25 May 2012
Hari Ibu
Salam 1Malaysia, 1Ibu untuk ibu-ibu kat seluruh malaysia xkiralah yg baru mnjadi ibu,mahupun on the way ke arah mnjadi ibu(dan juga ibu2 yg tidak sengaja mnjadi ibu).. Hari ibu disambut pada tiap2 13 mei setiap tahun(heheh..pura2 igt je wlopon hari ini br tringat yg smbutan hari ibu dah lepas)... Honestly(or dlm bhsa kelatenya, sebenar2nya, aku mmg xprnah igt hari2 smbutan sebegini, yg aku igt tarikh gaji keluar dan juga tarikh lahir ak sndiri)..
BErkenaan smbutan hari ibu pula, perlu ke kita smbutnya??bgi hadiah apa semua, n bgn pagi2 sblm bsh muka,ambik hset send ucapan selamat hari ibu untuk ibu masing2..~siap letak smiley lagi tu.. agak2 apa perasaan ibu2?? touching? sentimental? menangis? terharu? lepas tu.....kehidupan kembali seperti biasa. yang anak mandi,siap2 nk pegi kerja, manakala ibu2 pula smbung balik kerja basuh kacang taugeh, Ayah pula duk tgh syok berdengkur. Jadi, perlu ke 13 mei tiap2 tahun tu kita sambut hari ibu??
this is just my 1 cent opinion . Aku(aka ambo, kawe, i, ana) bukan nak kata xboleh smbut hari ibu??ataupun jangan menyambut hari ibu.. Tapi berbaloikah kita meraikan ibu kita hanya untuk 13mei tu sedangkan kita berada kat dalam rahim mereka pn dah 9 bulan 10 hari, jadi cukup ke nak raikan dalam masa 1 hari je?? 9 bulan tu baru waktu ibu mengandungkan kita, waktu kita msh lagi bayi, siapa yg berjaga siang,malam berperang dgn nyamuk,sedangkan kita pada waktu itu, sedap2 jer tidur dibuai mimpi berjumpa wonder pets. Siapa yg buat susu bila kita menangis lapar n siapa pula yg tukang flush bila kita dah selesai melabur.
-----------------------------------------------------------------------
Buatmu Ibu
Artist: Aeman
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment