24 Jun 2010

moving in circle

No comments:
ari rabu marin, ak t'lah m'settle'kan smua mrkah peperiksaan tuk kelas 4Ixora..n as usual i was sooo keciwa ngan budak2 4Ixora ni..trutama tuk subjek matematik..ak sndirik pon da blurr, da xth r apa lg prdekatan yg bolih ak apply'kan kt bebudak ni.. cara kuku besi da ak apply sblm ni n hasilnya sederhana shja, prdekatan kasih sayang pon da ak terapkan tp resultnya sma shj, malahan ak gak tlah buat susunan meja mereka spt kump. study ngan mletak smua budak2 yg lemah matematik kt depan n yg advance kt belkg (not soo advance but more likely a little better) tp hasilnya pon xsberapa gak.. penim2 duk pk mcm mna la nk naikkan prestasi bebudak ni...
tp mcm mna ek kal0 ak apply'kan apa yg lecturer ajar kt mktb dl kt bebudak ni..agak2 bolih ke mereka menerimanya?? sedangkan mereka berada di kelas yang last skali..(LAst but not Least).. tp wlopon mereka brada kt klas hujung skali n lebih separuh dr mereka yg sukar membaca(tensen ak, suh baca nma sndiri pon xth) tp ak tgk dlm matematik mereka ni xlah teruk sgt n tak keterlaluan jika dikatakan mereka bolih lulus dgn skrg2nya mndapat keputusan C dlm peperiksaan..n ak gak prcaya kpda 3org pelajar klas ak (maheswary, nadhirah n syafiqa) x mustahil akan dapat A dlm peperiksaan akhir thn nnti..arap2 mereka brjaya supaya nnti dpt jadi motivasi pda bebudak klas mereka.. (yg ni bnda pling ketara yg ak lihat pda klas ni iaitu mereka suka dipuji wlopon untuk perkara yg kecil)..xpyh tuk buat mereka bljar trutama skali idham, naza, aidil, solehin, cukup la puji mereka dtg awal kesekolah ke, puji buku latihan mereka ke (wlopon hnya soalan yg ak bgi ajer yg ada kt buku latihan tu)..confirm mereka blaja slps tu.. (budak2, snang sgt kna psiko)...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
skrg ni ak buat susunan baru kt kelas 4Ixora, arap2 mereka dpt mningkatkan prestasi pelajaran mereka slps ni kerana susunan klas pd kali ini ak wat ngan mggabungkan budak pandai ngan lemah dlm pair (ni psikologi yg ak ambil dr cg sek rendah ak dl, cg tu ltak bdak pandai disebelah budak lemah utk ambil aura pljar pndai biar melekat kt pljar lemah tu-ntahlah ak pn xpsti btul ke x...)

>>my next misi
- AZRON - mslh> ssh nk salin @ buat homework (buku latihan hnya ada beberapa patah perkataan shja)>

23 Jun 2010

WORLD CUP 2010

No comments:
Nick Name for World Cup Team (sedut from google)

Algeria – Les Fennecs (The Desert Foxes)
Argentina – Albicelestes (White and Sky blue)
Australia – Socceroos
Brazil – Seleção (The Selection). Also Canarinhos (Little Canary) and Verde e Amarelo (Green and Yellow).
Cameroon – Lions Indomptables (Indomitable Lions)
Chile – La Roja (The Red)
Cote d’Ivoire – Les Éléphants (The Elephants)
Denmark – Olsens Elleve (Olsen’s Eleven) – In honour of popular head coach Morten Olsen.
England – The Three Lions – From the FA crest.
France – Les Bleus (The Blues)
Germany – National Mannschaft (National Team) or DFB Elf (DFB Eleven) or National Elf (National Eleven). The nickname Die Mannschaft (the team) is only used by non-German media.
Ghana – The Black Stars
Greece – To Piratiko (The Pirate Ship) – Since Euro 2004. But another common nickname is apparently Galanoleyki, though I have no idea what that means.
Honduras – Los Catrachos which is apparently how other Central Americans refer to Hondurans. Also La H (The H) – The crest is a large H, which looks extremely cool on the shirt..
Italy – Azzurri (Sky Blues)
Japan – Blue Samurai
Mexico – El Tri (after the three colours or “tricolor” on the Mexican flag).
Netherlands – Oranje
North Korea – Chollima (some sort of mythical horse)
New Zealand – All Whites (rugby union team are the All Blacks)
Nigeria – Super Eagles
Paraguay – La Albirroja (The White-Red) or Guaraní (an indigenous people)
Portugal – Selecção das Quinas (Team of the Five Shields) – Referring to the five shields on the FA crest. I think.
Serbia – Beli Orlovi (White Eagles) – Referring to the white double headed eagle on the Serbia coat of arms.
Slovakia – Repre (at least according to Wikipedia, but there’s no explanation as to what this means).
Slovenia – Zmajceki (Dragons) – Because there’s a dragon on the crest of capital city Ljubljana.
South Africa – Bafana Bafana (The Boys)
South Korea – Taeguk Warriors. Fans are often called The Red Devils.
Spain – La Furia Roja (Red Fury)
Switzerland – Schweizer Nati
United States – Often referred to as the MNT (Men’s National Team) or The Yanks.
Uruguay – La Celeste (The Sky Blue)

20 Jun 2010

selamat jale kelate selamat datang Kulai

No comments:
abis jugop cuti ak yg berjumlah 648jam..rsa supo metar jah cuti, tp alhamdullilah la dpt gak ak berehat kat rumah da melakukan snmn mata n perut slama dua mggu cuti.. dan yg pling utama sx ak dapat jmpa mak n ayah ak sbb rsa2nya da 3bln ak xblk kg(last sx ktika cuti bln 3 ari tu).. kal0 xslap ak time cuti ni xbyk pon xtvt yg smpat ak buwat selain mkn n tido..antaranya..

1) knduri kahwen
>>>>yg ni ak btul2 sorry buat saim2 ak, Pen + shuha (tgganu + melaka>ipkb), Shah + Ije (kelate + johor>ipkb) n Wana (kelate>upsi) n Suhanis (kelate>smka) sbb xg majlis... knduri shuha n ije mmg xsmpat mnakala umah shah n pen xleh g mugow xdop prmit keto, umah wana pulop lupa tarikh kenduri(mmg agak kesal sbb trtinggal kad jmputan kt umah sewa di kulai), umah suhanis th tarikh tp umah xthu mna..
>>>>umah naim(ipkb) n khairul(smka) jah yg smpat ak g make gulai kawah..wlopon tlah terjerumus dlm lorong yg slah tp akhirnya ak brjaya gak smpai umah naim..alhamdullilah makane mmg sedap, awek2 pon rmai gak wak ado umah naim, mmg xsia2 ak g ctu.. nsb baek la umah khairul xdop mslh gapo mugo beso g umah dio, umoh khairul pon bolih kiro gak makane dio smpai nmboh dua kali make ari tu nsb baek xbawa tupperware kal0 dop gak wak kelik doh sebungkus... tp yg pling best cni mugo bolih jupo saim2 lmo wlopon xramai..
>>>>>>>>>>>>>>>>>Selamat Pengantin Baru Buat Saim-saimku<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

>>Rantau Panjang..
Sedih rsa ati g rntau pnjang ari tu..smua jersi2 world cup habis da kna borong oleh mereka2 yg tdak brtanggungjawab...smua jersi gred A(made in S'pore) sold out yg tnggal jersi made in china jer yg mmg trbukti kehampehan kualitinya... nmpaknya tahun ni ak trpaksa sokom argentina dlm ati jer la sbb jersi argentina da abess..buat sakit ati jer jln2 kt stiap kdai, smuanya da abes, yg bahalul pon ada gak.. ada ke ptt ak nk cari jersi argentina tp dia bolih suggest jersi honduras..akal ada ka.. tp utk tdak mghampakan prjalanan ku sejauh satu jam ni maka ak tlah mmbeli jersi mexiko..wlopon agak geli nk memakainya..tp apa nak dikato...
Hope Mexico can go far..hehehe (btul ke ayat ni??)

2) xtvt yg trpaksa dikensel..
>>Geng: Pengembaraan Bermula- Lata Tembakah
wlopon hati ak nop sgt2 g Lata Tembakah ni tp dsbbkan trpaksa mnjaga umah ak sbb smua ahli kuarga ak pg antar rombongan kawen akak ak kat pahang, maka tggal la ak sekor2 kt umah...ak pon xphm knapa prlu jaga umah.. xkan la umah ak yg da berusia 30 tahun tu pndai jaga dirinya sendirik??sedangkan ak yg berumor 14 tahun pon pndai jaga diri sendirik...
sorry gang xdpt join trip ke Lata Tembakah, tp kal0 next timr nk buat lg bgthu jer ek i.allah ak pg

>>World Cup Final...Johor vs Selangor
Biasanya setiap kali cuti, futsal mmg mnjadi acara wajib gang2 b.ed math, tp apa nk buwat cuti kali ni futsal xdpt nk di'run'kan disbbkan ketidakcukupan ahli..len kali ak nk suggest acara wajib ditukarkan dari futsal ke acara permainan Playstation 2, sbb kal0 da 2org pon da bolih men r..xpon men game CS online-yg ni pelik ckit sbb dak2 ni biasanya men game ni time periksa jer, ak pn xth bakpo..adakah mahu mgasah skill shooter dlm mnjwb soklan exam??

::::::::::::::::::::::::::::::::::

19 Jun 2010

FB..OOO..FB (mengarut)

No comments:
Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat SHOUTOUT yg mcm kowang selalu post tu…….

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn...gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

7 Jun 2010

Selamat Hari Guru

No comments:
Petikan drpd http://blogs. iium.edu. my/martinelli/ 2009/06/18/ maafkan-cikgu/



Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

5 Jun 2010

Guru cuti dua Sabtu sebulan

No comments:
2010/06/05 (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GurucutiduaSabtusebulan/Article/)

Pengetua wajib beri rehat untuk kurangkan beban tugas pengajar

PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.
Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini semalam.
BERNAMA memetik Alimuddin berkata, pihak sekolah bagaimanapun boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang guru merancang aktiviti keluarga.

Selain itu, beliau berkata, jika Sabtu jatuh pada hari kelepasan am, sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas.

Beliau mengulas rungutan guru yang dipaksa guru besar dan pengetua supaya mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu, menyebabkan mereka tiada waktu rehat secukupnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran mempertimbangkan supaya guru hanya bekerja lima hari seminggu, sama seperti penjawat awam lain.
Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, meminta semua pengetua dan guru besar akur surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

Katanya, ini kerana tindakan segelintir pengetua dan guru besar yang memaksa guru mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu hanya merugikan pihak sekolah dan guru sendiri.

“Jika guru dikerah mengajar setiap Sabtu, ia boleh menyebabkan mereka hilang fokus akibat keletihan apabila mengajar pada minggu berikutnya.

“Keputusan supaya guru wajib diberi rehat dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan adalah langkah yang tepat, namun NUTP tetap berpendapat guru wajib rehat pada setiap Sabtu,” katanya.

Selain itu, beliau meminta kementerian mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005 yang memberi kelonggaran kepada sekolah melaksanakan program pendidikan tidak lebih dua kali Sabtu dalam sebulan


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Cuti bukan Hak????

4 Jun 2010

Pelik Tapi Benar

No comments:
Wong Fei Hung seorang muslim ?!
(Dari sumber bereh.org)

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.