29 Apr 2010

Bulan Mei datang lg...

2 comments:
nmpaknya bln mei akn mnjengah tiba dlm masa beberapa ari lg...jika dtg jer bln mei kta msti akn trigt ngan cuti hari pekerja yg akn disambut pada 1 may setiap thn..tp rs2nya thn ni xdpt la pekerja2 cuti cuz cuti jtuh pada ari sabtu, jd ct xdpt diforwardkan..huhuhuu..sedih rsanya cuz thn pertama kije xdpt cuti bekerja9tp apa2pon mggu dpn ak nk ambik cuti CRK pd ari jumaat sbgai tnda ak mghargai thn prtama ak bekerja..hehehe)...

tp bila pk2 blk, 1mei bukan smua org dpt cuti kal0 x sape yg nk drive kapal terbang??sapa yg nk jual nasik bungkus kt corner tu?mxdpt la merasa roti canai mamak..usha awek2 kilang n juga xdpt la nk g men futsal nnti kal0 da smua cuti... apa2pon ak mmg respet pd mna2 makhluk yg bekerja pd ari 1may nnti, tabik Sergeant Saunders tuk mereka yg mgorbankan cuti demi tugas(wlopon ak th rmai yg bekerja sbb nk kejar triple pay..isk..isk..isk)...

Skdar menghormati cuti 1mei nnti, ak nk wish agar kije ak smkn brkurang n ak smkn cekap buwat kije(hehehe...skrg ni pon da ckp cuma xbrapa efficient jerk)... N smoga ari2 yg mendatang akn lbih mnyenangkan...n Bersempena 1may gak ak nk ambik cuti mggu depan(CRK-cuti rehat khas) sbg msa tuk ak berehat setelah hmpir 4bulan ak jd human engineer kt kulai ni...

Hmpir trlupa lak, td skool ak ada bncang2 tntang xtvt tuk ari guru pd 16mei ni...tringt ak kat cikgu ak dl,
sek menengah-
Cg Shamsul(Add Math), Cg Ismail(Fizik), Cg Zawawi(Kimia), teacher
sek rendah
Cg Zaini(Sains), Cg Mariani(BM), Cg Lee Hock Chiu(Sc), Cg Hasnah (Math)

~huhuuhu..tu jer yg ak igt yg laen da ditelan oleh virus yg telah attack ak nyer memory..~


REMARKS:

1 MAY= Selamat Hari Pekerja Buat pekerja2 n penganggur seluruh m'sia (jgn dihina penganggur yg tdak bekerja kerana tnpa mereka2 smua xdelah istilah Penganggur..

16 MAY= Selamat Hari Guru Buat seluruh warga pendidik (smada berpencen ataupun msh brkhidmat)...


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

It's Good TO have Job...
But it would be xtremely proud if u're the teacher



>>>>>>KaTA2 Seseorang yg ak petik, wlopon simple tp ckp mndalam ertinya bg warga pendidik mcm ak ni>>>>>>

`Teacher's job isn't just producing products but as HUMAN ENGINEER~

23 Apr 2010

Hari ini yang aman bagi 4 IXORA

No comments:
fuhhh..lega ak bla td jam mnunjukkan pkl 12 tgh ari dan tiada satu pon laporan @ report tntang kelakuan budak kelas yg ak jaga(4 Ixora)...nmpaknya ari ni budak2 ni xde wat masalah...mgkn ini satu perubahan bg mereka kowt..mgkn mereka da pnat buat salah... sebut psl ari ni, ttibe trigt ak kat sorg pelajar kelas tu yg brnama harini n rs2nya da 2 ari budak tu xdtg sekolah...pelik gak harini xdtg sekolah sbb dia bkn jenis yg ponteng klas ataupun jenis mlas dtg ke kelas, adakah budak tu sakit??ataupun ada masalah yg berlaku kt umahnya...apa2pun ak rs ak ptt tggu hingga ari esok, kal0 dia xdtg juga br ak akn kring2 bapanya...hopefully, xde apa2 yg brlaku...

Lagi satu, mggu ni ak nyer target tuk bdak2 kelas ak ni ialah skrg2nya mereka mndapat tmpat ketiga dlm prtandingan keceriaan kelas9bknnya ak nk sgt hadiah tu tp apabila klas ak dpt hadiah mggu lepas, ak tgk dak2 kelas tu happy sgt, jdi ak harap kelas ni akn di umumkan lg sbgai pemenang...)

perkara last sx yg ak nk tulis ialah psl esok ak xbolih cuti...........waaaaaaaaaaaa....sedih pok cik...bakpola duk gatal2 wat kelas time ct, len kali ganti la time sekolah kan best kal0 xpun xyah gnti langsung, ak bkn xnak pegi sekolah tp kesian kt budak2 jer kna pegi sekolah time cuti... ermmm...kal0 xslap esok guna jadual ari isnin...bermakna esok ak ada kelas matematik tahun 3 n kelas PSV...ermm..tuk matematik ak trpaksa ulang balik bab division sbb separuh dr kelas tu yg msh xphm2 lg operasi pembahagian...ak sndirik pon xpsti salah sape..salah ak sbgai cikgu ke sbb x ajar btul2??atau mereka yg xblaja??ataupun mmg ni mmg bab susah??


::::Buntu:::Bingung:::

22 Apr 2010

KEJOHANAN HOKI MSSD KULAIJAYA

No comments:
pada 21hb April yg lalu(rabu), SK Taman Indahpura 1 telah menghantar kontijen pasukan hoki lelali bawah 12 tahun ke pertandingan hoki mssd kulaijaya. Pasukan sekolah disertai dengan 15 peserta hoki lelaki dan 15 peserta hoki perempuan sertai di iringi oleh 4 orang guru iaitu En Wan Muhamad, En Irawan dan En Jameston.
Pasukan Lelaki dipecahkan kepada dua kumpulan dan Pasukan Hoki SKIP 1 telah berjaya mendapat tempat ke separuh akhir untuk menentang pasukan dari SK Taman Muhibbah. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi SK Taman Indahpura 1 ekoran kekalahan tipis semasa melawan SK Taman Muhibbah.

Apa2pun, syabas diucapkan kepada pasukan hoki SK Taman Indahpura 1.




17 Apr 2010

Rahsia Tarikh Lahir

2 comments:
ak psti rmai yg mmpunyai akaun fesbuk(per sebuk) xkira la yg muda, tua, atok2, budak sek rendah(mcm mana la bdak sek rendah pon bolih bukak akaun pe-sbuk ni)... yg biasa ngan pe-sbuk ni msti da try ngan mcm2 xktvt yg ada kt fesbuk, quiz, horoskop, application dan mcm2 lg... smlm ak pon da try satu kuiz kt pe-sibuk yg brkisarkn tntang pengiraan tarikh lahir dan hubungkaitnya ngan kehidupan manusia..snang citer ala2 kajian@ramalan masa depan brdasarkan kta pnya horoskop... stlah mnekan bebutang keputusan kajian, applikasi trsebut akn memaparkan analisa tarikh lahir kta (sifat peribadai, kerjaya, kewangan, emosi, kelakuan)..setelah ditilik satu2 analisa yg dibuat, ak agak trkejut krana ada antara analisa itu adalah tepat dan betul...jadik dek kerana kekaguman ngan pengiraan itu, jari-jemariku tlah mem'bookmark' dia pnyer application... wla0bagamainapun, ak still anggap bnda ini adalah just for fun...akan tetapi pada mlm ini, ak nyer tgn tergerak tuk search kt google psl amalan tilik nasib ini lbih2 lg bl ak trbaca tentang salah satu bengkel yang menganjurkan seminar untuk peserta2 bengkel mengenal potensi diri masing2 berdasarkan kaedah metafizik(ak sndirik pon xth apa bnda metafizik tuh, yg ak th pendidikan sivik jek)... xsangka gak yg seminar yg dianjurkan oleh syarikat ini berjaya menarik ribuan peserta untuk bersama2 mnyertai bengkel tersebut (ak rs ini mgkn di sbbkan yurannya amat murah jika dibandingkan dengan bengkel2 lain)... jika dilihat dr jumlah peserta yg hadir, ak rsa mcm hendak turut sama mnyertai kursus trsebut sbb mana tahu dengan myertai bengkel trsebut, mgkn ak dpt mmgenalpasti potensi diriku yg belum pernah diterokai.. jadi, dengan tidak sengaja ak telah mmbuka satu blog yg menjelaskan tentang hukum mengambil bahagian dalam tilik tarikh lahir ini...jd kt bawah ni ak 'post'kan thread blog yg ak ambik dr http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/07/kuiz-ramalan-nasib-di-facebook/..(credit to the author of the blog for the info)... jadik ak harap mna2 org islam yg mahu mnyertai @ mengambil bahagian dlm apa2 seminar/bengkle ataupun apa2 jenis kuiz yg ada kt dalam fesbuk supaya berpikir semasak2nya kerana ianya ada kaitan ngan kita nyer akidah...sma2 la kta renung2kan brsama....

________________________________________________________________________________________

http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/07/kuiz-ramalan-nasib-di-facebook/

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.

Allah menegaskan dalam Al-Quran:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.

Sabda baginda:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.

Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).
_____________________________________________________________________________________

so..diharapkan agar sesiapa yg mmbaca artikel ini utk hebah2kan kt kwn2 @saudara2 kta yg lain..bnda ni mgkn salama ini kta anggap ianya sbgai prkara kecik shja tnpa myedari yg ianya adalah bersangkut paut ngan kta punya akidah...

ADA MATA PANDANG
ADA HIDU HIDU
ADA MULUT MAKAN
ADA INTERNET...TULUM SEBAR2KAN.
..

JD APA2PON..LU PIKIRLA SENDIRIK....ASSALAMUALAIKUM...


______________________________________________________________________________________
Nota car key...
kt bwh ni ada link tuk download cara pengiraan (ni kopi paste nyer link)...
ini adalah untuk renungan sahaja dan bukan untuk di try test

Download tarikh lahir Calculation

Download Ebook tarikh Lahir

13 Apr 2010

The Next Coaching...Hockey

4 comments:
bermula ari sabtu yg lepas(10/04) ak telah mengambil alih tugas meng'coaching sek nyer hockey team...setelah bermusyawarah dengan coach2 yg lain(selain ak ada sorg lg iaitu cg wan muhd) jd kami brsetuju yg ak hnya melatih bdak prempuan shja mnakala cg wan muhd melatih budak llaki...jd brmula dr tarikh n saat itu, ak cba mereflek blk skil2 yg ak belajar semasa mgikuti jurulatih indoor hoki dahulu (setelah merefresh ak nyer memori slma beberapa ketika, ak dapati segala mklumat psl hockey yg trdpt didalam ak nyer pemikiran telah diserang oleh virus myebabkan smua file2 hockey tlah hilang)..jd bg membuang masa(mengisi masa) maka ak telah mengambil kputusan utk menerangkan tentang permainan tenis ini(yg mana hmpir 75%drpadanya ak kelentong bdak2 tu--hehehw..sorry la pelajar2 smua)...
pertama sekali ak story psl sejarah hockey ini...
Permainan Hockey berasal dri Malaysia dan dipercayai dimainkan di negeri melaka...asal nma hockey adalah dari kejadian seorang anak melayu yang berkawan dgn seorang anak cina yg berketurunan baba nyonya...dipendekkan cerita, pada suatu hari si Abu ni pergi bermain2 dengan Tin Hock Key n kebetulan pada ari kejadian trsebut, abu telah mengepaw kayu golf kepunyaan daddynya dan telah mnggunakannya bersama2 dgn Hock Key(nma mnja Tin Hock Key) sebagai alat untuk memukul buah kelapa yg trdpt disekitar kebun Pak Mail...Kebetulan pada hari trsebut, Bos besar Ayah Abu yg bernama Mr Basket dtg brkunjung ke rumah Abu bg menikmati roti canai cotek Mak Minah yg trletak brsebelahan dgn umah abu... ketika makhluk berdua itu sedang menikmati roti cotek Mak Minah, ttiba Mr Basket trnampak Abu dan Hock Key sedang memukul-mukul buah kepala dgn mnggunakan kayu golf Ayah Abu..berasa kagum dgn permainan yg dimainkan oleh abu dan hockey, lalu Mr Basket pon bertnya la pada ayah Abu..
Ayah Abu, what is the hell name of that game??
today, majin is not maen bersama-sama sir becouz he has ciwrit-biwrit...yg ada Hock Key jer...(ayah abu jawab, wl0pun sbnrnya ayah abu ni xlah brapa nk paham sgt Enggeris ni, dia kije ngan mak salleh pown sbb smua bdak sekolanhhnya dpt PMR pangkat 5 n dia sorg jer dpt pgkat 4...)
What??(Mr Basket ulang balik)
Maen dengan Hock Key Sir( dlm ati ayah abu, pekak gak mat salleh ni, ak ckp bhsa standard pown msh blum paham lg)
Hock Key???
Yes sir....Hock Key Sir..

jadi, disebabkan tertarik dengan permainan yg dimainkan oleh abu itu, maka tnpa mmbuang masa, Mr Baskety trus pergi ke England untuk meregister nme game tersebut(dlm keadaan tergesa2 itu, Mr Basket trlupa hndak membayar harga roti coteknya Pada Mak Minah)...

Maka setelah itu, nama Hock Key telah diambil sebagai nma rasmi permainan tersebut..2 taun slps itu, mat2 saleh telah mggabungkan nma Hock Key mnjadi Hockey kerana disebabkan lidah mereka hmpir tergeliat semasa menyebut perkataan Hock Key..
jd sbgai mengenang jasa Abu, mereka telah menamakan seorang budak yg br lahir kt sarawak sbgai Abu bakar elah...dan bagi mengenang jasa mak minah pulak, kerajaan malaysia brsetuju untuk menaiktaraf kdai roti cotek mak minah dan telah di modifiedkan mnjadi lebuh raya PLUS...

Jadi inilah pelajar-pelajar semua asal @ sejarah permainan hoki...skrg ni masa ada lgi lbh kurg 20minit, jd kta truskan dgn peralatan2 hoki yg digunakan semasa permainan hockey..
1)Kayu Hockey..kayu hoki digunakan untuk memukul kayu hoki. akan tetapi kadang2 ianya amat berguna sekali semasa kecemasan contohnya jika pelajar-pelajar bergaduh, lekas2lah carik kayu hoki n ketuk jer sesape yg anda suka
2) bola hoki... bola hoki digunakan brsama kayu hoki. keistemewaan bola hoki ini ialah kta bolih gunakannya untuk bermain permainan batu seremban..
3) protection pad *(sim guard, ankle, knee protection)...ini digunakan untuk melindungi anggota-anggota badan daripada habuk dan nyamuk aedes

ok..cg rsa ckp stkt ari ni..cg nak awak smua igt blk apa yg cg cakap sbb mgg depan adalah pmilhan hoki, jd cg akan pilih mereka2 yg brjaya mnjawab dgn btul soalan2 yg dilemparkan nnti..

Ok...jmpa lg...

(maka brmula ari ni, ak secara rasminya mnjadi jurulatih hoki, hopefully, mereka dpt belajar dgn betul dan mencapai objektif yg ak harap2kan iaitu memenangi kejohanan hoki disamping matlamat jangka pnjang supaya pelajar2 dpt mempraktikkan apa yg mereka belajar untuk masa2 yg mendatang)...
~winning is not everything, it's only a bonus~
~a real achievement reached when you're able to apply the knowledge gained~


6 Apr 2010

CONnedVo Part 2

No comments:
setelah ak mghabiskan masa selama lbh kureng 8 jam di atah bas Transnasional Superior, maka tnpa2 disangka ak tlah smpai kt hentian pudu pada kul 5.00 pg(rs2nya la kowt)... n slps di angkut oleh akak ku yg berada di damansara maka ak tlah dibuang dirumah akak ak yg lg sorg yg brada kt kundang(ak sndirik pon xtaw kt mna kundang tu,rs2nya dlm slgr lg kot)... jadi dipendekkan citer maka pada ari sabtu (20/03/2010), ak bserta rombongan dari bandar melor-ak, ayah n mak ak serta kak n abg iparku- bertolak ke Perbadanan Putrajaya aka Dewan Sri Siantan...Setelah berhempas pulas selama 1jam diatas lebuhraya n melepasi 2 halangan TolLol, akhirnya br la ak smpai kt dewan tersebut...(ttibe ati nurani ak bersuara)..besau gak eh putrajaya ni, igtkan mcm Melor jer, msjid pon ada dua, besau2 pulak tuh..tp bla pk blk, apa guna mesjid besar jika hnya time jumaat jer penuh n jenuh tp kal0 wktu laen 2,3 kerat jer yg gunakn mesjid tu, mnakala yg laen2nya hnyalah sipamakai-pmakai bj pink aka pelancong2 yg tak mnutup urat...

Jd stelah mgalami proses pendaftaran dn segala jnih birokrasi yg ada, akhirnya ak brjaya bratur diline yg spttnya(mksdnya lane yg ssuai ngan ak nyer kelulusan-cara susun, first degree>second>third..phm2 je lar bg yg educated mcm ak ni jnih low profile ckit, wlopon disrh brkali2 suh duk dpn skali aka pnerima pertama tp dsbbkan oleh ak xsuka duduk dpn maka petugas konbo mmbenarkan ak duk blkg skali..
sbnrya ak xlah risau sgt ddk blkg atau dpn sbb kal0 yg dpn abis dl pown, tntu mereka kna tggu mereka yg duk kt blkg..jd lbih baek ambek tmpat blkg(wlopon dlm ati xabes berdoa moga2 namelist konvo tu trsilap n spttnya nm ak brada kt dpn skali..ekekeke..)
tp yg xbestnya, kak ak bolih tnya knapa ak pnya tmpat kt blkg n knapa org laen duk dpn...tp ak baek pnya kaver, mak..sbnrya bknnya yg duk blkg skali tu dpt nombor last skali dlm periksa tp disbbkan nm saya bermula ngan huruf M, tu la mak laen kali letak la nm Aaahmad ke, br la konpirm anak mak ni dpt jd penerima pertama)..

maka setelah beratur n mgambil tmpat kt dewan, maka dgn penuh tawadduk n zuhudnya ak mnanti nma hensemku dipanggil...mAka brmulanya episode-episode penanntian...sekor-sekor ak dgr nm dipanggil...
mula2 skali abjad A..Ah Mad Gong>Ah Lu Mat> Appa a/l Amma
pastu B.... Beng Ngo Mung > Buncis Bin Buncas >
C......chap Goh Mey > Chong Tak Pook > Chennai Mai a/p Bombay
D..... Dogol B GOndol > Doraemon a/l Doraisamy, Dong Bu Ang
E..... Esah Bt Soud > Eng Tah Lah > Enggapan a/l Padiyappa
F..... Fulus B Jering > Fun Ah Fair > Freddy Fernaddez
G..... Gong Xi FaChai, Gayah Bt Pak Abu > Gitar a/p Vellu
H..... Hang Ti Pu, Halimah J******n > Hingustan a/l Maruku
I..... Isk Kent Tuck > Ismail B Sood >
J..... Jennipah Manispon > Jelly a/p Jellu > Joyah Bt Gayah
K..... Kam Pung Kow > Kow Tar Heik > Kundur B kandaq
L..... Lu Chi Bai > Lu Saw Per > Lumpit a/l Lungkai > Lu Mang Kuck
akhirnya, brla smpai kt giliran nmku.....
M**d M******n dijemput kt karpet merah utk ambil degree> n nm2 sterusnya ak da xambik port, lantakla nm apa2pon, Tong Sam Pah ke, U Nam Park ke atau Lee Chong Bei skalipown ak da xksh sbb ak da dpt ak nyer certificated..then ms2 yg ak ada dihabiskan dgn mghitung jarum saat kt jam tgn graduate sblh ak(apa nk buat ak nyer jam Karsio yg ak Bid kt lelong da rosak..ekekeke)...

Apa2pown...Sblm mgakhiri ak nyer posting utk kali ini...pertamanya ak ingin ucapkan telima kasih daun keladi kpd smua kwn2 mktb ak, lecturer2, n trutamanya petugas2 pd majlis konvo trsebut kerana jika tnpa kehadiran anda2 smua majlis konbo mgkn tdk dpt dijalankan..BIG KLAP FOR ALL...Semoga berjumpa lagi...C U AGAIN GUYs N GALs,,,



Ni tyme ak bg ucapan perasmian...

1 Apr 2010

Wa Punya CONNEDvo...

No comments:
salam 1Blog... ermm...setelah beberapa dekad ak tidak mnyentuh papan kekunci leptopku ni, ttibe ari ini ak nyer ati tergerak untuk mencilok msk ak nyer blog...setelah mgambil msa lbih kurg 13jam untuk mengemas blk ak nyer blog ni (maklumla da lma gua xbukak beb...dah brsawang r gua pnya blog, ini pun gua br lpas abis mop gua nyer blog- wa igt esok je lah gua kasik polish ini blog)...

(mlm ni ak rsa cm nk guna ayat skema lak) pada malam yang mulia ini, hamba ingin berkongsi berita kegembiraan dalam blog budak baekk ini (aka gua la tu)... sebenarnya pada 20 hb march 2010, hamba telah berjaya mengambil hamba punya ijazah aka degree(mksdnya gua tlah abes blaja)...jadi rentetan dari penerimaan ijazah kehormat(degree) pada ari tu, hamba dapat simpulkan yang selama ini hamba telah menghabiskan masa selama 5.5 tahun dengan sia2 jer(5 thn tu beb gua pnya life abes kt mktb)...tp walau apa2pun hamba tak kisah(aiman pun tak kisah) yang penting hamba telah graduate dan telah qualified untuk jadi guru(walaupun cita wa yang sebenarnya ialah mahu menjadi tok imam)...

jadi dipendekkan cerita yang telah sedia pendek ini, maka gua dgn muka keret smbil lubang idung gua kembang kempis(kali pertama beb konvo, mahu xbangga)... jadi bagi menampakkan keenseman gua time konvo nnti, maka gua dgn muka yg agak malu2 kucim tlah mem'paw' gua pnya emak semata2 nk carik bj skema utk dipaka time konvo nnti...(mmg ler niat di hati nk carik bj yg branded ckit aka bj yg disimpan dlm bilik eekond tp disebbkan bajet yg kurg menyebelahi gua maka trpaksa la gua carik bj 3 helai 10hinggit... lalu setelah brjaya menspot satu kdai bundle yg agak fofular kt ak nyer kamgpung, maka dengan muka bangganya ak membelek2 baju Coat...belek punya belek, maka mata ak tlah ditarik oleh satu koat yg ak kira agak okay brbanding ngan koat2 lain yg trdapat disitu...disbbkan bimbang jika koat yg ak brkenan tu diambik olih org lain, maka dgn menggunakan larian seperti husain botak(adik usain bolt) ak tlah brjaya men'grab bj tu lalu trus memakainya...ttibe time ak nk paka bj tu, ttibe trdgr suara2 sumbang ala krazy prog kt blkg ak...
"bang, kal0 nk try pon bayar r dl"
cheehhh..hampeh punya tokan, ak nk test bj pon xbolih..
"tokan, ini koat brapa harga"
"itu mulah jer bang, beli satu rm50hinggit, tp abang punya psl, kal0 beli dua wa bg rega diskaun sm lu la, amacam??
mcm best jer diskaun ni..."brapa tokan kal0 wa maw angkat dua bilah bj koat ni"
"kal0 2 wa bg sma lu rm100 la."
"murah kepala hotak lu tokan, xpe la tokan wa ambik satu jer"
"ok2 no problem ma, kal0 satu rm50 la lu kna bayar"
"mahal sgt la tokan lu pnya rega...kal0 rm50 tu sekali ngan lu pnya kdai gua beli la... kdai dpn sna jual xsmpai rm2 pon, apsl lu jual mhal sgt/???"
"lu ni spm pangkat berapa???itu sna pnya kdai bkn kdai bundle ma,itu kdai rm2 ma"
"okay la tokan, Lu kasi steam ini Coat lpas tu lu dry kleanin'..."

maka, lps slesai urusan jual beli koat yg agak Kute di ati, maka brmulanya XPDC wa ke Kuala Lumpur....

Kuala Lumpur, Tunggu Sama Gua...GUa KASIK PECAH!!