke tak dop??(dgn brsusah pyh brcakap luar, ak try gak g stesen tnya psl tiket), tp biasanya jwpn brader kat kaunter tiket tu; maaf dik, tiket raya kita tak buka lagi, ni kan baru bln 1 nnti bln 7 adik dtg balik tnya tiket ok.. tp kebanyakkannya, maaf dik, semua tiket duduk atau baring dah habis, tempat driver jer kosong.

#3. perbezaan besar ialah..Dulu ak duk kelate, kecek kelate, mkn makanan kelate tp loni, ak jadi org johor, cakap key ill, mkn tempe.. huhuhuhu...