16 Jun 2012
Nah cikgu duit singgit!!!
Tetibe aku teringat kat peristiwa yg berlaku pada hari jumaat yang lepas(15/06/2012), iaitu semasa waktu aku mengajar kelas 3Ixora (kelas ixora merupakan kelas yg terbelakang sekali tapi ada gak yg cerdik n ramai lak yg mmerlukan bimbingan pelajaran).. Nak dijadikan cerita, pada minggu ini aku mengajar topik Money(wang). Dan sebagai induction set, aku ceritalah sikit pasal duit aka money ni kat bebudak tu. Mcm2 cerita yg keluar, ada psl duit raya, duit hilang, pinjaman duit, black money--aku main sebut jer, terlopong budak2 tu dgr..heheh..
Hampir 15 minit duk bercerita, aku pn msk kepada main topic iaitu berkenalan dgn duit yg sebenar. Mula2 aku tunjukkan duit syiling seposen lepas tu syiling seposen lgi(mmg dlm dompet aku ada 10sen+10sen je), lepas tu aku masuk kat bab duit not kertas aka singgit ke atas.. Aku tunjukkanlah duit not rm1 yg baru dan lama(nsb baik aku ada smpan lgi not singgit lama blh ler bebudak tu tgk duit dulu2)..aku mcm biasalah bila tunjukkan not rm1 msti akan tnya soklan kat pelajar2 tu, Awak nampak tak ada orang tengah mendaki Gunung Kinabalu?? ada yg jwb nampak,dan ada juga yg jawab xnampak. (sbnrnya jwpnnya= memang xnampak sbb org tu daki dah sampai puncak gunung jadi terlindung dgn kabus n awan--inilah teka teki turun-temurun daripada cekgu aku dulu)...
Lepas tu, aku ambik notes yg lain pulak, adalah duit rm5 yg ada plstik lutsinar kat tepinya. Selepas bersoal-jawab tentang ciri2, rekabentuk duit tu, aku explore lagi dompet aku untuk cari notes yg lain pulak. Explore pnya explore, rupa2nya dalam dompet aku cuma ada rm8.20 je. Jadi terus aku keluarkan semua duit tu dan letakkan kat atas meja. Ada ler sorang pelajar ni tanya,
murid A: tak kan banyak tu je duit cikgu?? jadi aku pn layan jer lah..
aku: Duit cikgu dah abis, hanya tinggal rm8.20 jer untuk cikgu belanja selama 10 hari.
murid : mana cukup cikgu nak makan??duit tu sikit jer.
Aku: habis tu apa nak buat..mak,ayah cikgu jauh kat kampung. Duit2 lain dah habis
murid2: itu kan cuma rm8.20 je, mana cukup untuk 10 hari?
Aku; Cikgu beli gula 20sen dapatlah empat biki, ptg ni cikgu makan gula2 tu sebijik, malam sebijik.. Lepas tu tengah hari besok sebijik dan petang lagi sebijik.
Murid2: Boleh ke macam tu cikgu??
Aku : Kenapa tak boleh lak?? lebih baik cikgu makan sedikit daripada cikgu pergi mencurik,menyamun semata2 nak makan yang sedap2..
dengan ttibe adalah sorang budak lelaki datang depan dan memberikan duit singgit.
Murid B: Nah cikgu duit singgit.. Ambiklah..
Aku : (blur aku kejap..sbb ttibe jer bagi duit).. Awak terjumpa ke duit ni??
Murid B: Tak cikgu. Ini duit saya. Cikgu ambiklah.
Aku : Kenapa pula bagi cikgu?? xnaklah cikgu, nantikan cikgu kna tangkap dgn polis sbb terima rasuah.
Murid B : Xpe cikgu..cikgu ambiklah..ini rezeki cikgu..saya dah xnak duit ni
mendengarkan budak tu cakap psl rezeki dan niatnya nak menolong cikgunya, terpikir jap aku..Mereka memang dari kelas yg belakang sekali tetapi sikap mereka adalah yg terbaik sekali.. Terus mereka nak tolong cikgu mereka... Itulah yg aku suka bila mengajar kelas belakang, Mereka mgkin tidak sepandai kelas depan tapi sikpa mereka lebih baik drpda mereka yg belajar kat kelas depan. Satu contoh mudah ialah..Pernah aku terserempak dengan pelajar paling nakal sekali kat sekolah aku mgajar tu, tapi bila terjumpa kat mana2 dia boleh tegur dan bersalaman dgn aku.. Tapi kalau pelajar kelas pertama, jgn haraplah nak suruh mereka tegur even kal0 dah mgajr mereka bertahun2 pn, sbb yg aku jmpa mereka ni, hnya sekadar lirikan mata jer drpda mereka nak tegur atau bersalaman mmg jauh sekali. Sebab tu bagi aku mengajar kelas hujung lagi seronok berbanding mgajar kelas pertama. :::thumbs Up:::untuk semua pelajar yg msh menghargai guru mereka.
Tags
Freewriting,
MORAL
11 Jun 2012
Euro 2012
_______________________________________________________________________________________________________________________
Demm u Denmark, guano sampai kalah team belanda marin. Siot jer, mcm mna belanda blh kalah ngan denmark?? nasib baik aku beli sehelai jer jersi belanda(made in golok), kalo tak buat malo jer pakai tpi team dah kalah awal. dahlah main ntah apa2, baik aku suruh budak2 sekolah aku jer main..
______________________________________________________________________________________________________________________
rupanya tak semuaa tv ambik(channel pree) tuk live bola euro 2012 ni. Yg aku nmpak TV3 jer yg ambik, itupun satu hari satu game je.. (nsb baik aku paka broadband meksis, bolihlah tgk bola live streaming kat tenet. wlopn siaran kdg2 hang, tpi bolihlah sbb nma pn percuma, nak langgan asteruk x mampu. hehehe
http://www.ronaldo7.net/ <--- utk tgk live streaming bola. (skrg ni pn tgh lyn game live streaming, Spain vs italy. Mintak2lah itali yg mnang.
Subscribe to:
Posts (Atom)