Hari ini kat sekolah aku ada larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Itulah sekarang ni apa2 program mesti ada tagline 1Malaysia kat belakang. Sepatutnya kena tambah lagi, 1Murid 1Sukan 1Malaysia 1Bangsa 1Agama. Larian yang dilepaskan serentak diseluruh negara pada pukul 7.45 pagi. ermm...tak tahulah boleh dibuat serentak @ dop, mungkin ada yg bermula jam 7.46 pagi dan mungkin terdapat sesetengah kawasan dilanda banjir/tsunami yg menyebabkan larian tidak dapat diteruskan. Siapalah kita untuk menentukan bila sesuatu perkara itu berlaku melainkan dengan ketentuan Allah. Pedulikan tentang rekod, yang penting pelaksanaan dan objektif utama larian dapat dicapai. bak kata omputih, U jump I jump.
Tapi tak sangka lak bila tgk bilangan pelajar yang datang hari ni, berduyun-duyun mcm ikan duyung pegi kord memmoth. Biasanya kalau persekolahan hari sabtu, bilangan pelajar bolih dikira paka jari tapi hari ni bebutang kalkulator pon dah jemm duk kira bilangan murid. Memang bersemangat bila ada sukan tapi bila dgr psl sekolah ganti, semua buat2 tak tahu. Bila tanya kenapa tak datang sekolah, bolih wat muka innocent pastu jawab pakcik bas xnak ambil padahal rumah depan pintu pagar sekolah jer, buang masa driver bas jer nak berenti ambik. Nak bagi alasan pun biarlah konkrit sikit ni asyik gunakan taktik lama yang aku guna dulu jer, mmg ler kantoi. Tapi aku biasalah, xkan marah2 ataupun tanya macam2 jika murid2 xdtg pada hari sabtu sbb masing2 ada hal2 sendiri. Beruntung pelajar2 dapat guru yang memahami mcm aku ni. Lagipun aku dulu2 pun pernah gak buat apa yg murid2 aku buat. Dah biasa. What Goes Around Comes Around.
Larian 1M1S1M ini dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan senamrobik. Lepas tu pelajar2 dilepaskan mengikut tahun iaitu Thn 6, Thn 3, thn 2, Thn 1, Thn 4, Thn 5. Bersemangat betul pelajar lari dan mcm acara pecut 100m. Alhamdulillah, nasib baik xde pelajar yang mengalami kecederaan semasa larian kecuali 2 orang pelajar jatuh tapi itupun tidak mengalami kecederaan.
kal0 dilihat dari penyertaan pelajar sekolah aku iaitu lebiy kureng 700++, rasa2nya larian 1M1S1M ini telah tercatat dalam Malaysia Book of Records untuk larian serentak terbesar melibatkan pelajar.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;:::
Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia dah settle, lepas ni countdown tuk Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah sesi 2011.
Moral of the day:
Otak Yang Cerdas datangnya dari Badan yang Sihat
2 Jul 2011
29 Jun 2011
Aktiviti sebelum Sukan 2011
Semalam baru jer sekolah aku buat latihan sukan untuk kejohanan olahraga tahunan 2011. Macam biasalah bila ada olahraga maka kenalah ada trek larian. Jadi, disebabkan tahun ni sekolah aku kekurangan guru lelaki untuk n\buta trek larian maka dgn sbb kesian kat member aku buat kerja sorang2 jadi aku buat gatal2 tangan pegi tolong buat trek sekali. Mula2 aku siapkan tempat utk acara lompat jauh, pergghhhh..disebabkan hmpir setahun terbiar, dah xnmpak mcm gelanggang lompat jauh sbb rumput2 dah sama panjang dgn rumput kat padang. Nak tak nak, trpaksalah aku ambil cok(camgkul) untuk gali balik kawasan pasir yg berumput. Fuh..penat sbb dah lama x pegang cangkul, mcm nk patah pinggan duk membongkok.Dah siap mencangkul, aku try buat line padang lak. mula2 okay la, tapi bila masuk line melengkung untuk sebelah kanan, habis semua line off track. ukur punya ukur, rupa2nya berlaku kesilapan penandaan. O.M.G. terpaksa buat semula. Perggghhh..tambah satu lagi penat.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Harap2 sukan tahunan pada kali ini berjalan lancar.
Majulan Sukan untuk Nadi Arena
...malam ni tengok bola malaysia vs taiwan...
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Harap2 sukan tahunan pada kali ini berjalan lancar.
Majulan Sukan untuk Nadi Arena
...malam ni tengok bola malaysia vs taiwan...
21 Jun 2011
Cikgu Tak Adil
Pada Hari Isnin(20/06/2011), aku ada kelas untuk subjek PJK untuk tahun 3. Mula-mula masuk agak pelik gak sebab murid2 duk diam jer, tapi rupa2nya patutlah semua diam sebab ada ketua kelas kat depan tengah tulis nama mereka2 yg bising. Berpandukan nama2 yang ditulis tadi, aku memanggil beberapa nama yang tercatat pada papan hitam. Ketua untuk kelas tu tulis pon paka short form je.
| N | K |
|---|---|
| Ahmad | Bising |
| Abu | Berjalan |
| Ali | keluar kelas |
| Amin | Bercakap |
Boleh tahan gak budak2 ni, walaapun kelas hujung tapi tulis paka short form. Lepas tu, aku pon panggillah nama2 yang tertulis kat papan hitam dan suruh mereka berdiri depan kelas. Dah datang depan jer, ttiba Ahmad protes, "Cikgu, cikgu tak adillah. Kenapa cikgu baca nama pelajar lelaki jer, nama pelajar perempuan cikgu tak baca?" Bila dengar jer ahmad cakap begitu, aku pon try r cari nama pelajar perempuan. Pelik. aku tak nampak pon nama perempuan tertulis kat situ. Aku pon tanya la balik ahmad,"Kat mana nama perempuan tu?cikgu tak nampak lah. Cuba ahmad baca nama perempuan tu" lepas tu dengan selamba jer si Ahmad tu pergi kat senarai nama kat papan hitam, lepas tu terus jarinya tunjuk kat huruf "K" yang bersebelahan dengan huruf "N". OMG...Tak sampai hati aku nak gelak kat ahmad tu sebabnya kawan2nya yg lain pon 2 x 5 jer dgn ahmad. Lalu dengan bersusah-payah aku menahan gelak sambil menjelaskan perkataan itu, " Ahmad, yang kotak bahagian "N" tu adalah nama pelajar dan kotak berhuruf "K" yang ahmad kata nama pelajar perempuan tadi tu adalah kesalahan yang dilakukan oleh pelajar di bahagian "N" itu". Selesai jer aku menghabiskan ayat tu, habis semua budak2 kelas tu gelak. Aku yang dari tadi lagi kontrol gelak, akhirnya terpaksa gelak juga sebab dah tak tahan tengok muka innocent ahmad.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Gangrene buah pinggan aku sebab duk gelak jer dalam kelas tadi.
Tags
Sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)



